Followers

Saturday, May 09, 2009

Sukan Perpaduan Persatuan Blok N

Hari Sabtu yang sibuk minggu ini. Seawal jam 6 pagi dah bangun. Mandi-mandi terus turun bawah. Sampai2 bawah tgk2 cg Noriah, Kak Tun, Kak Yan dan Asmida dah tunggu. Kami dah janji sejak malam semalamnya nak p jogging dan main bola jaring. Nak p joggingnya idak le jauh beno. Padang badminton depan blok ni aje. So semasa kami sedang hangat2kan badan, Kak Noni, Ustazah Yan dan Kak Nor Kamariah pun turun. Jadi bertambahlah anggota kami. Berlari 2 round berjalan malas 3 raound! Wakaka tapi yg penting peluh tetap keluar. Sihat!!!

Huhuhuuuu... aku? Main bola jaring? Ish, tak reti mainlah. Tapi aku join sajelah sebab blok tempat tinggal aku ni ada buat Sukan Perpaduan Penduduk. Jadi penduduk Blok N memang digalakkan mengambil bahagian. Yang beshnye bola jaring ni, menang ke kalah dapat hadiah, yeay!!! Kemaruk tul aku! Muahaha!!!

Nak dijadikan cerita, tepi padang tu saja ada kedai jual roti canai. Dalam pukul 7.30pg, badan dah macam disiram air, tekak pun kehausan, cg pelawa g kedai tu. Dia open table. Tapi aku tak makanlah. Cuma minum nescafe ais je. Ada yang makan lontong dan roti canai. Aku tak molah. Minum air tu pun rasa macam tak berbaloi peluh yg keluar2 tu....

Tengah2 minum, mak si Asmida turun. Katanya nak g aerobik kat padang rumah teres, tak jauh dari tempat kami tu jugak. Dorang pun pakat2 nak g. Aku ikut je la. Dah alang2kan. Ruper2nye aktiviti tu dah lama diadakan dan yang penting percuma! Best, best, best! Tapinya pula bila dah sampai sana, bukannya aerobik tapi Chi Kung (sejenis senaman perlahan yang seakan2 Tai Chi). Ok ajelah. Layan...!

Selesai senaman Chi Kung, akak2 ni ajak g pasar pagi. Aku pun okey jek sebab aku pun memang nak cari kasut sukan. Tapi malangnya tak ada orang niaga kasut melainkan selipar dan sandle jek. Aduhaiiii manelah nak cari ni. Then teringat pasaraya Karnival dekat2 kawasan rumah aku ni. Tapi pasaraya tu buka pukul 10 pg. So aku balik rumah dulu.

Kat pasar tu tadi aku cuma beli telur itik 3 biji - rm0.70 sebiji. Beli sayur bayam dan salad.

Sampai2 rumah siapkan sarapan tuk en. somi & anak2. Goreng daging burger dan kentang. Dia orang makan dengan sos salad thousand island & mayonis. Aku rehat2lah. Lenguh tul buah betis ni. Tumit pun sakit semacam. Nak berjalan pun kene berjingkit. Adush!

Kul 10.15pg g pasaraya Karnival. Cari punya carik nasib baiklah ada. Betul2 tinggal sepasang saiz 38. Yang lain2 semua kecil2. Ketatlah nak pakai. Nak sarung stokin lagi. Harga boleh tahan RM29.90 jenama Mugen. Lantokle tak de jename pun. Terdesak ni. Belasah je la... hb pun dah pesan sebelum aku pergi tadi. Kalau ada yang sesuai beli saja. Nanti kemudian2 baru beli yang elok sikit. Heheheeee abang nak belikan ke? Tanya sambil tersengih2 macam kerang busuk. Hahaha!!!

Balik dari Pasaraya Karnival terus masuk dapur. Tung tang tang tung memasak. Gambo menunya tu pasni aku masukkan ye korang. Sabooo...! Aku masak gulai lemak telur itik dan Bayam Tumis Ikan Bilis. Terliur tgk Kak Ayu punye haritu punye hal. Huh, ngalahkan org ngidam le pulanye!

Lepas masak, aku baring kat sofa. Mak oiii letak2 jek kepale boleh terlelap. Memanglah sah2 penat dan lotih. Sedo2 hb kejutkan kul 2.30 ajak makan. So arini sebab nak lawan bola jaring, hb izinkan aku makan nasi. Udahlah pagi tak sarapan, kan. Kang tak pasal2 pulak tombang tengah2 padang tu. Makanlah nasi sikit, sekadar alas perut & bagi tenaga.

Turun2 semua dah ada. Tinggal aku jek yang kelewatan. Hihihiiii jadi tetamu terhormatlah pulak. Permainan dimulakan. Kumpulan aku - Yo Yo Aje... dan kumpulan Cg Noriah - Hot Mama. Aku di position WA (Wing Attack) Bagi kami2 yang tak berapa pandai dan menggelabah ni tak sudah2lah kene pritttttnya dengan pengadil. Kahhhhh!!!

Tapi yang terujanya - Kumpulan Yo Yo Aje menang 6-1. Heheheee Yeay!!! Kumpulan kami menang! Tapi hadiah belum dapat sebab esok masih ada sukan.

Oh ya, sepatutnya Boy masuk bahagian futsal kanak2 tapi aduhai... demam Baby belum kebah betul, Boy pula demam. Huhuhuuuuu.... So penyertaannya terpaksalah dibatalkan. Nak buat camne... syian dia. Tapi Boy masih semangat nak main. Sebelum ni punyelah penakut nak makan ubat tapi disebabkan esok nak main futsal,sanggup ditelan ubat tu. Tapi demamnya belum juga kebah.

Uiks lepas main bla jaring, aku main karom pula. Kami ambil bahagian beregu - aku dan hb. Heheheee tapi kalahlah! Wakaka! Tak apelah... janji aku syiok gilos! Aku merupakan satu2nye peserta perempuan dalam pertandingan karom tu. Wakaka!!!

Pukul 6 petang barulah naik rumah. Terjingkit2 dan jalan pun pelan2 mcm org dlm pantang. Dalam pantang dulu pun aku tak jalan camtu. Mak oiiii malam ni tak tahulah camne. Harap2 esok aku masih bertenaga sebab esok aku nak masuk cucuk manik, cari duit dlm tepung dan permainan lain2 tu. Wakaka! Kalau tumbang malam ni & esok, habislah!

Esok turn hb lak main futsal. Tengoklah camne pulak. Menang ke kalah???


4 comments:

Cendana Kasih said...

seronoknyer kat kawasan umah ko tu..mcam2 aktiviti ada, patut ler ko mcm liat jer nk pindah ke rumah baru tu!!

Syafa said...

aktif nyer persatuan penduduk kat umah ko kak za...bagus2..aku windu nak main netball..huhuh..tapi apekan daya..sini xde aktiviti gitu..

perghhhhhh..tahan ko godaan roti canai ngan lontong tu yer..bagus!!kekalkan kak..ko mesti KUAT..!!!SEMANGAT!SEMANGAT!!

Mizz_Ila said...

bagusnyeeeeeeeee

Fiza Nordin said...

noorma,
mmg betul.sayang nak tinggalkan kawasan ni.tempat baru tu dgr2nye ada gak persatuan tp tak taulah adakah seaktif persatuan ini?

sya,
SEMANGAT!!!

ila,
i very the laikkkkkkk!!!hahaha

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)