Followers

Friday, February 27, 2009

Lempeng Salad Buah2an


Semalam badan ni rasa tak berapa sihat. Jadi masak pun yang simple jelah... sekadar mengalas perut sementara tunggu hb balik & tapau makanan. Layan je la eh...

Yang ni untuk mama.

Bahan-bahan (Adunan tepung)
1 cawan tepung
1 biji telur
3/4 cwn susu
Air secukupnya (ikut kualiti tepung)
Secubit garam

Bahan-bahan (Salad)
5 biji strawberi
1 biji kiwi
2 keping nenas (dalam tin)
* semua buah dipotong dadu
Sos salad buah2an

Cara-cara :-
1) Campurkan semua bahan adunan tepung. Digaul sebati. biarkan 15-30 minit. Tapis.
2) Panaskan kuali leper. Letak sesenduk dalam kuali dan gelekkan kuali macam buat kuih ketayap.
3) Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4) Campurkan semua buah-buahan dalam satu bekas. Tuang sos salad. Gaul sebati.
5) Sudukan ke atas lempeng. Lipat seperti membungkus. Terbalikkan. Dengan menggunakan pisau, perlahan-lahan potong permukaan memangkah untuk dijadikan tingkap.

Okey tak???? :D

No comments:

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)