Followers

Saturday, February 28, 2009

Gift dr Zura Teddy


10Q sooooo much to Mak Ayam Zura Teddy aka Mak Jun!!! Wakaka
Ampun... jangan mare...
Aku pun 'lucky' gak dapat kawan cam mu...sungguh!
:D :D :D :D :D

Satay Goreng


Pagi tadi kul 9 pagi aku dah keluar rumah. Pergi KL Sentral jumpe kawan penulis. Sajo lah jumpe2 since lame dah tak jumpe... Dan 1st time aku g KL Sentral memandu. Sebelum ni aku tinggalkan kereta kat stesen keretapi dan naik komuter. Tadi aku nekad jek. Alhamdulillah idak le aku tersesat barat, salah masuk simpang ke hape,tak de. Macam tau je jalannye. Tapi mate aku melilau tak usah cerite le mandang sign board, hahaha. Tak pe... yang penting sepanjang perjalanan tadi aku tak kene horn ngan kete lain. Bawak kerete macam tau jalan dan begitu konfidennye...
Balik umah dah dekat2 kul 1 tghari. Tengok2 hb dah melepek kelaparan. Pagi tadi dia keluar ngan anak2 g bf kat kedai makan roti canai jek, kate Baby. Aku pun amik piuk, masak nasi. Bukak peti sejuk ohhhh tidakkkk ikan xde, dah abis. Ternampak bekas eskrim dalam chiller. Barulah tingat aku ade perap ayam2 ari Khamis (hari yang aku demam tu). Kengkonon nak buat satay goreng.
Jadinye itulah jadi lauk kami arini. Tak de la cucuk2 bagai. Makan dengan nasi hangat, sedap gak!

Resepi diambil dari MyR oleh Kak Fida... tapi banyak jugak bahan yg aku tak letak. Tapinye rasa & bau satay tu tetap ada...

Bahan-bahan ( 10 orang )

* 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
* 150 g gula pasir
* 100 g gula merah
* 100 g madu, 2 sk garam
* Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
* 3 sb ketumbar biji - sangar
* 2 sk jintan halus - sangar
* 1 sb lada sulah biji
* 6 ulas bawang putih
* 1/2 jari halia
* 2 hiris lengkuas
* 4 batang serai - hiris
* 1/2 jari kunyit hidup

Cara-cara

1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.

Friday, February 27, 2009

Sambal Kentang, Bilis & Tempe


Ha, hambik ko!!! Seketui2 keluar. Sume nak enterfrem... kikikkkkkkk
Nasib baik aku tak letak kacang tanah. Kalau tak for surelah ade sekali name kacang tanah tu, hahaha!
Sedap dan simple sambal nih. Kalau bulan pose ni buat manyak2 simpan. Subuh bangun sahur tu makan dengan nasi suam2... perghhhhh terbukak selera. Mate ngantuk pun leh terbukak...

Triffles


Saja2 buat tuk makan. Teringin...
Buah2an koktel ade tapi ade projek lain kemudian nanti.
Jadinye buat macam ni jela...

Resepi ni tak berpandukan pada resepi mane tapi mmg tak dinafikan terinspirasi dari blog kwn2 yang pernah buat ni macam Hana dan Kak Hazila. Agar2 tu aku pakai agar2 bertali. Airnye aku lebihkan supaya agar2 tu lembut. Tepung kastad aku pulak suddently habis stok. Ade tepung jagung je...timbang2 tgk ade 90g je. Ahhh, belasah je la. Airnya pun aku main campak je dalam piuk tadi. Alhamdulillah menjadi jugak. Hasilnya mungkin kureng cantik tapi rasanya tak mengecewakan... sungguh!!!

Kek tu kek coklat yang aku krimkan dengan krim cheese...

Puding Roti Berlauk


Sangat sesuai untuk minum pagi dan petang juga...

Bahan-bahan
4 keping roti
3/4 cwn susu segar
1 biji telur
1/2 cwn daging kisar - digoreng hingga kering airnya
1 tangkai cili merah - dipotong dadu kecil2
Sedikit lada benggal - dipotong dadu kecil2
Sedikit buah tomato - dipotong dadu kecil2
Garam
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam

Cara-cara
- Potong 2 atau carik2kan roti. Susun dalam loyang. Ketepikan.
- Dalam satu mangkuk, campurkan susu segar dan telur. Pukul sikit. Tuang dalam loyang roti. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.
- Tuang dalam loyang roti.
- Taburkan daging kisar, cili merah, lada benggala dan buah tomato atas permukaan roti.
- Biarkan lebih kurang 10 minit supaya susu & telur tadi meresap dalam roti.
- Bakar 180c selama 25 minit.
- Boleh makan dengan sos.

Roti Telur & Cheese


Breakfast Boy & Mierza...
Pernah buat sebelum ni dan dah lame plak tak buat.
Request dari Boy...

Carrot Milk Shake


Lihatlah milk shake ku yg tak di'shake'... hehehe
Okey le tu eh... mak tak larat nak goyang2 inul kang dapo tu nyah...
kang ade yang dikejokan ke spital sebab alignment larik :D
badan masih sakit, kepala masih berat...
tapi hari ni okey sikit dari semalam la...
layan je la eh...

Bahan-bahan
1/2 batang lobak merah - dibelah
2 sb gula - ikut tekak
1/2 cwn susu rendah lemak
1/2 cwn air masak

Cara-cara
Tuang dan campurkan semua bahan dalam blender. Zretttttt hingga semua bahan hancur.
Tapis dalam cawan.
Kalau nak tambah ais ketul pun boleh gak.

pst, kalo ade fruit mixer cam Noorma tu,tak yah tapis kot.tadah je terus gulp! Hehehe
ampun ye Noorma, saje ngusik...

Lempeng Pisang Karamel


Yang ni untuk Baby. Anak2 ku yang hantu pisang...

Masih dari adunan tepung yang sama.

Untuk pisang tu hanya buat karamel (1 sb gula & 2 sb air) dan letak pisang. Godek2 sikit dalam kuali dan angkat.

Baby kate sedappppp :))

Lempeng Salad Buah2an


Semalam badan ni rasa tak berapa sihat. Jadi masak pun yang simple jelah... sekadar mengalas perut sementara tunggu hb balik & tapau makanan. Layan je la eh...

Yang ni untuk mama.

Bahan-bahan (Adunan tepung)
1 cawan tepung
1 biji telur
3/4 cwn susu
Air secukupnya (ikut kualiti tepung)
Secubit garam

Bahan-bahan (Salad)
5 biji strawberi
1 biji kiwi
2 keping nenas (dalam tin)
* semua buah dipotong dadu
Sos salad buah2an

Cara-cara :-
1) Campurkan semua bahan adunan tepung. Digaul sebati. biarkan 15-30 minit. Tapis.
2) Panaskan kuali leper. Letak sesenduk dalam kuali dan gelekkan kuali macam buat kuih ketayap.
3) Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4) Campurkan semua buah-buahan dalam satu bekas. Tuang sos salad. Gaul sebati.
5) Sudukan ke atas lempeng. Lipat seperti membungkus. Terbalikkan. Dengan menggunakan pisau, perlahan-lahan potong permukaan memangkah untuk dijadikan tingkap.

Okey tak???? :D

Thursday, February 26, 2009

Paratha Roll


Hari ni breakfast roti paratha jenama Kawan. Kuah tak dek jadi aku buat cenggini le. Goreng nuggets dan potong2. Bentang salad, potong lada benggala dan hiris tomato. Tuang tomato sos dan mayonis.



Bekalan tuk Boy g sekolah. Cuma sumbat potongan nugget dan sekeping salad bersama sos tomato. Done!

TAG dari Miss Wahida & Mak Ayam Ila

TAG diterima dari Miss Wahida yang kiut dan bermuke molat (kate orang muke molat murah rejeki...rejeki ko murah tak Wahida? :D).
Sepagi ni saje 2 TAG sekali aku terima. Satu dari Wahida dan satu lagi dari Mak Ayam Ila. Lantak le kome. Bantey le... ngetag orang je kojenye... mampuih aku layan kome tak masok. Kang laki aku balik buat muke sekupang,abihnye lapo ko! Hehehe...

Rules of the tag:
1)Make a list of what u want o your birthday
2)The list should be 10 numbers
3)post the image of this award to your posting
4)give it to 10 frens of yours

10 menda yang aku harap utk b'day aku kali ni adalah...

1)kesihatan yang baik
2)hati yang baik
3)nak minta hb belikan mixer baru tp mixer lame tak rosak2 hahaha
4)nak minta hb belikan treadmill tp takut nnt hb kate 'angat2 taik lembu'
5)nak g melancong. MELANCONG ye kgkawan... bukan MELENCONG
6)nak berdua2an jek dgn hb alhamdulillah dapat :)
7)nak berdansa dgn hb tp aku tak pandai nari kahhhhh
8)nak gelang kecik je tp nak emas putih
9)nak rantai panjang,rantai yg ade pun x terpakai
10)nak terus dirajin2kan memasak

semak otak aku mikir. bak kate wahida,kering otak kehkehkeh...okeh giliran deme ni pulak buat tag nih,hambekkkkkk!!!

1) Mak Ayam Ila
2) Hana
3) Mak Ayam Herda
4) Kak Inahar
5) Mak Ayam Nasz
6) Halen
7) Mak Ayam Zura
8) Amy German
9) Mak Ayam Suel Qimie
10) Noorma

Sile jalankan tugasan anda...

Ayam Goreng Berempah


Ha, sup bebola cendawan tu dilawankan dengan ayam goreng berempah inilah. Resepi ambil kat MyR dari Dayang Jack. Oh, rumah ni memang tak biasa lauk lebih dari 3 jenis. Kalau buat jugak alamatnya adalah 1 atau 2 jenis lauk tu tak berusik. Selain jimat duit, duit tenaga dan minda mama dan bersusah-payah masak kat dapur, hehehe...


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

* 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
* 5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
* 1 inci halia (dikisar kasar)
* 3 batang serai (dikisar kasar)
* 1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
* 1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
* 1 sb serbuk kari ayam (dyg guna Adabi)
* 1 biji telur
* 2 sb tepung jagung
* 1 tangkai daun kari
* garam secukupnya

Cara-cara

1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.
2. Hidangkan panas2.

Sup Bebola Cendawan


Ni menu makan malam semalam sebenarnya. Boleh pulaknye semalam lupe nak update. Sibuk sangat ngadap keje yang sedang rushing nih...

Resepi simple dan campak2 jek. Sup2 camni memang kegemaran hb & anak2. Bertambah2lah depe dok makan semalam. Si Baby sampai ulang makan nasi lagi kul 10 malam, hehehe... Yang tak tahan tu disertakan dengan pujian. Alah, anakanda sorang tu memang pandai amik hati mama dia tapi pun kadang2 sangat menyakitkan hati kalau tiba feel yang tak semenggahnye tu.

Award dr K Inahar



Terima kasih akak... harapan saya sama macam akak jugak...semoga ikatan persahabatan ini berpanjangan & selama-lamanya... Jadi saya pun nak pas2kan pada sume kawan2 lain jugak. Jangan segan2 amik & tepek kat blog memasing yeah...

Wednesday, February 25, 2009

Coklat Panas


Semalam minum mochacinno. Hari ni minum coklat panas plak. Adeh... tekak aku nih! Emp layan je la... ado barang lehla...xdo barang ngange la eh... ehehehe...

Coklat panas my stail. Selalu aku pakai serbuk coklat Van Houten tu tapi disebabkan xdo stok dan memang dah lame pun tak beli, aku belasah je serbuk coklat yang utk baking tu. Bley gak... tapi kena kurangkan sikit sukatannya dari biasa. Sebab rasanya coklat utk baking ni lebih pure rasa coklatnya berbanding coklat yang dalam tin van houten tu...

Bahan-bahan (bergantung pada besar & tinggi gelas yg digunakan)
3/4 sb serbuk coklat
2 sb gula
2 sb coffeamate
Air panas

Cara-cara
Campurkan semua bahan dalam gelas. Kacau sebati.
Optional - semburkan whipped krim kat atas sekali dan ditaburkan dengan serbuk kayu manis. Boleh juga disiramkan dengan syrup coklat, ditaburi coklat rice dan serbuk coklat. Ikut kreativiti korang lerrrr

Roti Goreng Inti Daging


Bekalan Boy ke sekolah. Tak de idea nak celoteh pepanjang. Lagipun ade kije lain nak buat nih. Layan je la resipinye ye...


Bahan-bahan
Roti sosej
Kulit popia
Daging kisar
Sayur 3 beradik (Kacang peas,lobak kiub dan jagung)
Bawang besar - dihiris
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Garam
Minyak

Cara-cara
Panaskan minyak. Goreng bawang hingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan daging kisar. Gaul dan sebatikan dengan bawang. Biarkan seketika dengan api sederhana hingga air daging mengering.
Masukkan serbuk2 perasa dan garam.
Masukkan pula sayur tiga beradik. Gaul sebatikan dan biarkan seketika lagi.
Belah roti sosej di tengah2 tetapi jangan sampai putus.
Sudukan inti daging atas roti secukupnya.
Bentang kulit popia dan bungkuskan roti. Gam kulit popia dengan setitis air supaya nanti bila digoreng tak terbuka.
Panaskan minyak. Goreng bungkusan roti hingga kulit popia bertukar ke warna kecoklatan.
Angkat dan toskan seketika sebelum dihidangkan.

Award dari Wahida



Award di terima daripada Miss Wahida yang cumey lotey... Ha, tgk je la add blog dia... melambangkan orangnye, hahaha! Mekacehhhh Wahida... maceh...
Kepada pengunjung2 blog ini, silelah ambil award ni. Kalau nak sebut tak tersebut. Lagipun aku nak cepat ni. Nak siap2 ngantor Boy ke sekolah. Sbelum tu g amik Baby balik skul. Ok... chiow!

Cheesy Mushroom Omellette


Breakfast kami - aku, Boy dan Mierza. Resepi search kat internet tapi dah edit banyak, hehehe...

Bahan-bahan
1 sb minyak (aku guna minyak bunga matahari)
5 ketul cendawan butang - dihiris
1 kelopak brokoli - diricik
2 biji telur ayam
1 keping cheese - dipotong2
Garam
Serbuk perisa

Cara-cara
Panaskan kuali dengan minyak. Masukkan cendawan butang. Gaul2kan hingga kecoklatan. Masukkan brokoli. Tutup api. Ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk. Perasakan dengan garam dan serbuk perisa. Pukul telur sedikit.
Panaskan kuali leper dan tuang telur.
Taburkan cheese di permukaan telur.
Sudukan cendawan brokoli tadi di bahagian separuh telur.
Lipat telur kepada 2 bahagian.
Biarkan seketika di atas kuali dengan api tertutup.
Angkat dan letak dalam piring. Boleh dimakan dengan roti, sos dan mayonis. Ikut kreativi dan selera tekak sendiri yea...

New Toy - Star Pan


Comey tak? Kiut tak? Erk... ape yang comey & kiut tu? My baby ke... my new Star Pan tu? hehehe...
Beli semalam kat Checkers. Tak mahal pun - RM5.90 jek. Tu, nampak tanda harganya tu. Saje aku enterframe sekali, hehehe... Ada tiga pattern (Bunga, Bintang dan Love). Semalam nampak yang Bintang ngan Love jek. Yang bunga dah abish stok kot...
Belum pecah dara lagi. Tengoklah esok-esok. Bukan hanya boleh masak telur saja tapi boleh jugak buat pancake guna tu...

Pisang Goreng


Pisang gorengku yang tak mendapat sambutan. Sebab? Sebab pisangnye dah termasak sangat. Bila digoreng ianya serap minyak... Huhuhu... bersiap sedialah 'pn tong'...

Tuesday, February 24, 2009

TAG dari Eda

Yang ni pulak TAG diterima dari Eda kat Melben, Ostolia... Jom layan soklan2nye...

1. What is your name?
Rafizah

2. A four letter word:
cinta, kasih, sayang, bencikkkk

3. A boy's name:
Imran

4. A girl's name:
Sofia

5. An occupation:
surirumah tangga

7. Something you wear:
seluo pit

8. A food:
Goreng pisang

9. Something found in the bathroom:
feminin hygene :)

10. A place:
Tepi pantai

11. Reason for being late:
Siapkan anak-anak...

12. Something you shout:
Boy!!!! Baby!!!! Mierza!!!!

13. A movie title:
Titanic

14. Something you drink:
Mochacinno

15. A musical group:

16. A street name:
PJS 2C/11F...

17. A type of car:
Waja

18. A song title:
Dealova

19. A verb:
???

Another one....
Here are the rules:

• List these rules on your blog.
• Share 7 facts about yourself on your blog.
• Tell 6 unspectacular quirks of yours.
• Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
• Link the person who tagged you.
• Leave a comment for each blogger.

7 facts about me:

1)mama 3 anak
2)isteri sofie
3)ada lesen kereta,tak de lesen motor
4)kgkononnye penulis novel
5)suker masak, suker makan tapi takut gemuk
6)tak mo beranak lagi
7)suker tgk katalog tp tak suker beli

6 unspectacular quirks about me:

1)makan bernafsu
2)suker mandi malam
3)x heran dgn telefon bimbit yg canggih manggih nih. asal dpt cakap udah...
4)jarang tgk tv
5)suker tgk cerite mistik & seram
6)selalu tidur lewat malam

Kena TAG 3 orang... Okey kali ni aku TAG... brsedia semua....

1)Kak Nana
2)Kak Mimi
3)Mak Ayam Faizah

TAG dari Kak Suzi

Dapat TAG ni dari Kak Suzi @ Adelaide. Ni baru ada kesempatan nak buat. Jom tengok ape yang dikehendaki oleh TAG nih...

ARAHAN:
ANDA DIKEHENDAKI MENSTORYKAN KESAH OR PERISTIWA YG KORANG RASA:-

1. PALING LUCU @ KELAKOR
2. PALING SEDIH
3. PALING BODOH
4. BIASA JERK

PALING LUCU @ KELAKOR
Percaya atau tidak... selama hampir sembilan tahun kami berkahwin, secara sedarnya aku hanya pernah kentut depan hb 2 kali. Hahaha!!! Malunyeeeee....
Aku ceritakan satu dari kenangan tu la ye... Pertama kali masa baru2 kahwin. Masa tu kami g memancing kat tepi kolam. Aku baru nak bangun. nak larikan diri sekejap sebab mmg dah terasa nak terkentut. Sekali aku angkat kaki terus bom atom tu keluar hahaha
Hb gelak sakan. adeh... mane nak letak muke? Nasib aku tak tojun dalam kolam tu hahaha!!!

PALING SEDIH
Paling sedih tentulah masa mak operation kaki tu. And masa nak menguruskan kaki mak tu, kami adik-beradik (dgn adik beradik lain ayah) berbalah pasal pengurusan tu. Syukur alhamdulillah mak dah sihat dan kembali ceria sekarang ni. Tapi sampai sekarang aku tak boleh nak berbaik dgn dia orang. No, sampai biler2!

PALING BODOH
Peristiwa paling bodoh kerana dipergunakan oleh publisher yang pada mulanya adalah seorang kawan. Aku anggap dia macam kakak tapi sudahnya sekarang ni... kalau aku jumpe dia mmg aku akan maki dia cukup-cukup!

BIASE JERK
Hari-hari alkisahnye rutin kehidupan aku. Pagi dalam pukul 8pg hb dah keluar untuk ke tempat kerja. Baby ikut sekali. Hb akan hantar dia dulu. Aku pulak akan masuk dapur. Buat sarapan yang paling simple untuk si Boy dan Mierza. Kadang-kadang aku buat bf cepat sikit dan dapatlah Baby makan. Kalau tak dia minum saja & hb akan belikan dia kuih.
Kebiasaan waktu Isnin dan Rabu adalah sama. Di mana Isnin dan Rabu Baby akan balik sekolah pukul 12.30 tghari sebab dia ada kelas bahasa Inggeris. Hari-hari lain dia akan balik pukul 11.30 pagi. Jadinya aku akan terus Boy siap berpakaian sekolah. Ambil Baby dan terus hantar Boy ke sekolah.
Boy pulak ada kelas Mandarin pada hari Selasa dan Khamis bermula pukul 11.45 pagi. Aku ambil Baby di sekolah dan terus ke sekolah Boy. Bawak kereta pun mcm lipas kudung sikit sbab aku cuma ada masa 15 minit untuk sampai ke sekolah Boy yang jauhnye +- 20km dari rumah. Naik kereta, bukan naik motor. Kalau naik motor boleh jugak ikut short cut ke hape.
Hari Jumaat senang sikit. Baby balik pukul 11.30 pg dan hantar Boy pukul 1.30 tghari.

PASTU KENE TAG LAGI 8 ORANG...

Kak Suzi... saya matikan TAG ni di sini ye...

Maggie


Apelah eh... maggie pun tak kongsi kat sini. Tak, tak, tak... bukan nak kongsi resepi. Hanya nak kongsi gambo jek. Sebab nak bagitahu kat mommy otai aka farah yang daku sudah terliur sama dia punye maggie. Membuatkan aku balik2 je dari umah dia, terus geledah lemari cari maggie. Uwaaaa teringinnyeeee...

Mochacinno


Ni gara-gara tengok kat rumah si Halen. Lepas tengok, terus masuk dapur. Kikikikkkkk....
Yang ni pun ada edit sikit. Halen pakai susu pekat manis dan susu cair untuk rase lemaknya. Aku cuma guna coffeamate saja...

Bahan-bahan (bergantung pada kebesaran & ketinggian gelas yg digunakan)
1 sb (rata) Nescafe
2 1/2 sb (bukit) Milo
2 sb (bukit) coffeamate
Air panas
Air sejuk
Whipped Krim
Sedikit serbuk kulit kayu manis
Ais ketul (ikut suka)

Cara-cara
Bancuh nescafe, milo dan coffeamate dengan air panas setengah gelas. Kacau sebatikan. Tambah air sejuk supaya suam atau boleh letak ais ketul.
Tarik sikit biar berbuih tapi tebal sangat buihnye tu.
Picitkan whipped krim di permukaan air.
Taburkan dengan serbuk kulit kayu manis di atas whipped krim.

Kalau p Pizza hut ke, Coffea Bean ke, Starbuck ke, entah berape hinggit dia orang cekik duit korang. Buat sendirik, minum sampai muak! :D

Popia Pisang Bermadu


Breakfast kami tiga beranak hari ni. Buat lebih untuk bekal Boy ke sekolah. Resepi ni simple je. Terinspirasi dari... aduh tak ingat... banyak sangat merayap sane sini. Sampai lupe la pulak. Tapi ada edit sikit. Ampun pada tuan punya resepi...


Bahan-bahan
2 ketul pisang
2 keping kulit popia
Sedikit madu
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Pisang dibuang kulit dan dibelah dua.
Sapukan dengan sedikit madu di kedua2 belah, tangkupkan.
Letak atas kulit popia dan bungkus seperti membungkus popia biasa.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bungkusan popia pisang tadi. Balik2kan supaya kulit popia tidak hangit.

Monday, February 23, 2009

Sukun Goreng


Our breakfast pagi ni. Sukun ni Mak Ina bagi. Dia bawak dari kampung. Ada jugak pisang abu tu. Esok je nak goreng. Habiskan sukun ni dulu...
Goreng biasa saja... pekene dengan air kopi suam2 kuku... hempppp sedap!

Sunday, February 22, 2009

Xtvt di rumah Kak Yong



Pagi2 tadi dah keluar rumah pergi rumah Kak Yong kat Sepang. Mak Ina dari semalam dah pergi. Dia memang tidur umah Kak Yong. Kak Yong tak ada kat rumah sebab pergi kursus keusahawanan anjuran Mara.
Tuan rumah tak ada, kami pun bermaharajalela, hahaha! Mak Ina dah siap2 pergi pasar pagi tadi. Dia beli ikan terubuk dan ikan jacket untuk buat bakar. Hb yang ditugaskan membakar. Abang Wan tukang siang dan basuhkan ikan. Hehehe... aku? Aku ditugaskan buat air asam. Sonang baitu.

Lepas makan, tidur... hah bagus untuk membesarkan badan yang sudah sedia besar ni kan, kahhhhh!!! Kul 5.30 petang baru tersedar. Itupun Mak Ina kejutkan sebab dia dah nak balik. Tapi telefon Kak Yong, Kak Yong suruh tunggu. Dia pun dah balik. Tunggu nak ambil sijil saja lagi. Tapi tunggu punya tunggu dekat2 pukul 7 malam baru dia sampai. Selang lebih kurang 15 minit lepas Mak Ina balik, aku pun minta izin nak balik sama.

Alhamdulillah... keadaan mak sudah bertambah-tambah baik. Luka operation di kaki tu sudah baik sepenuhnya. Sekarang dah buka balutan. Luka di kaki tu dah kering. Jahitan operation tu pun nampak okey. Sekarang ni mak kena jaga makan dan sampai masa kena injet insulin. Semoga mak terus sihat... Kat bawah ni gambar Mak Ina dengan mak...

Mexican Bun


Ish, sangat tak puas hati dengan kualiti gambar ni. Agaknye kelam kabut pagi tadi membuatkan gambarnye tak cantik (selalu pun tak cantik gak tapi idakle sampai seteruk ni, ye dak? hehehe).

Sebenarnya terjadinya mexican bun atau lebih popular dengan name Roti Boy ini ialah lebihan doh dari doh pizza tu. Nak buat pizza semuanya tak ada pan pulak. Kepada sesiapa yang perasan dan memang dah tahu (mcm besan aku tu, hahaha), pan yang aku gunakan untuk pizza tu adalah tudung periuk. TUDUNG PERIUK okey... kikikikkkk.

Baru-baru ni aku pergi Bake With Yen, kengkonon nak beli pizza pan tu. Tapi bila dah tengok dan belek, aku rasa sangatlaj ruginya duit aku kalau beli pizza pan tu sebab rupernye sejibik macam tudung periuk yang selalu aku gunakan. Jadi aku lupakan hasrat itu untuk sementara sebab lagipun masa tu aku ada barang lain yang lebih penting untuk dibeli. Tapi rasanya sekarang ni macam dah sampai seru je untuk p beli pizza pan tu... emp tengoklah esok atau lusa. Kalau ada masa nak p terjah Bake With Yen & memborong.

Eh, ape ni? N3 mexican bun tapi dok cerita2 pasal pizza pan bagai plaks. Hehehe...syian mexican bun aku dianaktirikan. Okeylah jom kite layan resipi dari Diana @ MyR tu. Thanks tuan punye resipi dan thanks lagi sebab kite kopipes je ni.



Bahan-bahan ( 17 biji )

* # Bahan untuk Inti #
* 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
* 1/4 sudu teh esen vanilla
* 35 gram gula perang
* # Bahan untuk Topping #
* 100 gram mentega, dilembutkan
* 80 gram gula aising, diayak
* 2 biji telur, dipukul sedikit
* 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
* secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
* 100 gram tepung serbaguna, diayak
* # Bahan untuk Doh Manis #
* 500 gram tepung roti, diayak
* 20 gram tepung susu, diayak
* 75 gram gula kaster
* 1 sudu teh) garam
* 1 1/2 sudu teh yis segera
* 1 biji telur, dipukul sedikit
* 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
* 60 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara

1. Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
2. Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
3. Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
4. Cara untuk membuat Roti Boy Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

Untuk lihat langkah2 bergambar, boleh klik kat name Diana kat atas tu...

Pizza


Hah, minggu ni dua kali buat pizza. Apa sudah jadi? Okey, yang pertama tu sebab request anakanda. Yang kedua ni pulak request dari Aisyah & Fatrah - anak2 buah aku (anak2 Mak Ina). Tak apalah... lagipun dia orang ni duduk jauh. Sesekali balik sini, mama turutkanlah kehendak tekak dia orang tu, kan...

Resipi doh untuk kesekian kalinya dari roti marble Ros aka Onigiri. Terima kasih le bebanyak ye Ros. Sangat berjasa resipi mu itew, yang...

TAG dari Kak Inahar

TAG ni diterima dah lama jugak. Dari awal minggu ni tapinye tak bape paham camne nak buat TAG ni (ape ke bengap beno si pija ni...hihihikkk). Pastu bila k Ina dah ajo barulah paham sikit. Tapi ada masalah pulak sebabnya aku ni dengo lagu kat radio biase je. Itu pun radio dalam kete mase anto anak2 sekolah. Pastu memang le aku tak dengo lagu dah melainkan aku je yg melalak dgn suare sumbangku ini, kikikikkkk. Lagu kat blog aku ni pun aku mutekan suaranya sebab aku rase terganggu nak menulis dan melayari internet. Kat dalam komputer aku ni pun tak ada lagu. Huh...

Jadi daku minta maaf banyak2 dari Kak Inahar kerana tak dapat menyempurnakan TAG ni. Tapi aku tepek jugaklah TAG ni di sini sekadar untuk memenuhi syarat.

Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

Soalan2nye...

IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
HOW DO YOU FEEL TODAY?
WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
WHAT’S YOUR MOTTO?
WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
WHAT IS 2 + 2?
WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
WHAT IS YOUR LIFE STORY?
WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
WHAT WILL YOU POST THIS AS?

Okey, itu saja. Aku tak adalah panjang2kan TAG ni sebab aku sendiri pun tak buat. Jadi aku matikan TAG ni kat sini saja ye...

Sekali lagi aku MINTA MAAF DARI KAK INA. Lepas ni kalau ada TAG lagi, janganlah serik nak letak nama saya. Kalau tiada aral tentu2 saya akan buat ye kak... Kat bawah ni kad cyber khas untuk K ina...

Saturday, February 21, 2009

Tanda Ingatan Dari Cik Min


Alahai Cik Min... Terima kasih le bebanyak. Entahla bile dapat ku menjejakkan kaki ke sane. Kena tunggu anak2 besaq sikit la gamaknya baru boleh merasa. Hai anak-anak... cepat le beso, wakaka!!! Anak2 beso kite lak tua. huhuhu tak larat dah nak g melancong. Hah, padan muke haku! Kikikikkkk

Strawberi Coklat


Layan je la buah yang menggiurkan anak tekak ni ye... Sangat sedap makan bercicah coklat cair.... Perghhh, wallah!

Gulai Lemak Rebung & Sambal Bilis Petai


N3 ni aku letak sekali la ye sebab tak de nak tepek resepi. Masak biase2 aje tu.
Menjelang tengahari tadi dapat call dari kak aku - Mak Ina. Dia kate dia on the way ke rumah aku dan dah dekat nak sampai dah tu. "Lapo la...ko dah masak ke belum," kata Mak Ina. Ish, ingat aku ni tukang masak ke hape. Aku cakap... "Ha mai la sini. Ikan aku dah rendam. Kang ko masak lah." Heheheh...
Mak Ina ni memang pemalas sikit bab masak2. Tapi masa aku ngandungkan ketiga2 anak aku, masa aku mabuk, dialah yang banyak masak untuk aku. Hehehe... Actually, kami adik beradik yg satu emak dan ayah ni memang berbaik sangat. Hubungan kami sangat rapat hinggalah ke anak2. Anak2 aku panggil kakak sulong aku (kak yong) - ibu - ikut panggilan anak2 kak yong. Dan panggil Mak Ina - ummi - ikut panggilan anak2 Mak Ina. Anak-anak Kak Yong dan Mak Ina lak panggil aku mama selepas aku bersalinkan Baby. Sebelum tu dia orang panggil aku mak su. Bukan aku yang suruh ye... tapi dia orang yang nak panggil sebab nak ikut si Boy memanggil aku gitu.

Jadinya... inilah yang aku masak untuk Mak Ina & family nya yang datang mengejut itu. Oh, ada satu lagi lauk tak snap gambo. Ikan kembung goreng jek...
Gulai lemak rebung tu aku campurkan dengan babat aka perut lembu. Nasib baiklah ok lagi babat tu. Risau gak tau... sebab aku beli perut lembu tu dah lama. Dekat 2 bulan la agaknya. Tapi bende tu tersimpan jek dalam freezr. Tak de keluar masuk. Masa rebus dulu tu aku letak halia seperti yang disarankan oleh Hana. Thanks Hana... rasanya ok.
Hb tak makan perut lembu. Jadinya masa makan tadi dia campak seketul demi seketul ke dalam pinggan aku.
Hb Mak Ina (Abg Wan) plak tak makan babat tapi makan rebung. Yang Mak Ina nya pulak tak makan rebung tapi makan babat. Ha, hambik le kowang. Aku je yang makan dua2nya sekali! Muahaha!!!

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)