Followers

Sunday, February 22, 2009

Mexican Bun


Ish, sangat tak puas hati dengan kualiti gambar ni. Agaknye kelam kabut pagi tadi membuatkan gambarnye tak cantik (selalu pun tak cantik gak tapi idakle sampai seteruk ni, ye dak? hehehe).

Sebenarnya terjadinya mexican bun atau lebih popular dengan name Roti Boy ini ialah lebihan doh dari doh pizza tu. Nak buat pizza semuanya tak ada pan pulak. Kepada sesiapa yang perasan dan memang dah tahu (mcm besan aku tu, hahaha), pan yang aku gunakan untuk pizza tu adalah tudung periuk. TUDUNG PERIUK okey... kikikikkkk.

Baru-baru ni aku pergi Bake With Yen, kengkonon nak beli pizza pan tu. Tapi bila dah tengok dan belek, aku rasa sangatlaj ruginya duit aku kalau beli pizza pan tu sebab rupernye sejibik macam tudung periuk yang selalu aku gunakan. Jadi aku lupakan hasrat itu untuk sementara sebab lagipun masa tu aku ada barang lain yang lebih penting untuk dibeli. Tapi rasanya sekarang ni macam dah sampai seru je untuk p beli pizza pan tu... emp tengoklah esok atau lusa. Kalau ada masa nak p terjah Bake With Yen & memborong.

Eh, ape ni? N3 mexican bun tapi dok cerita2 pasal pizza pan bagai plaks. Hehehe...syian mexican bun aku dianaktirikan. Okeylah jom kite layan resipi dari Diana @ MyR tu. Thanks tuan punye resipi dan thanks lagi sebab kite kopipes je ni.



Bahan-bahan ( 17 biji )

* # Bahan untuk Inti #
* 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
* 1/4 sudu teh esen vanilla
* 35 gram gula perang
* # Bahan untuk Topping #
* 100 gram mentega, dilembutkan
* 80 gram gula aising, diayak
* 2 biji telur, dipukul sedikit
* 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
* secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
* 100 gram tepung serbaguna, diayak
* # Bahan untuk Doh Manis #
* 500 gram tepung roti, diayak
* 20 gram tepung susu, diayak
* 75 gram gula kaster
* 1 sudu teh) garam
* 1 1/2 sudu teh yis segera
* 1 biji telur, dipukul sedikit
* 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
* 60 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara

1. Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
2. Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
3. Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
4. Cara untuk membuat Roti Boy Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

Untuk lihat langkah2 bergambar, boleh klik kat name Diana kat atas tu...

2 comments:

Unknown said...

adeh cam susah je nak wat..hermmm ko rase cane Piza?adeh aku beli jelah!

Fiza Nordin said...

bibu,
kikikikkkk :P

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)