Followers

Saturday, February 14, 2009

Ais Krim Goreng


Buat ni dah lama tapi terperuk je dalam peti sejuk tu... Tadi lepas hb balik dari buat rondaan blok, dia mengobek peti sejuk. Cari bende yang boleh dimakan. Lapo le tu... Pehtu dia nampak karipap yg difrozenkan. Huh, naik lupe kat karipap tu... Hb pun keluarkan dua2nya dan cakap, "ma, lapolah... goreng ma..." Kat n3 atas tu, tgklah jam kul bape...

Amik resepi kat MyR oleh PrincessHaryati a.k.a. Kak Yatt @ Finland

Bahan-bahan ( 1 orang )

* 2 keping roti
* aiskrim (sebarang jenama)
* tepung jagung (dibancuh dgn air)
* coklat chip

Cara-cara

1. Ambil 2 keping roti (yg selalu org buat sandwish tu) gelekkannya bagi leper dengan cawan ataupun pengelek. Kemudian letakkan sekeping roti di bawah dan sudukan 1 sudu aiskrim dan taburan coklat chip di atasnya, selepas itu tutupkannya dengan sekeping roti lagi yang telah di sapu dengan bancuhan tepung jagung di hujungnya, terapkannya pada bentuk bulat dan terus masukkan ke dalam peti ais selama 2-3 jam. Kemudian boleh di kuarkan dan di goreng dengan minyak yang penuh, angkat dan lap dengan tisu kedap minyak

3 comments:

A.I said...

kalau aku buat ni, kene ade 2 buku roti baru cukup agaknye...

♥ Eda ♥ said...

senang je eh..aku ingat susah nak buat

Fiza Nordin said...

ai,
ye la...ko tentera ramai!alah aku pun kurang satu jek dari ko kan...hehehe

eda,
sonang yo...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)