Followers

Wednesday, February 04, 2009

Lemak Cili Api Sawi Jeruk


Pagi tadi pergi kedai konon nak cari apa2 lauk. Padahal dalam freezer tu ayam ada, ikan, sotong pun ada. Tapi tadi sebelum keluar dah keluarkan sotong dan ikan dan rendam. Memang ada cadangan nak buat percik sotong. Tapi macam nak tak nak je...
Sampai kat kedai, terdengar ada hamba Allah ni minta kobis jeruk kat pembantu kedai tu. Aku ni tanpa segan silu pun bertanya kobis jeruk tu masaknye macam mana? Hamba Allah ni (seorang perempuan yg aku rase seusia dgn aku) dengan ramahnya memberitahu. Aku dengan sangat terujanya mintalah pembantu kedai tu bungkuskan untuk aku jugak. Tapi dan dan itulah kobis jeruk tu habis. Sawi je yang ada. Hamba Allah tu kata, kalau sawi pun masaknye sama jugak. Emp, okeylah...
Ha, macam masak kat atas ni la... Dia kata boleh letak udang atau ikan. Aku beli juga udang tadi tapi bila fikirkan nak buat percik sotong, aku gantikan udang tu dengan ayam. Amboi mewah kau makan... ada udang ada sotong. Tak leh... jimat sikit. Makan ikan je sudah. Hahaha!!!
Masaknya macam masak gulai lemak cili api biase je...

No comments:

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)