Followers

Showing posts with label felt. Show all posts
Showing posts with label felt. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Felt Craft



Salam Rabu semua...
Ada masa sikit masa cuti sekolah kelmarin. Buatkan keychain nama anak2 dan gantung kat beg sekolah dorang. Tapi nampaknye Mierza sorang je yang gantungkan pada begnya. Abang dan kakak letak kat pensil box.
Mereka teruja sekali, mama pun gembira :D
Balik2 dari sekolah, dua2nya dah bawak order dari kawan2. hahahaa tak pasal2 je menambah kerja nampaknye ni. Demi tak menghampakan anak2,buatkanlah juga. Tu masih dalam pembikinan. Nanti dah siap bolehlah buat tayangan amal hihii

Ada ke sape2 rasa nak order?
kakakaka

Wednesday, April 06, 2011

Hasil Felt....


Setelah hampir seminggu, barulah berkesempatan nak menebeng kain felt tu... dan hasilnya, tada!!! Puas hati walaupun hasilnya masih selekeh dan tak rapi. Al maklum, amatur... hahahaa!!! 1st batch ni buat baju anak2 dulu. Kemudian2 nnt barulah buat yang lain2 macam key chain, bantal comel, headband dan sebagainya. Ada jugak terlintas di kepala hotak nak buat beg, tapi takut kain cepat habis la pulak... kahhhhhh!!! Nanti2lah...


"Baju adik besh!" kata Mierza. Seronok bukan main dia... tgk ade aiskrim pulak. Mulanya nak cuba2 pakaikan aje. Pose utk tangkap gambo. Tapi sudahnya takmo bukak. Ha, lantakkan pakai baju tebal di tengahari rembang. Hehehee...


Si Baby pula memang pada mulanya beria nak jadi model jugak, tapi dek kesuntukan masa sebab dah nak p sekolah agama, tangkap gambar baju aje. Biaselah budak femfuan, kan... tangkap gambo nak berbedak dululah bagai. Mamanya tak sabo! Hisk....


Boy pula, masa aku sibuk2 tangkap gambo dia dah siap dengan baju Melayu sekolah agamanya. Malas dah dia nak tukar2 baju lagi. "Tak apalah, petang nnt Boy pakai." kata dia bila aku tanya dia tak nak try ke baju tu & bergambar. Besar dah anak mama... cakap lembut aje. Aku tau dia nak jaga hati aku. Mama sayang Boy!!!

Friday, April 01, 2011

Minat Baru.... Sekadar Hobi....


Selamat pagi Jumaat, As salam untuk semua...

Aku gumbira!!! Sudah menemui 1 minat baru - felt crafters... cute, comel dan cantik. Kelmarin beberapa hari lalu aku dah order kain melalui online di Cda Craft dan dah selamat terima. Alhamdulillah, perkhidmatan yang sungguh cepat. Terima kasih!

Punyelah teruja, aku beli terus Felt Paket yang mana di dalam felt paket ni mengandungi 62 warna, saiz 1/16 (25cm x 22cm) dengan harga RM60. Tambah kos delivery RM8. So total RM68.00. Pada aku dah murah le ni.... kalau ada orang lain jual/beli lebih murah dari ini, rezeki masing2lah. Tapi yg aku jumpa inilah dia. Alhamdulillah....



Jadinya sejak beberapa hari ni kerja aku bila mengadap pc adalah google contoh2 felt craft. Nak carik idea selain nak tampal2 kat baju & seluar anak2... hehehee Insya Allah akan aku kongsikan hasilnya di sini nnt. Cantik ke tak cantik mcm orang lain punye, tolak tepi.

Hobi menjahit ni bukan baru muncul sebenarnya. Bukan ikut2an. Tapi aku ni memang suka menjahit sejak dulu. Cuma masa selalu terbatas, minat itu tidak dikembangkan dan kemahiran itu tidak dipraktikkan. Ada juga berhajat nak ambil kursus menjahit pakaian & langsir. Malah aku pernah buat baju kurung kedah (tunjuk ajar arwah mak), pernah beberapa kali jahit langsir. Bahkan masa baru2 berchenta dengan en hubby dulu, akulah tukang jahit langsir kat umah kampung. Hehehee....

Dan yang sadisnya bila duit dah terlebih (sikit je lebihnye pun....), suka beno beli langsir ready made, hahahaa!!! Teruxsss!!!

Ok, baju anak2 mana2 yang bakal jadi 'mangsa' jahit, aku dah pun aku keluarkan dari lemari. Sekarang sedang mencari2 patern yang bersesuaian. Hajat hati tu of coz nak buat yg lain dr yg lain. Tak nyedo awok tu baru je nak berkecimpung dalam dunia felt ni... hahahaa!!!


Suko ati den!

*lepas ni mesti ado lagi bende lain yg aku akan beli on9...tengok ajolah!*

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)