Followers

Wednesday, February 11, 2009

Ikan Masak Ala Jawa


No, No, No... aku bukan Jawa. Bukan jugak Banjar. Aku Melayu yang biasa2 itu saja. Kata mak adalah darah2 filipino sikit kat moyang. Mak oiii jauh dah tu...xleh kirela kan...
Harini blur sikit. Tak tahu nak masak apa. Ada yang dihajatkan tapi bahannya pula tak ada. Nak keluar pergi kedai ya amatlah malasnye... kdg2 terfikir, klu hb g main badminton ari2 pun bagus gak. Tentu2lah aku tak payah masak nasi dan lauk pauk. Buat je ape2. Kalau malas jugak,tpon je hb suruh dia beli goreng pisang ke hape kat gerai2 sepanjang perjalanan balik dari kerja tu... Tapi aku pulak yang tak lalu. Tak jumpe nasi 2 hari, mcm orang putus cinta. Hahaha! teruk betullah.

Bahan-bahan ( biji )

* 4 ketul ikan - digoreng
* 10 biji cili padi
* 5 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci kunyit hidup
* 3 batang serai - diketuk
* 1 cawan santan
* 1 keping asam keping
* Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Kisar semua bahan tersebut cili padi, bawang merah, bawang putih & kunyit
2. Panaskan minyak untuk menumis
3. Setelah minyak panas masukkan serai yg sudah diketuk biar 5 - 10 saat
4. Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam kuali biar hingga naik bau @ kekuningan
5. Masukkan santan, garam secukup rasa & asam keping
6. Biar 20 - 30 minit kemudian masukkan ikan yang sudah digoreng

5 comments:

ai said...

macam ikan percik lak aku tengok..meh skit aku rasa ;P

:: HUSNA :: said...

berseleranye husna tgk... mkn ngan nasi putih pon dh ok.. xyah lauk lain dh...

Nur Syafawati said...

ade tinggal utk aku skit x/.??ade x??asyik tgk gambo je..nak rase gak!!

Rafizah Nordin said...

ai,
betui la tu...

husna,
betui jugak.mmg pun akak makan dgn nasi putih jek...

sya,
sowy le...aku buat seekor ja.1/2 tadi aku dah makan.kang abg sopi balik makan lagi 1/2..heeee bajet sungguh aku masak arini

Aishah@Ariffin@Aqil said...

yummy...lapo nyer peyuk den...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)