Followers

Saturday, February 21, 2009

Gulai Lemak Rebung & Sambal Bilis Petai


N3 ni aku letak sekali la ye sebab tak de nak tepek resepi. Masak biase2 aje tu.
Menjelang tengahari tadi dapat call dari kak aku - Mak Ina. Dia kate dia on the way ke rumah aku dan dah dekat nak sampai dah tu. "Lapo la...ko dah masak ke belum," kata Mak Ina. Ish, ingat aku ni tukang masak ke hape. Aku cakap... "Ha mai la sini. Ikan aku dah rendam. Kang ko masak lah." Heheheh...
Mak Ina ni memang pemalas sikit bab masak2. Tapi masa aku ngandungkan ketiga2 anak aku, masa aku mabuk, dialah yang banyak masak untuk aku. Hehehe... Actually, kami adik beradik yg satu emak dan ayah ni memang berbaik sangat. Hubungan kami sangat rapat hinggalah ke anak2. Anak2 aku panggil kakak sulong aku (kak yong) - ibu - ikut panggilan anak2 kak yong. Dan panggil Mak Ina - ummi - ikut panggilan anak2 Mak Ina. Anak-anak Kak Yong dan Mak Ina lak panggil aku mama selepas aku bersalinkan Baby. Sebelum tu dia orang panggil aku mak su. Bukan aku yang suruh ye... tapi dia orang yang nak panggil sebab nak ikut si Boy memanggil aku gitu.

Jadinya... inilah yang aku masak untuk Mak Ina & family nya yang datang mengejut itu. Oh, ada satu lagi lauk tak snap gambo. Ikan kembung goreng jek...
Gulai lemak rebung tu aku campurkan dengan babat aka perut lembu. Nasib baiklah ok lagi babat tu. Risau gak tau... sebab aku beli perut lembu tu dah lama. Dekat 2 bulan la agaknya. Tapi bende tu tersimpan jek dalam freezr. Tak de keluar masuk. Masa rebus dulu tu aku letak halia seperti yang disarankan oleh Hana. Thanks Hana... rasanya ok.
Hb tak makan perut lembu. Jadinya masa makan tadi dia campak seketul demi seketul ke dalam pinggan aku.
Hb Mak Ina (Abg Wan) plak tak makan babat tapi makan rebung. Yang Mak Ina nya pulak tak makan rebung tapi makan babat. Ha, hambik le kowang. Aku je yang makan dua2nya sekali! Muahaha!!!

No comments:

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)