Followers
Saturday, February 28, 2009
Satay Goreng
Pagi tadi kul 9 pagi aku dah keluar rumah. Pergi KL Sentral jumpe kawan penulis. Sajo lah jumpe2 since lame dah tak jumpe... Dan 1st time aku g KL Sentral memandu. Sebelum ni aku tinggalkan kereta kat stesen keretapi dan naik komuter. Tadi aku nekad jek. Alhamdulillah idak le aku tersesat barat, salah masuk simpang ke hape,tak de. Macam tau je jalannye. Tapi mate aku melilau tak usah cerite le mandang sign board, hahaha. Tak pe... yang penting sepanjang perjalanan tadi aku tak kene horn ngan kete lain. Bawak kerete macam tau jalan dan begitu konfidennye...
Balik umah dah dekat2 kul 1 tghari. Tengok2 hb dah melepek kelaparan. Pagi tadi dia keluar ngan anak2 g bf kat kedai makan roti canai jek, kate Baby. Aku pun amik piuk, masak nasi. Bukak peti sejuk ohhhh tidakkkk ikan xde, dah abis. Ternampak bekas eskrim dalam chiller. Barulah tingat aku ade perap ayam2 ari Khamis (hari yang aku demam tu). Kengkonon nak buat satay goreng.
Jadinye itulah jadi lauk kami arini. Tak de la cucuk2 bagai. Makan dengan nasi hangat, sedap gak!
Resepi diambil dari MyR oleh Kak Fida... tapi banyak jugak bahan yg aku tak letak. Tapinye rasa & bau satay tu tetap ada...
Bahan-bahan ( 10 orang )
* 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
* 150 g gula pasir
* 100 g gula merah
* 100 g madu, 2 sk garam
* Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
* 3 sb ketumbar biji - sangar
* 2 sk jintan halus - sangar
* 1 sb lada sulah biji
* 6 ulas bawang putih
* 1/2 jari halia
* 2 hiris lengkuas
* 4 batang serai - hiris
* 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
My Cute Banner
2 comments:
k fiza, tak cucuk pun rase satay kan... yg penting anak tekak tu puass... hehhee...
aymy,
betul betul betul...!
Post a Comment