Followers

Thursday, February 05, 2009

Karipap Pusing


Cadangnya dari pagi tadi nak buat mee kari. Siap inform Cik Puan Hana lagi... tapi biler dah sampai Checkers, menu lain lak yang muncul dalam kepala. Rasa nak makan karipap la fulok... Mee Kari pospond le...

Karipap pusing ni diambil resepinya di MyR oleh Lynn. Nak inform kgkorang... kalau tahap kerajinan tidak di tahap 100%, anganlah berhajat nak buat karipap pusing ni. Seksa woiii!!! Aku tadi pun tak tunggu sampai doh minyak tu berminyak terus tepek je kat atas doh biase tu. Maleh dah... lenguh jari jemari aku ngulinya...Itu le gamaknya yang rupernye tak cantik dan tak indah mcm org lain punya...
Tapi tak pe la... janji leh makan... Buat 1/2 adunan je...

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )

* *Doh berminyak* :
* 150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
* 300 gm tepung gandum
* ....................................
* *Doh biasa*:
* 700 gm tepung gandum
* satu sudu kecil garam
* air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara


1. margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
2. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
3. 700 gm tepung gandum + air + air garam.
4. Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
5. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
6. Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm
7. Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong, kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya. (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
8. Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
9. Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
10. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.


Yang ni frozenkan.Nak goreng untuk sarapan esok...

10 comments:

Nur Syafawati said...

ko wat aku lapar mlm2 ni kak za!!!cantik ko kelip kipap tu..aku ari tu wat..fail!!kahhh..tapi sedap!!!ahaks..bak kate ko kan kak..biar xde rupa..janji sodap..ngeh..ngehh..

Rafizah Nordin said...

yeayyy sya dah pandai...heeee

hana said...

rajinnyerrrrrrrrrrr................ aku pon tk penah buat lagik!

Rafizah Nordin said...

hana,kene tunggu kerajinan 100% baru leh buat ni..klu tak jadiklah mcm aku punye ni, tak cantik.p tgk report kat myr,depe punye cecantik.tserlah jalur gemilangnya.akunye jalu gemilang ala2 jekkkk
tp oklah tu dr tak leh dimakan, kan???
ruper kite tolak tepi la...heee

Bibu said...

wah ko ni mmg sgt rajin le..up sket hehhee...aku pon baru nak wat keripap ni tapi tak rajin nak pusing, pintal buleh ?heheheh

Rafizah Nordin said...

bibu,buat le camne pong...asalkan sodap kat tekak yang mamam tu, hehehe jugak

MUMMY ILA said...

ni resipi wajib aku tiap ari minggu.. wat kipap & frozenkan separuh. kenapa aku rajin?. sbb anak aku suka makan karipap. aku akan buat apa saja yg dia suka. seronok nengok dia makan kipap ni..

Noorma Ismail said...

Fiza, kita dh banyak kali wat karipap pusing ni tapi fail jer memanjang, dh malas dh nk buat, buat karipap biasa jer,janji leh makan udah...

Rafizah Nordin said...

ila,mmg semangat kalau masak dan ada yg tukang ngap lebih2 lg yg mnjadi kesukaannya...

noorma,aku punye ni pun tak bape menjadi sebenarnya. liat, rangupnye sikit je...sampai lenguh2 jari jemari menguli doh berminyak tu haramnye mau berminyak.udahnye aku redha je la dan inilah hasilnya...lebih elok dr aku pom je dalam tongkan...?

anywhere_Smile said...

Simpler and easier just links london various facets of being married the ought links london jewellery to be obtained and tradition recently indicated links of london sale actually divided regarding the bride's family, links of london silver the groom's family, as well as the groom himself. discount links of london Over are the days where the bride's parents insures links of london ring uk every single thing make a list of to links of london friendship bracelets sale perfect detail. For a short period, tradition had shifted this obligation to qualify for the links sweetie bracelet three parties soon discussed the following., a response, links of london earrings as well as ever-popular brunch. Experience entered production although there required to links of london necklaces sale twelve inches into your market by the grooms telephone and therefore bridal individual.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)