Followers

Tuesday, October 30, 2012

Vantage Magic Pan


As salam... 

Alhamdulillah, dapat juga memiliki ape yang diidamkan. Sebelum ni kalau kawan2 buat tayangan amal kat blog & fb, rase... alahai!!! Dan akhirnya minggu lepas, Allah SWT makbulkan permintaan & hajat hati.

Minta tolong kawan, Zura tolong belikan semasa beliau berkunjung ke Langkawi. Hujung tahun lepas kite sendiri p Langkawi, tak tau plak pasal pan ni. Kalau dak, haruslah daku memborong beli bebanyak, bawak baik buat juai hahaha!!!

Ok, pan ni aku dah rasmikan pon... dah bakaq ayam dan ikan. Nanti2 nak try bakaq kek dan lain2 macam yg disuggestkan kawan2. Bukan ape2 pun... oven ade 2 bijik wat pe la susah payahnye membako dlm pan ni,kan... sajalah aiiii... suke2! saje nak try2... xde salah pun, kan....

... merasmikan pan ajaib vantage aka pecah dara ...

Ok, ade yang tanye... aku bakar ayam dlm pan ni ade letak minyak ke? 
Jawapannya: takde. betui, setitik pun xde letak. Tapi alhamdulillah ayam aku tak melekat kat pan pun. yang 1st time bakar ayam mcm dlam gambar kat atas, yg kerak itam2 tu memang melekat kat pan. Ayam tak lekat ye.. ulang2 kali aku balik2kan ayam tu,angkat2 camtu je.
Kerak2 yang lekat tu, aku tuang air dan biarkan dlm 15 minit. Masa nak basuh tu, dah lekang dah dia dari pan. Yang ada masalah lekat, maaflah...xtau ape sebabnya walau mungkin dari jenama pan yg sama.

Resipi untuk ayam di atas simple aje...

Perap ayam 1/2 jam dengan kicap, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sos tiram.
Tuang dalam pan, tutup dan bakar dengan api perlahan.
Balik2kan untuk ayam masak/bakar rata.

*Buat makan dengan nasi ayam pun sodap. Takde, nasi putih pun sedap jugek!*




Kek Lapis Prune (Bakar)


As salam...

Kek buat untuk sambutan Eid Ul Adha kelmarin. Dah lama stik dengan resipi dari Kak Fida @MyrR ni. Pernah beberapa tahun dulu, masa baru nak menjinak2kan diri mengambil tempahan dari pelanggan internet, kek inilah yang aku buat. Semalaman tak tidur. Masa tu buat versi kukus pulak tu. Senyum2 ingat memori dulu :D

Jom tengok resipi. Merata2 dah ada resip ni. Kalau tak silap, kat blog ni pun aku ade letak resipinya. Tak apa, aku letak lagi. Kalau rajin, bolehlah try buat ye. Kalau tak rajin, boleh order je dr aku hihii :D

Bahan2:

5 biji telur
225g gula halus
220g tepung gandum
150ml susu segar
1sb ovellete
1sb baking powder
1sb esen vanila
100ml minyak kelapa/jagung
pewarna
*hirisan prune secukupnya untuk ditabur d permukaan kek*

Cara2:

Panaskan oven 180c.
Campurkan semua bahan dalam mangkuk kecuali minyak. Putar hingga kembang dan putih. 
Masukkan minyak dan kaup balik hingga sebati dengan menggunakan spatula.
Bahagikan adunan pd 2/3 bahagian (terpulang). Letak pewarna dan kacau hingga sebati.
Sediakan loyang 9' (segi 4). Lengser minyak dan lapik dgn kertas baking.
 Tuang 1/2 dr adunan yg telah diwarnakan.
Kukus setiap lapisan, 15 minit. 
Taburkan hirisan prune sebelum dituang adunan kek.
Untuk lapisan terakhir bakar xtra 20 minit.

Selamat Mencuba :D

Monday, October 29, 2012

Lasagne Beef Segera


As salam,
ok, ni kisah minggu2 lepas... tak ingat dah berapa minggu yang lepas. Terlupa nak n3...
Bukan ade ape2 pun sebenarnya. Just nak share dgn semua yang mengunjungi blog ni... 
Sape2 yang pernah rasa lasagne ni, yg mungkin 1 tekak dan 1 rasa dengan aku, mesti rasa tak ralat lah membeli. Sedap... enak!

Boleh di dapati bahagian frozen di pasaraya2 besar. Alamak harga tak ingat berapa. Tapi kalau tak silap RM5++ (klu x silap ye). Kalau silap, minta maaf.

n3 ni promosi percuma. takde terima bayaran pun. suke2 aku je nak share ngan semua... :D
sesape yg suke lasagne beef, harus cuba!


Murtabak Sardine Cheese Cracker


As salam... 
Selamat Hari Isnin untuk semua... ade yang masih bercuti mungkin bg sambutan Eid Ul Adha... selamat bercuti dan kepada yang sudah bekerja, selamat menjalankan tugas. 

Dah lama tengok resipi ni... kalau tak silap dari tahun2 lepas lagi. Tapi macam tak teringin nak buat. Baru2 ni ntah kenapa, terasa nak buat pulak. Hasilnya, not bad. Mierza suka. Ulang2 dia datang ambil dan makan. Suka hati mama tengok anakanda suke :D

Resipinya di bawah ni ye... Tq Noorsha. Minta izin ye kopipes resipi dan kongsikan di sini.

Bahan² Untuk Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar -didadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu besar cili kisar
1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
garam &; gula secukup rasa
2 biji telur


Bahan² Untuk Topping
Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)


Cara² Untuk Inti
1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.


Cara² Untuk Melapis Murtabak
1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
5. lapis sampai inti yang terakhir.
6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)

*UNTUK SETIAP LAPISAN LEPAS TUANG SARDIN, AKU TABUR DENGAN MOZARELA CHEESE*




Sunday, October 28, 2012

Menang GA @fb


As salam...

Teruja semacam bile diberitahu menang GA. Al maklum le baru 1st time hihii
A'way terima kasih banyak2 kepada De'Eija Muslim. Walaupun hanya jadi pemenang saguhati, tapi dah cukup puas hati tu... Hadiahnya walau tak dapat digunakan untuk diri sendiri tapi dapat kat anakanda dara nan saurang tu...

Hadiah diterima sehari sebelum Aidil Adha, memang sedang elok sangat. Anakanda pun tak sabar2 nak guna di pagi raya :D

Alhamdulillah!

Thursday, October 25, 2012

Eid Ul Adha semua...


As salam...

Untuk semua yang mengunjungi blog ku ini... ucapan ikhlas dariku...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Ampun maaf diminta andai ada salah dan silap
terkasar bahasa dan terlebih gurau.
Sesungguhnya yang buruk itu datang dariku
yang baik itu dariNya jua...

Jaga diri, pelihara peribadi...
~ Fiza Nordin ~

Popia Bersira Sambal



As salam...

Lame sangat rasenya dah tak buat popia bersira. Kalau tak silap last buat masa dok kat umah lame - Pangsapuri Angsana, Puchong. Lepas dari tu dok memerati je orang lain buat sambil telan2 air lio hihihii kesian! Ape kan daye...bukan salah orang lain, salah sendiri sebab terlebih 'rajin'. Popia ni boleh dikatekan salah 1 makanan kuih-muih kegemaran aku jugaklah. Suke dengan rangup2 pedasnya. 

Takyah celoteh bebanyak.. kat bawah ni aku tepek resipi hasil skodeng umah Ina Hana. Minta ampun mek, aku kopipes resipi yek... minta halal dunia akhirat. Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan teman2 yg memerlukan... amin!


Bahan-bahan

kulit popia secukupnya
Utk Inti
1 batang carrot - dihiris halus
1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
satu mangkuk kubis yg di racik halus
taugeh - jika suka (hana x ltk)
1 biji bawang besar - potong dadu
1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
1 sudu mkn sos tiram
garam
perisa@gula sedikit

Utk Sambal Sira
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah n putih kisar
2 sudu besar sos chili - hana gune sos cili thai jerk!
sedikit belacan - jika suka
sedikit air asam jawa@cuka
gula melaka@gula putih
garam
bijan sangai


Cara-cara

  • Utk Inti - tumis bawang besar hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula (jika suka). tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
  • Utk Sambal Sira - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat dan kering. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!

Monday, October 22, 2012

Popia Gunting Bersira Sambal


As salam...

Kudapan sedap! Sesambil hadap tv habis sebalang. Tak sedo, ampun!!!
Buat minggu lepas masa dapat tempahan popia bersira. Ada lebihan kulit tu dalam 15 keping, kite teruslah lajakkan buat ni. Kalau nak simpan alang2nya. Lagi pun sedang elok diprojekkan sekali harung telah2 dan sambil2 menyiapkan tempahan, kan....

Actually pada aku, sonang baitu nak bikin popia gunting bersira sambal ni. Tapi tak apa... aku selitkan juga resipi yang aku google di sini untuk panduan diri sendiri dan kawan2 yang berkemungkinan mencari resipinya. 

Terima kasih Mas. Minta izin di sharekan di sini ye. Kite kopipes je tu. Minta halal dunia akhirat yek...

Popia Pedas @ Popia Bersira Sambal
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 bungkus besar kulit popia 
1 biji telur - pukul sikit @ bancuhan tepung gandum pun boleh

Bahan untuk sambal :
4 sudu besar cili kisar
1 biji sederhana bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
sedikit udang kering - tak nak letak pun tak pe
garam secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis
5 sudu besar gula     
                         
Bahan sampingan :
ikan bilis - basuh, toskan dan goreng garing
kacang tanah - goreng tanpa minyak
bijan - goreng sikit tanpa minyak

Cara membuatnya :
Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur @ bancuhan tepung gandum.
Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan.
Angkat dan toskan sebentar. Jangan biarkan terlalu lama diluar. Sesudah habis goreng semua popia terus buat sambal.
Tumis semua bahan2 kisar dan masukkan garam secukup rasa dan kiub ikan bilis, kacau, masukkan gula dan kacau lagi, biar hingga pekat dan gula hancur, tutup api dan terus tuang popia yang digoreng tadi, kacau sebati...masukkkan juga ikan bilis, kacang tanah dan tabur bijan jika suka. 
Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.

Sunday, October 21, 2012

Tempahan Aidil Adha


As salam...

Buka Tempahan untuk Hari Raya Aidil Adha.

Almond London / Tart Nenas / Choc Chip Cookies / Choc Hazelnut 
RM25/50pcs++

Green Peas Cookies / Shell Tart
RM18/50pcs++

Tarikh Akhir Collect Tempahan:
24/10/2012 - Khamis
* penghantaran dikenakan caj

Tempahan Sweet Delight lain seperti:-

aneka kek
aneka brownies
aneka tarts
dll dibuka seperti biasa

Call: 03-8322 1708
Sms: 017-3113 226
email: sofie2_za@yahoo.com
inbox fb: fizanordin/fiza-on9booth

...Terima Kasih...



Friday, October 19, 2012

Roti Jala


As salam...

Hati manyak sinang... selama ni bile tengok kawan2 buat roti jala, rase jelez sangat. Sebab bile kite buat, selalu x nampak jaring jalanya. Roti jala jadi lempeng aka dada. Sangat sakit hati dan fobia. Padahal aku sendiri dan anak2 suke sangat makan roti jala. Jadinya bile terasa nak makan tu, p beli je la... buat sendiri alamatnya makan hati.

Semalam memberanikan diri buat sendiri dan lagi. Alhamdulillah, menjadi pulak dia. Walaupun tak 100% puas hati, tapi kalau dah jadi macam dalam gambar tu, dah cukup puas hati.

Makan dengan kari ikan kembung semalam yang dah dipanaskan. Wallah, suke sangat!!!

Resipi amik kat bawah ni... terima kasih Hana. Lap & rindu kamoo!


RESEPI ROTI JALA

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air@ susu segar@santan cair
1 biji telur
1 sk garam
pewarna kuning

Cara-cara
Blend semua bahan sebati. Pastikan tiada tepung yang berketul2 yang boleh membuatkan acuan tersumbat.
Panaskan kuali dan lengserkan sedikit minyak.
Cedukkan adunan dan masukkan ke dalam acuan dan tebarkan di atas kuali.
Biarkan seminit hingga roti jala masak. Angkat dan lipat@gulung ikut suka.

Monday, October 15, 2012

Tart Kelapa


As salam...

Entah tetibe je terasa nak makan tart kelapa. Teringat zaman bebudak dulu pernah makan beberapa kali. Arwah mak bawa balik, beli kat supermarket tempat arwah keje. Pastu lame betui tak makan sampaila dah la ni beranak 3. 

Teringin nak makan dah lama sebenarnya tapi baru ni la hajat kesampaian nak buat sendiri, alhamdulillah! Aku buat 2 kaler, plain dan hijau. Hijau tu hanya letak paste pandan. Wangi, harum semerbak baunye...

Cari2 resipi jumpa resipi yang ni. Terima kasih pada tuan resipi. Minta izin sharekan di sini ye. 


Bahan : (base)
250g tepung gandum
60g mentega
100g gula aising
2 biji telur

Cara2: (base)
Campurkan semua bahan. Gaul sebati dan uli hingga jadi doh. 
Terap dalam acuan tart.

Bahan : (isi/fillin)
150g kelapa kering
80g mentega - dicairkan
100g gula
2 biji telur
50ml susu segar

Cara2: (isi/fillin)
1. Telur dan gula dipukul hingga kembang.
2. Campurkan kelapa kering dan mentega cair.
3. Gaul rata dan tambah susu segar.
4. Bakar kulit tart separuh masak dan tuang filing dalam mangkuk tat.
5. Bakar 40-30 minit/180c


Sunday, October 14, 2012

Cheezy Sosej - Jangan call hp saya!!!



As salam... Selamat Hari Ahad, selamat berhujung minggu semua.

Wahhh, tajuk memang tak boleh blah, kan... tapi itulah hakikatnya. 1st sekali nak cerita apehalnye, kan...
batteri kong semedang. Kejadian selepas aku tukar line dari maxis ke u-mobile. kengkonon nak ade talian coverage internet. Sudahnya.... hambekkkk, nak jadi sebablah tu, kan...
yang kedua, line hp kat kawasan umah aku ni ya amatlah payahnye nak dapat coverage. yang ni aku pasti bukan sebab aku pengguna u-mobile. sebelum ni masa guna maxis pun cenggitu jugek dia....dan jiran2 lain yang guna digi dan celcom pun macam itu. jadi. kami sama-sama menyalahkan tempat ini di mana letakkan rumah tempat tinggal kami hihihiii x reti bersyukur ke ape, kan ko ni pizah!

So, klu x boleh call hp, tetap juga nak dengar suara husky saya ni, dipersilakanlah anda menghubungi saya memalui talian rumah - 03-8322 1708. Selalu anak2 sy yang akan jawab call tu terlebih dahulu. Jadi kalau dengar suara bebudak tu, janganlah letak takut salah no yek. Cakap aje nak cakap dengan mama. Pastu bolehlah kite beramah-mesra bersama. bercakaplah tanpa gangguan sesejap hello, sesekejap helo x sudah2, hahahaha!!!

Yes, ape kaitannya jangan call hp dengan cheezy wedges. udah bjela2 ayat, ade ke orang nak baca tu??? Kaitannya adalah apabila engkorang ni mungkin bakal customer CHEEZY POWDER ni. Hihihiii 
Kalau x kose nak call umah, sms aje ape yg anda hajati kat hp 017-3113 225. Kalau aku x jawab secepatnya petanda aku tengah sibukkan kerja lain. Harap bersabar. SMS anda akan dibalas nanti. Tapi kalau dalam 1 hari aku x jawab2 jugak, silelah sms sekali lagi. Jangan putus asa k, hihihii

Harga Cheezy - rm12/200g
+poslaju rm7 (smjg/500g ke bawah)


Friday, October 12, 2012

Jualan Kain Pasang

KAIN PASANG - SOLD OUT


KLIK SINI UNTUK TENGOK KAIN PASANG CANTIK MENAWAN
 KAIN YANG LICIN DAN LEMBUT
SEJUK DIPAKAI

DIGITAL SILK
CHIFFON OMBAK RINDU
COTTON VISCOSE

call:03-8322 1708
sms:017-3113 226
email:sofie2_za@yahoo.com
inbox:fb@fizanordin/fb@fiza-on9booth

*serius buyer only*
...tq...

Monday, October 08, 2012

Spagetti Daging


As salam...

Buat untuk dinner kelmarin. Meloncat2 anak2 biler mamanya kata nak masak spageti. Riangnya bukan main. 

Bila pikir2 balik, bukan susah mane pun nak masak spageti ni. Lagi2 yg makan tu anak2 kite je. Bukan nak menjamu orang2 besar yang dah biasa makan di hotel mewah 5 bintang. Tapi nak jugaklah angkat dapur sendiri. Yang masak simple as possible ni lagi sedap rasenye sebab spageti yg dimasak dengan penuh kasih sayang huwawawaaahahaha

Bahan2 :
1 bungkus spageti
1 bungkus ayam kisar - aku guna jenama Ramly
2 biji bawang besar putih - dipotong dadu
1 botong besar sos spageti - aku guna jenama Domino perisa original
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk oregano
3sb sos cili - optional
5 sb minyak 
Air secukupnya

Cara2 :
Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau. 
Masukkan daging. goreng hingga kering airnya.
Tabur serbuk lada hitam dan oregano. Kacau sebati.
Tuang sos spageti dan sos cili. Gaul.
Masukkan air. Agak2 agar sos tidal terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
Masak seketika (5-10 minit) sambil sesekali dikacau.
Tutup api.

Penyediaan spageti:
Panaskan air dalam periuk. Campurkan dengan sesudu kecil garam dan sedikit minyak. Bila air dah mendidih, masukkan spageti. Rebus hingga spageti lembut (10-15 minit)
Dah lembut, tuang dalam tapis dan lalukan dengan air sejuk/paip.
Sedia untuk digunakan.

Selamat mencuba.

Saturday, October 06, 2012

F.A.V.O.R.E.T.S.


As salam, selamat berhujung minggu...
Haahahah tajuk n3 mmg xleh blah hokey!!!
Ok, b4 bermula nak kabo la ek... ni bukan n3 berbayar. Ikhlas dari hati je ni nak kongsi2. 

Suke sangat kat cekelat ni. Kali pertama makan dulu masa sekolah menengah. Kawan tu kakak dia pramugari. Bila balik bawak buah tangan kat mak & adiknya (kwn aku). Aku sekali menempek le... ngendeng. Hihihiii 

Cekelat ni jarang, jarang, jarang sangat aku nampak ada juai kat supermarket beso. Supermarket yang kecik ape tah lagila kan. Korang penah jumpe ade juai kat mane???

Dulu2, masa baru2 abis sekolah menengah, ade penah beli 2/3 kali kat Parkson Grand. Rege RM3++ 3 ke 4 biji tak hingat. Tapi mmg tak lebih dari tu la isinya. Bungkusan dia mcm bungkusan coklat Ferrero Rocher tu. 

Cekulat ni pun lebih kurang mcm cekulat Ferrero Rocher tu jugak. Cuma bezanya ni guna white choc & salut dengan coconut flakes. Emppp so yummy!

Hari tu p Langkawi dpt beli sekotak kat Ismail Group. Tu pun terkocoh-kocoh sbb masa tu ingat benti situ setakat nak cari beg je. Masa shopping2 p kat Idaman Suri je... takde coklat ni atau aku yg tak perasan pun tak taulah. 

Yang ni aku minta sepupu belikan. Dia g Langkawi, cuti2 Malaysia. 3 kotak sekali minta tolong belikan. Makan puas2 sebelum kehabisan. Pastu dok diam2 sampai entah bile and entah sape2 yang nak p Langkawi, minta kirim hihihiiii

Layan...!


Wednesday, October 03, 2012

Jalan2 Dengan Sahabat...


As salam...
Cerita hari Ahad - 30hb September kelmarin. Seronoknye dapat jalan2 dengan kawan2 yg satu kepala fenen dan havox ni. Minta tolong en asben hantarkan aku ke rumah Normah @ Tmn Medan kemudian Shadila datang ambil aku dan Normah. Lepas tu ambil Jenab di Stesen Komuter Sri Setia. Dan perjalanan jalan2 kami bermula.

Destinasi pertama, kami ke GM Klang. Cuci2 mata, try2 baju & kasut, belek2 h/bag. Penyudahnya aku beli 2 beg SAG untuk Boy & Baby. Murah juga. Kedai tu sale 50% off dr harga rm28 dpt rm14. Beg sekolah, handbag murah2, cantik2... rambang mata dibuatnya. Tapi aku x beli handbag pun sebab ... tak rase nak beli pun! hahaha Beg SAG untuk anak2 tu mmg dah lama usha. Dah berkali2 tanya kat pasar malam/pasar pagi, naknye rm30. Dapat kurang pun RM25. Bila tengok RM14 je, teruslah grab! Dan aku juga beli tudung yang berkain mcm t-shirt tp sgtlah lembut dan sejuk. Selesa betul pakai. Harga, rm20, mahal, pada aku. Tapi tutup matalah sebab best disarung! hahaha

kek ni aku bawa. deco tak deco sgtlah. hanya curah dgn choc nips & tulis je. makan kat Johnnys.

Ada juga usha2 cari kemeja telahkan dah ada kat situ. Maklumlah badan macam aku ni nak cari kemeja agak payah. Selalu sempit kat bahagian lengan atau x boleh butang - buncit! Tapi xde yg sesuai di hati dan ada yg takde stok saiz. Meloponglah...!

Destinasi kedua, kami ke Jusco Bukit Raja. Shadila nak belanja kami makan di Johnny's. Alahai, terima kasihlah sahabat. Moga murah rezeki! Aku 1st time makan kat sini. Memang agak jakunlah,kan... Sangat kenyanglah yang pada mulanya amatlah lapar perut ni. Sampai rase menggigil jari-jemari. Namun sembang2 tetap jugak gelak tak hengat!

... Normah & Shadila ...

Lepas makan, memang ada dalam agenda - tengok wayang!!! Pada mula asalnya aku dan Normah nak tengok cerita Hantu Air tapi cerita tu dah keluar Astro First. Walaupun aku dan Normah takde astro, tapi mcm x syioklah pulak. Lagipun ada pilihan lain yg lebih baru - Hantu Kapcai. Pelakon pun tak kurang hebat - Zizan. Oklah, kami tonton. Dalam panggung, baru dalam 15 min cerita, mata aku dah berat. Bukan cerita tu tak best tp maklumlah... bile perut kenyang. Duduk pulak dalam air cond, tempat duduk selesa. Maunye tak ngantuk. Teruk3!!! 2/3 kali juga aku terlelap dalam gelap tu kihkihkihhh Bukan ada orang perasan pun, gelap katenye...!

Destinasi seterusnya kami ke Shah Alam. Shadila bawa kami ke Cash Converters sebelah Plaza Masalam. Tak lama kami kat situ. Round2 sekejap, keluar dan jalan. Singgah Tesco, Shah Alam yg bawah bukit tu sebab kononnye aku nak cari jubah. Memang nak beli jugalah kalau ada yg berkenan dan kena dengan bajet. Sebenarnya dari hari raya kelmarin dan bminat nak beli jubah hitam tp bila tanya2 sume harga rm100 ke atas. Mahal sangat rasanya... atau aku kedekut??? Yang pastinya bak kata arwah mak aku dulu, aku ni jenis 'sayang duit'. Hihii Gitulah kalau kite ni susah 'mencari', susah jugalah 'mengeluar'. Moga Allah swt tak beratkan tangan aku menghulur ke arah kebaikan. Amin!

... dessert @johnny's

Shadila bawa kami ke Kedai Kain Tewah tingkat 1. Try sehelai demi sehelai. Jubah2 situ memang cantik2, aneka warna. Memang terpesona aku tengoknye tapi harganya boleh tahan jugalah. Bajet aku rm60 saja sebab Shadila yang kate, dekat2 situ ade jubah dgn harga2 tu. Jadi aku pegang amount tu. Try punye try, warna yg aku nak- hitam xde. Yang ade dark coklat. Memang sekali pandang mcm hitam, tp klu dia coklat, dia akan tetap coklatlah kan. Dan harganya pun rm79. Reject!!! Keluar tanpa beli apa2 dr kedai kain tu... 

Sementara tunggu Jenab solat, kami duduk minum kat Food Court Tesco. Normah belanja air bubble. Perut masih kenyang. Nak makan, tak lalu nak telan. Lepas Jenab keluar, kami berjalan keluar tesco. Kalau sempat aku nak ajak dorang singgah Lokas Makana tempat burger bakar tu untuk makan malam. Shadila memang dah kata nak hantar aku terus ke rumah. Nak tau sangat manalah ceruknya rumah sahabat dia ni...

... us ...

Tiba2 ntah macam mana tengah aku belek2 baju kurung penjual kaki2 lima tu, Shadila panggil masuk salah satu kedai kat situ. Ada jubah harga RM59. Try punye try, yes... berkenan!!! Sebab under bajet, terus ambil 2 helai. Alhamdulillah. Tak kisahlah Pakistan tu x bg diskaun sekupang pun, aku amik juga. Shadila pun amik sehelai. Wahhhh suker2!

Sampai rumah pukul 9++ malam. Terus dihantar ke muka pintu. Malah Shadila, Normah dan Norzarina sempat masuk rumah, duduk2 sekejap di teratak aku yg tak sepertinya ni. Alhamdulillah, seronoknya dapat keluar dengan sahabat. Entah bile dapat keluar macam ni lagi dalam masa terdekat ni, tak taulah. Masing2 ada komitment sendiri. Tak apelah, asalkan ikatan persahabatan tetap terus terjalin walau tidak dapat bersua muka dan berkumpul bersama....

Donut Lembut


As salam... mendonut pulak hihihiii
Tapi ni bukan buat semalam ke, hari ni ke... ni buat sehari lepas buat pau goreng. Actually memang buat untuk tempahan tapi saje lebihkan 1 adunan untuk makan sendiri. Anak2 memang penggemar donut. Telahkan mamanya dah lame tak mendonut, permintaan adalah amat menggalakkan.


Resipi boleh tgk SINI atau boleh skroll bawah2 sikit. Tak jauh sangat. Selang 2/3 entry ke bawah je...

Untuk sementara ni, memang akan stick dengan resipi ni. Puas hati dengan hasilnya. Bahan2 pun tak leceh. Tepungnya guna tepung gandum saja sebab tepung roti bukan selalu ada dalam gobok tu. Kalau dibeli kang tiba2 M plak, bekulah tepung tu dalam gobok.


Pau salut coklat semate permintaan anak2 xmo letak/tabur ape2...

Ok, bye2...!

Tuesday, October 02, 2012

Talam Berlauk

As salam... selamat hari Selasa untuk semua... moga sihat dan gembira2 ye...
Hari ni nak tayang gambar kuih Talam Berlauk godekkan resipi dari blog Kak Ilahjy. Tq akak :D Sekaligus nak share resipinya. Minta izin ye kak Ilahjy... 

Tapi aku ubah beberapa bahan mengikut stok yg ada. Di bawah ni aku edit...

Bahan:
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
¼ cawan tepung gandum
1 biji kelapa jadikan 5 cawan santan - ganti guna susu segar

Bancuh kesemua bahan ini.

250 gram udang basah goreng sehingga masak - ganti ayam kisar
1 camca besar udang kering rendam tumbuk dan goreng sehingga garing - ganti ayam kisar
Daun bawang daun sup di potong bulat
Cili merah di dadukan halus
3 ulas bawang merah dimayang dan dijadikan bawang goreng - guna yg readymade je

Campurkan kesemua bahan ini dan bahagi dua bahagian

1 bahagian dicampurkan kedlm bahan tepung dan kacau sebati .
Kukus sehingga ¾ masak taburkan lagi sebahagian bahan2 udang tadi kukus lagi sehingga masak.
Sejukkan baru dipotong makan dgn sos cilinya.

Sos cili resipi Kak Ilahjy aku x buat tapi aku kongsikan kat bawah ni. Kalau rajin, bolehlah buat. Aku makan dengan cili sos je...

Cili kering dan bawang putih dimesin halus panaskan dgn air, sos cili sedikit kicap garam gula dan panaskan sehingga pekat. (Masukan sedikit tepung gandum. )

Monday, October 01, 2012

Jualan Kain Pasang

As salam...
Melangkah setapak lagi dalam biz online, alhamdulillah...
Jualan online lain mcm buat kek, brownies, cheese tart dan lain2, tepong goreng ayam, cheezy powder tu masih dijual juga ye... i'Allah akan sentiasa ready stok. Walau bagaimanapun bergantung pada supplier jugalah,kan...

Kali ni melangkah ke JUALAN KAIN PASANG. Untuk permulaan ni, aku tunjuk 10 pasang dulu. Maklumlah baru nak bermula, sikit2 dulu. Doa2kan sukses, amin! 

Harga yang tertera dah termasuk poslaju. Pembayaran melalui Maybank atau CIMB (aku bg salah 1 no & no ac hanya akan diberi setelah betul2 confirm). Pos setiap Isnin dan Khamis sebelum 11am.

Sekaligus nak invite semua kawan2 dan kenalan untuk LIKE page aku yg baru launch hari ni -2/10/2012 (Selasa). 

http://www.facebook.com/pages/Fiza-On9booth/410298285692216?ref=hl#

Kepada yang dah LIKE, aku ucapkan terima kasih banyak. Yang belum dan baru je tau, anda dialu2kan untuk berbuat demikian.

 DIGITAL SILK

RM80.00 SMNJG

RM85.00 SBH SRWK

*INCLDE POSTAGE




 DIGITAL SILK

RM80.00 SMNJG

RM85.00 SBH SRWK

*INCLDE POSTAGE




 CHIFFON OMBAK RINDU

RM55.00 SMNJG

RM60.00 SBH SRWK

*INCLDE POSTAGE 




 CHIFFON OMBAK RINDU - or3

RM55.00 SMNJG

RM60.00 SBH SRWK

*INCLDE POSTAGE 


COTTON VISCOSE - vc1
RM45.00 SMNJG
RM50.00 SBH SRWK
*INCLDE POSTAGE
 

COTTON VISCOSE

RM45.00 SMNJG

RM50.00 SBH SRWK

*INCLDE POSTAGE 



* utk tengok kain2 ni fb klik >> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.410309155691129.99677.410298285692216&type=1


enjoy!!!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)