Followers

Wednesday, February 04, 2009

Sotong Percik Ramadhan


Inilah hasil dari aku. Resepi di ambil di MyR oleh kak Ita. Terima kasih ye Kak Ita... resipi yang sedap. Tapi saya tambah sikit santan. Sikit je...

Jom kita layan resipi...

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 8 ekor sotong yang besar
* 10 biji cili kering (**)
* 5 biji cili padi (**)
* 5 biji cili merah (**)
* 1 labu bawang besar (**)
* 2" halia (**)
* 2" lengkuas (**)
* 2 batang serai (**)
* 1 helai daun kunyit - dihiris halus
* 4 helai daun limau purut - dihiris halus
* 1 batang serai - dititik
* 1 sudu besar air asam
* Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

1. Sotong_percik_potong
Bersihkan sotong dan potong tepinya jangan putus. (Tgk dlm gambar atas)
2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
3. Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
5. Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!!

2 comments:

Azita said...

fiza tambah santan sikit mesti lemak2 gitu rasanya yer... next time saya nak cuba tambah santan gak...

Rafizah Nordin said...

k ita, sy tambah santan 2sb je...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)