Followers

Tuesday, February 17, 2009

Roti Marble


Sebenarnya buat ni semalam tapi terlalu sibuk dan badan tak berapa sihat membuatkan n3nye terpaksa dimasukkan hari ini. Resepi dari Onigiri dari MyR. Roti ni lembut dan sedap. Kali ni sanggup aku mengeluarkan BM yang terperuk dalam almari sebab tak lalu nak menguli.

Untuk bahagian coklat tu, aku tak letak serbuk coklat tapi gantikan dengan coklat emulco. Lama jugak menguli tapi tak lenguh sgt mengulinya sebab adunan tu lembut. Rasa best la pulak...

Bahan-bahan ( sesuai untuk si manja anda )

* 200 gram tepung roti
* 50 gram tepung gandum
* 1 sudu besar butter atau marjerin
* 140 ml susu segar
* 1 sudu kecil yis
* 2 sudu besar gula
* 1/2 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil bread improver
* 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara

1. masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
2. perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
4. satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.
5. tutupkan keseluruhan adunan tadi
6. potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
7. letak dlm sandwish loaf.
8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
9. siap dibakar dan sejukkan atas redai.

No comments:

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)