Followers

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Selamat Ulang Tahun Anak2ku & Al-Fatihah mak...


As salam dan selamat berpuasa untuk semua kawan2 yg beragama Islam.
Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke 3 kita berpuasa. Semoga dipermudahkan segalanya, amin!

Dan alhamdulillah, hari ini juga dpt menyambut ulang tahun yg ke 6 tahun untuk si bongsu - Mohamad Mierza Isqandar. Minggu lepas 4hb Julai, ulang tahun anak dara - Auni Batrisya Irdina yg ke 10 tahun. Dan semalam, 11hb Julai birthday anakanda sulong, Mohamad Syahmie Isqandar yg ke 12 tahun.

DIA yg mengatur segalanya. Sy dan suami tak pernah merancang pun nak bersalin bulan 7 semua. Dan DIA juga merancang arwah mak -  Allahyarhamah Zainah Binti Omar kembali ke rahmatullah sehari sebelum ulangtahun anak sulung iaitu 10hb Julai 2009. Tahun ini genap 4 tahun arwah mak meninggalkan kami. Semoga arwah mak tenang di sana dan ditempatkan bersama mereka yg beriman, amin! Al-Fatehah utk arwah mak...

 Alhamdulillah sekali lagi... dipanjatkan kesyukuran dikurniakan anak2 yg aktif Ya Rabbi.... yg sihat tubuh badannya. Semoga terus membesar menjadi anak2 yg baik, bijak dan berguna dunia dan akhirat, sayang2ku. Doa mama mengiringi langkah kalian hingga hembusan nafas mama yg terakhir. Amin!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!
Mama sayang anak2 mama!

Monday, September 24, 2012

Kaw2 Burger Bakar @ Lokas Makana, Puchong Utama



As salam...

Cerita malam minggu kelmarin. Dinner burger bakaq kat Lokas Makana, Puchong Utama. Tak jauh sangatlah dari rumah... dalam 10-15 minit perjalanan. Tapi kalau every time lalu kat trafik lite tu hijau je lampunye, kurang dari 15 minit dah boleh sampai hihihiii meh jap aku kire berapa trafik light kena tempuh dari rumah ke tempat ni... hemppppppppppppp 4 trafik light!

Ok, harga utk yg boy makan ni rm11++ (x ingat exactly price). Adik yg amik order tu yg suggest,kan. Lagi 1 amik yg biasa punya - rm8++. Bila sampai kat meja, aku tengok tak banyak beza pun antara yg rm11++ & rm8++ tu. Cuma nampak yg boy punye tu atas cheese tu ade slice bacon (kottt). Tapi xpa... aku tak heran pun. 1st time makan makenye...for next time kite taulah nak order camne,kan...?


Yang aku punye, ni kat atas ni... sosej 3 batang tu order asing (rm1.50) sbb kengkonon nnt Mierza dan Baby boleh makan wat kudap2. Tapi tengok2 dorang lagi terliur makan roti canai sekeping sorang. Makanya sosej bungkus bawak balik hahaha!

Meriah juga suasana tempat makan situ. Cuma servis agak sopan santun, bak kata en hubby. Air yang aku pesan, sampai habis burger aku makan, tak sampai2. Padahal punyelah lelah nak menghabiskan burger yg berdaging tebal tu.

Just a suggestion, pelayan yg hantar2 order orang tu mungkin boleh jerit/panggil/sebut nombor meja sambil lalu. Tentu lagi meriah, ye tak??? So you'll x buang masa ke hulu ke hilir mencari nombor di atas meja yg banyak dan merata2 tempat tu. hempppp.......... tapi pada aku tempat tu mmg best jugaklah. Western ade, ikan bakar ade, char kuey teow ade... hakikatnye i'Allah kemungkinan akan repeat lg ke situ.

And actually, mase aku baru2 pindah sini, aku pernah singgah Lokas Makana ni tapi tak makan pun sebab masa tu mungkin baru buka kot. Adelah 2/3 meja yg diduduki pelanggan. Sunyi, suram je. Gerai yang berniaga pun tak banyak dan kebanyakkan kedai tutup. Tapi tadi aku pergi, memang nampak perubahan sungguh. Orang jual baju, tudung & barang2 lain pun ada gak. Nak parking kereta pun tercari2. Mujur juga dapat parking yang dekat dgn gate. Rezekilah tu :D

Ok, itu saje nak celoteh. Kepada yang nak singgah, dipersilakan.
Macam2 ada kat Lokas Makana tu... 

## ikhlas ni, pengurusan Lokas Makana x bayo pun suh promot hahahaha!!! ##


Wednesday, May 30, 2012

mandi-manda @ pusat akuatik shah alam

as salam...dah berapa hari mula cuti sekolah...seronok anak2...mama pun seronok jugak...seronok beronok2 hihiii mcm tak ikhlas je ayat,kan....

siang tadi bwk anak2 mandi2 kolam kat pusat akuatik shah alam.dah berulang2 kali juga ke sini.setakat ni anak2 x jemu lagi.mungkin sbb jarang2 pegi wlupun da berulang kali..hakikatnye bukan anak2 yg kemaruk berendam tp mama pun same naik hahaha

g akuatik ni jimat belanja.sgt bajet hokey...makanan pun boleh bwk dr rumah.tiket masuk utk kanak2 rm1.50 dan dewasa rm2.mierza percuma.aku amik sesi 12-2.15pm.lame dah tu...kecut kaki tangan berendam.

buat bekal nasi goreng dan goreng sosej cheese & crabstick.beli air kotak milo & soya...gembira tgk anak2 gembira :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, October 11, 2011

Sayang.... tapi terpaksa!


N3 tertunggak...

Khamis yang lalu (6.10.2011) selamat dah terjual 2 biji kereta kami... Waja dan Mazda 323 ni... Kita sayang sangat kat Waja tu... kalau nak dibandingkan kite dengan en hubby, kitalah yang lebih banyak menggunakan Waja tu. Sebab en hubby pergi kerja menunggang motorsikal. Kita ni pulak ada biz yang perlukan kenderaan. Di samping mengambil anak2 balik dari sekolah kebangsaan dan menghantar mereka ke sekolah agama. 


Terpaksa... kalau ikutkan hati memang nak stay dengan Waja. Jual Mazda 323 tu saja. Tapi tulus ikhlas cakap, tak mampu! Banyak komitment lain yang menanti dan harus diberi keutamaan. 

 

Namun begitu, syukur alhamdulillah... rezeki ada terlebih sikit di samping anak2 pun dah semakin membesar. Kenalah cari yang besar sikit. Actually aku prefer Exora walaupun aku lebih minat dgn bentuk Alza. En hubby pulak memang minat Alza. So kami sepakat ambil Alza. Isnin (3.10.2011) kelmarin dah keluar kereta Alza kami setelah menunggu hampir sebulan. Lepas ni tanggunglah hutang baru hihihiiii

Waja dulu gear manual. Kita ni pun memang sejak mula belajar memandu sampai la... memang tak pernah memandu kereta auto. Yang Alza ni en hubby ambil gear auto... gagau jugaklah. Sabtu lepas encik hubby bawak ke kawasan lengang sikit dan bagi kite pandu Alza tu. Adoiii memanglah senang tapi kalau tak biasa, terasa kekoklah, kan... terasa macam baru2 belajar pandu kereta aje.

Semalam (Isnin-10.10.11) 1st time kite pandu Alza sendiri2 (tanpa en hubby kat sebelah). Kita tau dia risau sangat nak lepaskan kita pandu Alza tu. Sebelum pergi kerja awal2 pagi tu, berulang2 kali pesan, "bawa kereta baik2 ye ma..." huhuhuuu... Bila dok pesan2 gitu, buat kite rasa gerun la pulak, kan... 


Alhamdulillah, takde ape2 yang terjadi. Tapi kalau tengok kite bawak, memang nampak tensen sangat. Penuh hati2... harap2 takdelah apa kejadian yang tidak diingin berlaku. Minta simpang jauh2....
Alhamdulillah, terima kasih Allah S.W.T atas limpah kurniaMu... atas rezekiMu...


Tuesday, September 06, 2011

Ayam Percik Ramadhan...


As Salam....

Dari semalam (Isnin) rasanya dah ramai yang memulakan rutin harian. Yang bekerja dah kembali ke pejabat dan yang bersekolah, kembali ke sekolah. Begitu jugalah dengan kita ni... kembali jadi supir anak2... hantar dan ambil anak2 dari sekolah. En hubby pun samelah juga sbb pagi sebelum pergi kerja, hantar anak2 ke sekolah kebangsaan dan petang sewaktu pulang kerja, ambil anak2 di sekolah agama. Begitulah...

Ayam Percik Ramadhan, actually menu berbuka akhir Ramadhan yang lalu. Masa tu dah selamat sampai di kampung halaman en hubby. Dalam sibuk2 menyiapkan rendang dan segala macam tu, harus juga siapkan makanan untuk berbuka, kan... ambil bahagian peha dan kepak saja. 

 

Seperti tahun2 yang lalu, kalau balik kampung, bahagian masak2, kite punye bahagian. Kakak ipar (Kak Lang) bahagian basuh2, siang menyiang, potong memotong. Dia memang tak pegang senduk. Tolong2 kacau atas dapur adalah. Keseluruhan agenda masak2 terpulang pada kita. Ewahhh macam pandai sangat, kan... padahal kite pn masin campak2 aje dalam kuali. Blender2 aje ape yang patut... hihihiiii Tapi alhamdulillah, kejadiannye memuaskan hati.

Tiada resepi khusus untuk ayam percik ni. Dan yang kita buat ni pun tanpa menggunakan santan. Bukan lupa ke hape tapi mmg nak buat kering macam ni je.... jom tengok...

Bahan2
> serai
> bawang besar
> kunyit
> halia
> garam

semua bahan2 di atas diblender halus dan perapkan bersama ayam selama 1 jam. Bakar sehingga masak.




Yang bestnye, ayam ni dibakar secara tradisional. Bukan masuk oven. I like sangat2 dgn kejadian ayam bakar yang macam ni. Selalu pun kalau balik kampung, mesti ade lauk bakar2 macam ni which is klu kat rumah sendiri mmg tak boleh nak bakar membakar secara tradisional macam ni. Maklum saja duduk rumah flat. Ada yang suggest, bakar dalam kuali je... ye, mmg boleh tp rasenye tentu tak se'pure' bakar dgn arang & kayu, kan.... banyak songeh!!!! Hahahahaa....









Tengok gambar2 di atas... inilah yang kita panggil tradisional heheheee... pondok ni memang selalu tersedia untuk agenda bakar2. Kampung en hubby kite tu mmg kampung sungguh. Mase baru2 kawin dulu siap mandi kat sungai lagi sbb takde saluran paip kat rumah. Mula2 tu memang tak biasa. Asal balik kampung, balik KL balik bintat2 badan. Lame2 ok ja...

Dalam macam tadak mood nak menyambut lebaran (tak tau kenape tah...) melemang juga kami. Tu pun adik ipar kite yang tiba2 saja balik dari kedai bawak buluh lemang. Pukul 4 petang start tapi dengan berkat kerjasama, pukul 8++ camtu, dah siap.... Kejadian lemang pun cantik je... tak berkerak langsung. Cukup lemaknya... elok lembutnya. Thumbs up kat en hubby, alang (abang ipar-baju kuning) dan Syea (adik ipar-baju belang). He's single and available hahahaa

Mood nak tangkap2 gambar pun kelaut! Bukan setakat melemang je kami petang hari memasak tu... tapi juga kami buat gelamai. Sejenis kuih yang dibakar di dalam buluh. Lebih kurang macam bengkang tepung. Bila dikenang2 balik kemalasan tu, rase sungguhlah ruginye. Sebab gelamai tu, hari2 biase mmg tak terbuat. Kalau ade umur, tahun depanlah baru buat lagi. Itu pun kalau ada buluh, kalau ada orang nak tunggu tepi api dan ada kerajinan. Hadoiiii!!

Menu2 lain, kite masak rendang ayam kelapa, daging masak kicap kerisik dan kuah kacang ayam. Kuah kacang ayam tu request dr en hubby. Tapi rasenya akan repeat masak dalam masa terdekat sbb katenye tak puas makan. Ayamnye kite letak beberapa ketui saja sebenarnya utk makan2 sendiri tapi kakak ipar (kak lang) secara tak sengaja terjamu pada tetamu pula. Beria pula dia orang makan. hehehee...

Wednesday, August 03, 2011

Iftar 2 = Al-Kisah Si Baby


As salam... cerite iftar hari ke 2...

Sebaik aje Baby melangkah masuk dalam kereta dari perkarangan sekolahnya, dia dah buat muka sedih. Ohohooo... "mama, kite dahaga." Bila aku diam, dia mula merengek2. Aku biarkan saja... Sampai ke rumah, aku suruh dia mandi dulu sebelum bersiap2 nak ke sekolah agama. Dia merengek2 terus. Air mata bertakung je kat kelopak mata. Aishhh sedih jugak aku tengok... tapi kena jauh dalam hati, nak juga dia teruskan. Sayangnya sebab dah separuh hari dan selebihnya nak dia belajar berpuasa. Dan yang lebih penting, aku tahu dia boleh.

Sebelum turun dari kereta depan sekolah agama aku pesan kat dia "B banyak2 istighfar, banyak2 zikir. Kurangkan bercakap dan bermain. Insya Allah B boleh tahan sampai petang, sampai berbuka.B kena kuat. Kalau B buka, B dah kalah dengan abang." Aku pandang Boy, Boy senyum2 nakal. Baby angguk2kan kepala tapi nampak sangat dia angguk dalam terpaksa. Kesian dia...


Macam mana pula korang melayan karenah anak2 yang baru belajar puasa ni???

But actually, Baby aku ni bukanlah baru tahun ni berpuasa. Dari tahun lepas dia dah berpuasa dan cuma tinggal 3/4 hari (tak berapa ingat exactly berapa hari) je...
Tapi tahun lepas tu agak berbeza sebab tak sekolah agama. Masa tu kami tinggal di Puchong. Sekolah kebangsaan pula sessi petang. Pagi dalam keadaan masih fresh di rumah. Mungkin badan tak berapa penat. Tahun ni agak mencabarlah untuk dia.....

Balik dari sekolah agama petang semalam, tengok kelopak mata dia berair. "Ma, tak larat..." Alahai memang kesian sungguh. Aku suruh dia mandi - segarkan badan. Siap pesan, jangan minum air paip pulak heheheee lepas mandi...... uishhhhh siap lompat2 atas tilam dengan Mierza. Aku nak snap gambar tapi keadaannya yang hanya berspender, adalah amat tidak sesuai untuk ditayang diblog ini kehkehkehhhh

Al-kisah....

Monday, August 01, 2011

Menziarah Pusara...


As salam untuk semua... selamat berpuasa kepada semua umat Islam :D semoga amalan dan ibadat kite diterima olehNYA, amin...


Semalam, kami sekeluarga meluangkan masa menziarahi pusara emak dan apak. Alhamdulillah, tenang sungguh rasa hati dapat bacakan yassin di tepi pusara orang tua. Semoga bacaan itu diterima olehNYA dan dapatlah dihadiahkan kepada arwah emak dan apak...

pusara arwah apak...

Arwah mak dikebumikan di USJ 23. Tempat baru dan terjaga. Memang tak ada masalahlah. Tempatnya pun boleh dikatakan bersih saja.
Sementara arwah apak yang dah lama 'pergi' dikebumikan di Kg Tunku (Kg Baiduri), PJ. Tempat yang berlainan dan agak jauh juga jaraknya. Tempat pun dah lama, bersemak sikit. Ranting2 pokok, daun2 kering. Betul2 atas kubur arwah apak ada pokok besar. Akarnya sampai membongkah batu2 pusara. Sedih juga tengoknya... Tapi ingat juga pesan arwah mak dulu, "biarlah... jangan dipotong pokok tu. Redup, senang anak cucu arwah nak datang jenguk." Huhuhuu... entahlah...

Kalau ada rezeki memang nak bela sikit pusara arwah apak tu... insyaAllah kalau diizinkan olehNYA, akan adalah nnt... ada juga tanya2 kat penjaga kubur tu... katenya kalau nak buat apa2 pertamanya kena tebang pokok tu dulu. Kalau tak, payah nak buat kerja dan takut pokok tu semakin besar dan binaan pusara tu akan membongkah dek akarnya. Macam membazirlah pulak...


Anak2 memang tak pernah jumpalah arwah apak. Hanya tahu nama aje... Masa arwah apak meninggal dunia, aku pun baru berusia 9 tahun. Lepas tu mak pun takdelah kahwin lain. Sibuk menguruskan anak2 aje... sbb masa tu kami 3 beradik memang tengah bersekolah. Kiranya masa arwah apak meninggal dunia, beliau memang belum merasa menimang cucu dari side adik-beradik aku dan adik beradik side isteri keduanya. Cuma dari side isteri pertamanya yang tinggal di Penang tu saja... ada 2 orang (masa tu...) Tapi pun sebab jarak antara Kuala Lumpur dan Penang, hubungan dan kemesraan agak terbatas.

Semoga arwah mak dan apak tenang di sana di sisiNYA... Moga Allah S.W.T. tempatkan roh arwah mak dan apak bersama orang2 yang beriman dan soleh, amin!

Monday, July 25, 2011

My Baby.... Congrats!!!


Cerita pasal anak daraku nan saurang!!!

Alhamdulillah, terima kasih Allah....

Khamis minggu lalu, masa di sukan tahunan, Baby memang johan wakil kelasnya dalam acara isi air dalam botol. Good! Balik, dengan bangganya tunjukkan medal yang dimenangi pada abang dan adiknya hehehee

dah pandai posing anak dara aku ni...

Sebelumnya, Baby wakil kelasnya juga menulis & membaca karangan pendek sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah. Baby dapat tempat ketiga. Dapat piala dan sijil penyertaan. Tapi sebenarnya karangan tu, cikgu dia yang tulis. Tugas Baby adalah bacakan saja. Tapi aku suruh dia hafal karangan tu. Alhamdulillah, dia memang dapat hafalnya dan baca di pentas.

semua nak enterfram sekali, ha gigit!

Minggu sebelum2nya lagi, mewakili kelas juga. Dapat tempat kedua dalam pelajaran matematik bersempena Minggu Matematik & Sains. Juga dapat piala dan sijil penyertaan.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!
Terima kasih Allah swt atas kurniaanMu...


*sekadar berkongsi cerita dan titipan kenangan*

Monday, July 18, 2011

Rombongan & Sukan KEMAS Nur Gemilang




Inilah aktiviti hujung minggu aku kelmarin. Seronoknya dapat main games, berkumpul ramai2, sembang2, begurau senda antara kami yang satu kepala. Anak2 apalagi seronoknya. Dapat mandi mandi dengan kawan2. Tak reti2 nak naik ke darat. Asyik berkubang dalam kolam saja.

Aku, keluarga Kak Nor dan keluarga Kak Rosni menerima pelawaan bersungguh2 Cikgu Noriah yang akan membawa murid2 tadika Nur Gemilang dan keluarga mereka ke Port Dickson. Ianya bukan setakat rombongan tetapi juga acara sukan tahunan diadakan sekali. Kerana ramai ibu bapa yang turut serta, acara dipelbagaikan. Tidak khusus untuk murid2 tadika saja. Makanya, adalah peluang anak2 aku turut serta :D Menang kalah adat bertanding. Yang penting, happy!!!




Actually aku bukan ada anak2 sekolah di tadika Kemas pun tahun. 2 tahun lepas adelah - Baby. Insya Allah tahun depan aku baru nak masukkan Mierza. Tapi Cikgu Noriah beria2 ajak aku 1 family join rombongan ni. Turut diajak sama adalah keluarga Kak Nor Kamariah dan Kak Rosni. Kami ape lagi... jalan ajelah! Cuma kami lewat sikit bertolaknya - pukul 3++ petang. Sementara Cikgu Noriah dan keluarga kanak2 pelajar Kemas dah bertolak pukul 11pg.



Sampai di Port Dickson pukul 6 petang. Anak2 biasalah... nampak kolam terus nak terjun. Salin2 baju, terus terjun dalam kolam. Risau dengan Mierza. Kolam yang ada walaupun untuk kanak2 tapi terlalu dalam untuk dia. Jadi kena ada penjaga. Tak boleh lepas dan sambil lewa saja.

Malamnya ketika en hubby keluar untuk beli sikit barang, dia belikan sekali life jacket saiz Mierza - RM10. Oklah, lega sikit untuk esok hari kalau Mierza merengek nak pergi mandi kolam.




Malamnya ada aktiviti bakar2 ikan dan menyambut birthday Shamsul (adik Cikgu Noriah) dan Cik Din (Penasihat Tadika KEMAS, Nur Gemilang). Cikgu Noriah tempat kek chiffon salji daripada aku. Terima kasih. Actually memang Cikgu Noriah tempah 2 biji kek tapi sebab 1 lagi kek dia nak bawa balik untuk makan sendiri, dia suruh Kak Nor belikan kek di kedai.

Sambil2 makan ikan bakar, nasi impit, ayam & sosej bakar, aktiviti karaoke dan santai diteruskan. Ada yang duduk di tebing mengadap laut dan sebagainya. Anak2 berlari2an ke taman. bebas sungguh deme. Itulah yang Mierza nakkan sangat. Lepas bebas....

Oh yes, kami menginap di Bourgenvilla Resort @ Teluk Kemang. Tempat tu agak dekat juga dengan pantai. Dan ada jetti berdekatannya. Sangat sesuai kalau nak memancing pun. Cikgu Noriah ambil 1 family room untuk kite semua. Besar juga bilik tu. Memang Cikgu Noriah dah pesan, bawa bantal dan toto. Jadi memang tiada masalah dengan tempat tidur. Bentang saja dan baring :D



Di Port Dickson musim durian. Merata2 sepanjang jalan jumpa orang jual durian. En hubby keluar dengan geng2nya. Aku pun memesankan belikan durian. Balik2 bawa 5 biji durian. Dengarnya dengan harga rm60, 5 biji tu. huhuhuuuu mahal gak eh... tapi isinya.... amat puas hati! Semuanya sedap2 belaka. Takde satu ulas pun yang reject. Sume habis masuk perut! Berbaloi-baloi!!!

Awal pagi hari Ahad, pukul 6.45pg aku dah terjaga. Pukul 7 aku keluar. Masing2 masih tidur. Terus pergi tepi pantai. Hasrat hati nak shoot sunrise. Tapi hampa... sunrise di balik teluk. Tak nampakla.... :( Jadi aku amik gambar ombak membelasah tebing batu je la....




Breakfast kami disediakan cafe berdekatan. Bihun dan nasi lemak bersama kari ayam. Air teh tarik dan kopi. Anak2 datang juga makan. Sebab dah kelaparan agaknye. Semalamnya pun bukan makan beria sangat ikan & ayam bakar tu... asyik berlari2 ke sana ke mari aje. Tapi lepas makan, balik sambung mandi kolam.





Bila acara sukan nak dimulakan, terpaksa panggil berulang2 kali budak2 & mak2 budak naik dr kolam. Aiyooo.... Aku memang tak mandi kolam tu. Hajat tu ada tapi macam2 hal nak diurus, malaslah pulak rasanya. Bila acara sukan dan habis, sibuk pula mengemas sebab sebentar aje kemudiannya, dah nak check out. Hemp... memang pakat tak merasalah, kan... en hubby dapat juga berendam sekejap itu pun sebab geng2 lelaki berendam sama. Kalau tak, entahlah. Ditambah lagi en hubby tu bukan suka sangat mandi2 camtu....




Dalam acara sukan, anak sulong aku - Boy menang tempat pertama acara tiup belon sampai pecah. Good! Aku menang tempat ke 3 dalam acara hulla hoop! Dan lagi satu acara berpasangan balingan mesra (belon berisi) air, aku dan en hubby menang tempat pertama. Acara tarik tali campuran kumpulan aku (grup 2) tempat kedua. Kesian, sampai berbirat lengan en hubby tergesel dengan tali tu....




Pukul 12++ check out. Perjalanan pulang ke destinasi masing2. 7 buah kereta (penduduk Blok N saja) konvoi kembali ke Blok N...

Percutian singkat yang menyeronokkan... tapi fenat!!!


Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)