Followers

Showing posts with label Bihun/Mee/Kueyteow. Show all posts
Showing posts with label Bihun/Mee/Kueyteow. Show all posts

Tuesday, May 05, 2009

Bihun Goreng & Tomyam Cg Noriah

Malam ni hb nak g main badminton. Jadi macam biasalah dia takmo makan nasi. Tengahhari tadi aku sms dia kate nak buat bihun sup tp lepas beberapa minit dia call balik dan kata dia nak makan bihun goreng. So biniknye ni ikut je lah selera hb yang mengalahkan orang mengidam anak sulong tu ha, wakaka! Ampun abang...
Tup-tup dekat2 nak azan tu hb balik bawak bekal berisi Tomyam Ayam. Katanya Cg Noriah - cikgu sekolah tadika Baby yang bagi. Sebelum balik rumah tadi hb singgah ke rumah Cg Noriah di tingkat 4 untuk bagi surat persatuan. Kebetulan masa tu Cg Noriah baru je tutup api dapur. Tu yang dia bekalkan bawa balik ke rumah. Rezeki, rezeki...

Wednesday, April 22, 2009

n3 campur aduk.......


Semalam tak masakkan...
hb balik bawak char kuey teow yang menjadi feveret aku anak beranak
hb tak bape suker.
dia kalau boleh nak makan nasi semedang.
tp tak pela... badan dia maintain jek makan nasi semedang pun.
badan binik dia ni yang cepat beno naiknye kalau asyik makan nasik jek kojenye
wahaha!
Sebungkus RM3.50. Okey le tu kan...
tengok udang tu...
menggiurkan tak...? hehehe

Yang ni lak nak tayang fridge magnet pemberian Ayu dan Kak Ina KL semalam.
Thanks pada kedua-duanya. Love it!

Dalam pengumpulan... sekarang dah ada 4 fm. Harap2 bertambah lagi. So sesape yang nak gather2 pas ni dan terfikir nak carik ape tuk souvenir, cariklah fm ye...hehehe demandlah pulak hahaha!!!

Thursday, February 12, 2009

Mee Goreng


Inilah lunch dan akan jadi makan malam kami sekeluarga. Hari ni tak masak nasi dan lauk-pauklah sebab malam ni hb nak g main badminton. Bulan ni hb masin badminton hari Isnin dan Khamis. Hari Jumaat tak main...
Hari tu masa nak buat mee kari, aku beli mee tu sampai 2 bungkus. Makan mee untuk mee kari tu dah habis sebungkus. Jadi sebungkus lagi buat mee gorenglah. Resepi campak-campak... layanzzz

Tuesday, February 10, 2009

Mee Kari Udang


Resepi dari kak Masz kat MyR...Terima kasih akak cayang...! Muah!!! Syedap leee
Dari minggu lepas dok gtau Hana nak wat mee kari, baru hari ni terlaksana. Kebetulan semalam lepas balik dari rumah Kak Yong menjenguk keadaan mak hampir pulih luka operation kat kaki tu dan nampak sihat, terus singgah Mydin. Membeli-belah barang-barang dapur dan keperluan anak-anak. Susu Mierza... pampers, milo Boy dan Baby. Yang lain-lain tu banyak barang mama la... iyela... mama yang duduk dapokan... bawanglah... minyak kelapalah... beraslah... tu sume untuk mamalah walaupun yang makan semua orang dalam rumah ni, hahaha!
K Masz... kite c&p ye...jgn mare ye... nnt cepat tua tau...nnt yo king lali oooo!!! kehkehkeh

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

* 2 peket mee kuning
* (bahan ditumbuk lumat) *
* * 3 ulas bawang putih
* * 3 ulas bawang merah
* * cili kering (ikut tahap kepedasan memasing) - sy letak 2 sdb pes cili buat sendiri)
* 2 sudu serbuk kari ayam/daging
* 2 tangkai daun kari
* sedikit kayu manis, bunga lawang n cengkih (utk bau wangi)
* 16 ekor udang harimau (kalo nak lebih pon bole aje!)
* 2 peket fish ball & 2 keping fish cake
* 1 peket tau pok (tauhu kering) - dibelah 2
* Santan kelapa secukupnyer
* Sayur sawi, taugeh, daun sup/bawang, bawang goreng & telur rebus (kalo suke.. sy x letak pon)
* 2 ketul kiub ayam dan sedikit garam - sesedap rasa

Cara-cara

1. Tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih seketika kemudian masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat yg telah dicampur dgn serbuk kari dan daun kari - tumis sehingga wangi
2. Masukkan udang dan kacau seketika.
3. Kemudian masukkan santan secukupnya dan biarkan mendidih dan masukkan garam & kiub ayam sambil tu dikacau selalu - supaya x pecah minyak nnt x cantik kuah tu..
4. Apabila sudah mendidih dan hampir masak, masukkan fish ball, fish cake dan tau pok tadi.. biarkan mendidih sekali lagi dan bule ler ditutup api.. rasa dulu ye.. dah cukup belum rasanya...
5. Mee dan sayur tadi bule le dicelur sebelum dihidang bersama dengan kuah dan bahan hiasan yg lain... selamat menjamu selera!...
6. Oh ya!..jgn lupa masak ler dgn penuh keikhlasan dan kasih sayang, sambil dimulakan dengan Bismillah... Insyaallah.. pasti lebih sedap dan enak masakan kita.... sekian ler ye.. selamat mencuba! :)

Hah, siap k Masz bagi pesanan... baca Bismillah dan masaklah dengan penuh keikhlasan. Patutlah aku rase sedap je makan tadi...hahaha ampun K Masz.... ampun!!! Cabutttt!!!

Tuesday, January 20, 2009

Kuey Teow Goreng


Ha... inilah lawannya cili jeruk tadi tu. Ini hari hambe tak masak nasi & lauk pauk sebab ini malam somi hambe nak g main badminton. Hehehe hambe2 bagai lak aku... ekekekkk. So malam ini (kul 7 pun malam kan...) inilah dinner kami...

Tuesday, January 13, 2009

Bihun Goreng


Hemp... nilah dinner kami. Malam ni hb nak g main badminton. Jadinya hari ni isterinya tak masak nasi sbb hbnya sure tak mo makan. Hbnya tu takut nnt tgh2 main badminton tu tersemput pulak. Hahaha!!!
Masak bihun goreng je la...
Anak dara tu - Baby, bangun2 tidur tengok mamanya tengah menggoreng bihun, wallah gembiranya. Sebab bihun goreng memanglah makanan kegemaran dia. Dan disebabkan makanan kegemaran dia, bertambah2lah makannya tadi. Dan mulutnya yang memang tak reti diam tu tak sudah2lah memuji, "bihun mama masak ni sedaplah..."
Sikit-sikit mamanya kembang jugak hati biler anak anak dara sorang tu memuji mamanya. Heeee...

Mangga ni pulak pencuci mulut kami lepas makan bihun goreng tadi. Just potong2 kiub and tabur serbuk asam. Sediakan garfu dan apalagi terus je ngap masuk mulut. Serbuk asam ni memang sedap. Aku beli kat orang yang jual jambu kat tepi2 jalan tu. Aku perasan (klu korang pun perasan) sekarang ni kat tepi2 jalan cukup ramai orang jual jambu batu dan airnya, kan? Ha, serbuk asam dia oranglah yang aku beli.

Penghujung sekolah tahun lepas, setiap kali anto Si Boy ke sekolah, mesti singgah tepi jalan beli jambu. Dia akan maka jambu tu sepanjang perjalanan ke sekolah. Kadang-kadang habis, kadang tak habis dan mamanyalah jadi tukang habiskan... biasalah tu...

Sepupu hb pun ada yg jual jambu ni. Siap berhenti kerja lagi. Tak taulah dia memang berhenti kerja sbb nak berniaga atau dia mmg dah lame berhajat nak berhenti kerja dan tiba2 saja peluang berniaga ni datang. Kami pun tak penah pergi tempat niaga dia nak interview, heeee...

Okey okey... dah melalut da ni... wa chow dulu!!!

Wednesday, January 07, 2009

Kuey Teow Kung Fu


Inilah makan tengahhari aku. Simple as possible je... kengkonon je aku ni diet. Tapi aku ni diet tak makan nasi je. Lain2 bende sume aku belasah. Ala... aku susahlah nak berdiet beria sangat. Sebab aku ni jenis pemakan. Ni tak makan nasi pun macam orang angau tak jumpe boyfriend tau... kire okeylah ni aku leh tahan tak makan nasi...

Amik resipi ni kat MyR dr Hanis. Kalau ikut resepi Hanis, dia guna kuey teow tp aku pakai sizzling mee yg terperuk kat dalam gobok burukku itu... Sebelum dia xpired lebih baik aku godamkan ke dalam perut ku ini, betui tak... jangan membazir, betui tak?? hehehe....

Bahan-bahan ( 1 orang )

* kueh teow
* lada hitam / lada putih
* mix seafood (udang/sotong atau ayam atau semuanya)
* lobak
* 1~1setengah sudu besar tepung jagung
* 1 cawan air
* sayur-sayur lain (optional)
* 1 ulas bawang putih
* 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
* sos tiram

Cara-cara

Tumis bawang putih hingga sedikit perang. Kemudian masukkan seafood mix.
Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

Ampun ye tuan resepi, dah edit sikit (banyak gak...) resipi anda ni... & kopipes je...

Friday, November 07, 2008

Bihun Soto


Okey, kite post semula pasal masak-masak. Hari ini masak Bihun Soto. Bukan masak beria pun. Ikut enak di tekak sendiri dan tekak en.somi je...

Layannnzzz!!!

Wednesday, November 05, 2008

Bihun Lada Hitam


Bihun ni buat semalam. Tapi almalas nak meng'upload' sbb tgh asyik masyuk menulis. Ni pun ada rasa malas-malas gak tapi ku rajin-rajinkan jugak. Kang basi lak entry ku yang tak seberapa nih hehehehee
Anakku yg pempuan -Baby memang hantu bihun. Seronok tengok dia makan semalam. Besau ati omak eh bile anak asyik mintak tambah jekkk...
Yang si abang -Boy pulak hantu roti. Hemppp eloklah. Sorang makan roti ngan kuah durian, sorang lagi makan bihun. Papa dia? Semalam hari cerewet dia. Kerut kening dia tengok bihun warna putih. Tapi agaknye nak amik ati binik dia yg sorang nih, dia sudu gak 3/4 sudu. "Dah kenyang makan roti & kuah," kate dia biler kite soh tambah.
Kiter?? Kiter bedal semuanya. I tak peduli. hahahaha klu tak, idaklah badanku setambun camnih hah... Hehehe

Friday, October 31, 2008

Wantan Mee Kicap


Hari ni hari Jumaat. Malam en somi main badminton. Kalau dia main badminton tak leh masak nasi. Nanti perut dia kenyang, dia main badminton termengah-mengah. Aku pun tak sudi nak masak nasi sebab kalau masak mesti nasi tak habis. Bila nasi tak habis, lauk pun tak habis. Dan bila lauk dan nasi tak habis... aku sakit hati! Mulalah nak bebel satu rumah dan penyakit M senang sangat menyerang keesokkan harinya.

Jadinya hari ni masak mee. Menunye Wantan Mee Kicap.

Kalau sesiapa ada perasan, aku ada tinggal pesan kat Cik Mat Gebu bertanyakan resipi ni sebab Boy (anak yg sulong) suka sangat makan Wantan Mee Kicap ni. Sampai suruh mama dia belajar buat. Hehehe anakku... Cik Mat Gebu ada bagi link kat Merpatiputih66 tapi b4 that aku dah search resipi ni dan dapat dari resipidiana. Bila compare2kan antara dua resipi ni, akhirnya daku memilih untuk membuat resipi dari resipidiana.

Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 s/t minyak bijan
1 s/t kicap cair
1 gumpal mee wantan
1 s/b sos abalone (aku guna sos tiram)
1 s/t kicap cair
1/4 cwn air rebusan ayam
secubit serbuk lada putih
garam secukup rasa
sayur pak choy - direbus

Cara untuk menyediakan ayam
- Ayam direbus. Angkat dan celupkan dalam besen air sejuk. Proses ini adalah untuk menampakkan cantik pada kulit ayam. Toskan betul-betul. Setelah itu letakkan minyak bijan dan kicap cair. Sapukan ke seluruh ayam. Perapkan selama lebih kurang 10 minit atau lebih. Gorengkan dengan minyak yang panas.

Cara untuk menyediakan mee
- Didih air. Celurkan mee wantan. Angkat dan tos. Lalukan di bawah air sejuk. Tos lagi. Campurkan sos abalone, kicap cair, air rebusan ayam, serbuk lada putih dan garam. Masukkan mee wantan dan gaul.
Angkat dan dihidangkan bersama ayam dan sayur.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)