Followers

Thursday, July 30, 2015

FALCON - Pasta & Cookies Maker

Ello... Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, DIA mendengar doa hambaNYA. Dapat lagi rembat gadget baru yang menjadi idaman kalbu.


Hari Khamis kelmarin (23.7.2015)... sebaik ambil anak2 balik dari sekolah, Mierza pun dah masuk kelas (sekolah sessi petang), terus merempit dari Cyberjaya ke Keramat Mall. Sy memang dah usha mesin ni. Dok perati je kat fb kepenggunaannya. Tengok video, baca pengalaman mereka2 yang dah menggunakannya, memang buat teruja sangat. Rasa tak sabar nak rembat juga sebiji.

Sy berharap dengan adanya mesin ni, kerja sy akan jd lebih cepat. Produksi sy akan lebih lancar. Kuantiti bertambah dan pelbagai. Insya Allah... segalanya bermula dengan diri sendiri juga sebenarnya, kan... Kalau ada mesin tp asyik melayan malas dan penat saja pun tak jadi apa :p

Puas jugalah rasa hati ni... beli Falcon ni dengan duit hasil menjual cookies raya haritu. Nampak jugalah hasilnya. Berbaloi2. Terima kasih kepada yang sudi membeli dengan sy kelmarin. Tahun ni sy tak uar2kan di blog ini dan blog on9 booth. Beriklan di fb saja. Memang agak terasa slow juga penjualan cookies tahun ni. Tapi sy percaya, mungkin setakat itu saja rezeki sy untuk tahun ini. Syukur selalu :)

 

Saya bersama Kak Enon - dealer Falcon. 
Sesiapa berhajat nak memiliki mesin ni boleh hubungi Kak Enon di talian: 017 675 1909.
Harga: rm1,060. 
Boleh datang ambil, boleh pos juga. Ada caj.
Utk demo caj rm50. Tapi masa sy pergi, ada offer FREE demo sbb masih dlm mood raya. 
Alhamdulillah!
Terima kasih Kak Enon. Tak jemu2 beri tunjuk ajar dan tips utk mempercepatkan kerja-kerja menggentel. Insya Allah akan sy praktikkan. 

 


Tengokkan gambar2 di atas dan bawah, bukan hanya sy yang teruja, tapi anak2 juga. Masing-masing sibuk nak letak tangan bermain dengan doh. Sabar ajelah Kak Enon melayan hihiii


Mendaki Rinjani - PART 2

Assalamualaikum...
kite sambung utk part ke 2 di hari ke 2 berada di Lombok, Indonesia....
Trip mendaki Rinjani yg awsem bersama team yg awsem juga :)


Lengkap 12 orang - 1 team :)
bawah dr kiri: abg Nua, Pyan, Wan, Ijat, Asrul, Haikal n Kak Jijah.
atas dr kiri: Niza, me, Dib, Izzi n Eja.

Semalamnya sebelum uncle Rashid tinggalkan kami di Sembalun Homestay, beliau dah pesan, jam 8pg semua dah ready. Barang2 yg nak dibawa utk naik juga dan siap sarapan. Elok uncle Rashid sampai, kami memang dah siap semua. Malah dah siap bertangkap2 gambar di sekitar homestay. Aktiviti wajib tu :)





Pagi seawal pagi. 6++ pagi, dah terang. Macam pukul 7++ di Malaysia :)
Sejuknya jangan ceritalah. Nak mandi, sangat2 lemau hihii.... tapi juga bersiram. Tau dan sedar, lepas ni tak tahu bile akan dapat mandi sbb akan memulakan perjalanan mendaki lepas ni. 

Sarapan pagi... kopi dan roti bakar + telur. Kata uncle Rashid, sepatutnya pagi tu makanlah nasi sebab nak bagi tenaga. Lepas ni nak terus perjalanan. Ok, yang gatal nak makan roti ni idea aku hahaaa!!! Kalau ikutkan Abdul, pemilik homestay tu memang nak sediakan nasi goreng. Aku ni risau pepagi makan nasi goreng yg full dengan aksesories nnt aku mencari jamban. Oh owww!!
Kopi tu tak kena dengan tekak aku penggila kopi ni. Maaf... ikut tekak masing2 ye. Kopinya ada rasa serbuk2 halus. Kesat tekak dibuatnya...

  

Merasalah naik lori kecik tu... open air lagi kau! Terasa begitu adventure hidup aku. Hahahaa
Kami ke Kantor Resort Sembalun. Daftar nama dan diberikan 1 tag merah setiap seorang tanda kami adalah pendaki berdaftar. 

Kemudian kami dibawa ke rumah ketua porter, Bapak Wahid. Oleh kerana Bapak Wahid tidak sihat, trip kami akan dibantu oleh Bapak Firman selain Uncle Rashid yang juga akan mengiringi perjalanan pendakian kami ke kem site.

Di rumah bapak Wahid, ada anak2 kecik yg berkumpul melihat persediaan kami. Ibu2 mereka juga. Ada yang dengan bayi2 mereka yg seperti baru lepas pantang. Tengok anak2 ni mulalah teringat pada anak sendiri yang ditinggalkan. Eh, eh rindu plak!


 

 

Kami memulakan perjalanan dengan merentasi padang lalang. Matahari agak terik juga dah masa tu. Tapi sesekali ada angin dingin. Jadinya taklah berpeluh sangat. 
Sepanjang merentasi padang lalang yg juga digelar savannah,  kena hati-hati sebab ada banyak taik lembu. Kalau terpijak memang nayala tengah2 padang tu mana nak cari air utk cuci kasut :p

SAVANNAH / PADANG LALANG 

 

  


 



   

POST III...

Berehat dan makan sebelum meneruskan perjalanan. 
Selepas inilah baru benar2 mendaki - Bukit Penyesalan. Naik, naik dan naikkkkk terus!!!
Memang rasa pancit habis. Bila nak sampai? Bila nak sampai?? Bila nak sampai???
Gerun hati bila mendongak pandang ke atas. 
Masa tu lah soalan-soalan bodoh menyoal diri sendiri... apa yang aku buat ni? Apa yg aku nak cari ni? Hahahaaa sangat menguji minda, mental dan fizikal. 
Namun kaki terus juga melangkah. Sesekali terasa penat, berhenti melepas lelah.
Gula2 memang tak lekang di mulut. 
Teman seiring bertukar2... sekejap2 seiring dengan Izzi, sekejap dengan abang Nua. Ada juga team2 lain. Masing2 saling memberi semangat untuk sama2 sampai ke destinasi :)
Eja dan Dib dah hilang. Tak tahu ada di belakang atau jauh ke hadapan. 

Kami makan nasi bungkus yg dibekalkan di rumah Bapak Wahid tadinya. Nasi, sedikit tempe, sambal dan ayam. Ya Allah... xtaulah kerana lelah atau sebab paginya hanya makan roti sebagai sarapan... nasi tu rasa sedap dan makan macam tak cukup hahahahaa!!!


  


BUKIT PENYESALAN

Ada 7 tanjakan bukit untuk diselusur sebelum sampai ke Camp Site. 
Sedangkan aku yg hanya bawak beg kecik berisi kudap2 dan air aje pun dah mengah dan semacam nak menyerah... aku tak tahu mana porter2 semua tu dapat tenaga. Barang2 yang dorang bawak bukan sikit dan ringan. Tapi tengokkan otot-otot dorang memang perghhh la!

Porter2 ni pun bukannya berkasut. Ada la seorang dua yg berkasut. Kebanyakkannya hanya berselipar dan ada tu hanya berkaki ayam. Aduyaiiii... kasar betul gaya hidup mereka ni. 

Tapi sebenarnya, dalam penat... dalam merungut dalam hati... hati ni tenang. Bila berhenti, pandang keliling... damai sangat tengok hijau... tengok pokok2, nampak gunung. Memang rasa best sangat! Dan sesekali tu angin dingin menyerbu dengan kabus, perghhhh sejuk dan rasa segar sangat. 

  

 



PELAWANGAN CAMP SITE 

Akhirnya sampai juga... alhamdulillah!
Aku, Izzi dan abg Nua... kami bertiga sama2 jejak kaki menyudahi Bukit Penyesalan.
Terus selfie, melompat seronok. Akhirnya!!!
Puasnya rasa hati tak boleh nak kabola hihiii

Berjalan ke camp... melepasi khemah2 yang sedia ada. Sampai di camp kami, Eja dan Dib dah sampai. Dah siap lelap. Hahahaa 
 Aku 1 khemah dengan Izzi berdua.


Melompat Girang... akhirnya sampai juga di camp site...
berakhir sudah Bukit Penyesalan :)




 

 


 Update di tengah malam... otak pun beku tak tau nak tulis banyak2.
Layan ajelah gambar2 yang ada.

UPDATE:

Sedikit info yg hendak dikongsikan utk trip ini.

* trip ini selama 6 hari 5 malam. 
- 1 malam di Sembalum Homestay
- 2 malam tidur di khemah Pelawangan Camp Site
(malam pertama tidur sampai jam 2pg sbb tu dah mula memanjat)
- 1 malam menginap di Homestay Sinar Rinjani
- 1 malam menginap di Gili Trawangan

*semasa trip memanjat ke Gunung Rinjani, kami hanya bawa beberapa helai pakaian yg benar2 utk digunakan sahaja. Kami berkongsi 3 org 1 porter. Letak dalam 1 beg. Ada bayaran dikenakan. Sy tidak ingat berapa rm. Bayaran itu dibuat semasa di Malaysia lagi dan kami membayar dengan wang RM.  

*semasa berada di Plawangan Camp Site, tiada mandi-manda. Bangun pagi, hanya basuh muka dan berus gigi saja. Wet tisu adalah sangat2 diperlukan untuk sesi membuang air besar mahupun kecil. Tetapi di sana, anginnya kering. Kita tidak berpeluh. Jadi... tidak mandi pun badan tidak berbau :)

*semua peralatan khemah dan makanan dibawa oleh porter. Khidmat ini sudah sekali bayaran di dalam pakej. (rm890.00) Makanan juga siap dimasak oleh porter. Sampai masa, kita tahunya makan saja :)

Insya Allah jumpa di Part 3

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)