Followers

Wednesday, February 25, 2009

Roti Goreng Inti Daging


Bekalan Boy ke sekolah. Tak de idea nak celoteh pepanjang. Lagipun ade kije lain nak buat nih. Layan je la resipinye ye...


Bahan-bahan
Roti sosej
Kulit popia
Daging kisar
Sayur 3 beradik (Kacang peas,lobak kiub dan jagung)
Bawang besar - dihiris
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Garam
Minyak

Cara-cara
Panaskan minyak. Goreng bawang hingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan daging kisar. Gaul dan sebatikan dengan bawang. Biarkan seketika dengan api sederhana hingga air daging mengering.
Masukkan serbuk2 perasa dan garam.
Masukkan pula sayur tiga beradik. Gaul sebatikan dan biarkan seketika lagi.
Belah roti sosej di tengah2 tetapi jangan sampai putus.
Sudukan inti daging atas roti secukupnya.
Bentang kulit popia dan bungkuskan roti. Gam kulit popia dengan setitis air supaya nanti bila digoreng tak terbuka.
Panaskan minyak. Goreng bungkusan roti hingga kulit popia bertukar ke warna kecoklatan.
Angkat dan toskan seketika sebelum dihidangkan.

No comments:

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)