Followers

Thursday, May 28, 2009

Takoyaki


Takoyaki once again. Korang jangan jemu ye... jangan jugak muak menengoknya.

Aku buat ni untuk bf kami request dari Boy yang amat suker melompat2 bila aku anggukkan kepala tanda setuju dengan permintaannya tu. Dia suker bebeno. Mierza pulak tukang selet sos dan mayonis atas ball tu sambil cakap, "emppp, dap...!" Okey, mama tau sedap, anak! Sebab mama pun gilo dengan makanan ni.


Kali ni aku buat takoyaki ni mengikut saranan Hana. Aku guna 150g tepung khas takoyaki bersama 100g tepung gandum. Ni kes nak berjimat cermat. Nak cari tepung tu kat sini amatlah payah. Tak pernah jumpa pun. Tapi kalau bahan2 lain tu memang ado. Tapi pun mahai... hiks!

Untuk Linda yang selalu tinggalkan pesan kat shoutmix aku tanpa meninggalkan linknye itu, ini resepinya ye... juga untuk yang lelain (wawa, ayu q8, ciklinn dll) yang ter'ngences'melihat mende alah ni dan nak cube, silekan ye...

Linda, lain kali ko datang tinggalkan link ye, sonang akak klik je kat situ terus tobang g umah ko, hihihiiii aku nak sonang yo...

Bahan-bahan
(A)
*100g tepung gandum
1 biji telur
Garam
Air

*Tepung Khas untuk takoyaki memang susah nak jumpa. Aku dah jenuh cari. Merata2 JJ dah pergi tapi tak ada. Kalau jumpe kat mana2 bagitau ye...

(B) - Inti
Kobis - diricik halus
Hirisan Sosej/Udang/Sotong/Stick Crab - Ikut suka & yg bersesuaian

(C)
*Sos Okonomiyaki @ Kicap Lemak Manis - tak kisah cap apa
*Fish Flakes - parutan ikan
*Nori Halus - serbuk yg warna hijau kat dlm gambar tu
Mayonis

* Boleh cari kat Jaya Jusco - Section Japanesse Food.
Kalau tak pun, goreng ikan bilis secara kering dan blend halus. Yang ini boleh digantikan dengan Fish Flakes tu.
*Acuan takoyaki. Kalau tak ada acuan tu boleh juga guna acuan kuih cara.

Cara-cara
(A)
Campurkan semua bahan. Kacau sebatikan adunan. Adunan tu sepekat macam nak buat kuih cara. Tak cair sangat, tak pekat sangat.

Panaskan acuan dan oleskan dengan minyak. Tuang adunan separuh acuan dan masukkan bahan2 inti. Tuang lagi separuh adunan. Melimpah pun tak apa. Nanti kaupkan masuk dalam adunan yg berada dalam lubang acuan. Bila bahagian bawah dah masak, terbalikkan.

Bila dah masak, angkat. Tuangkan mayonis dan sos/kicap kat atasnya. Taburkan juga fish flakes dan nori halus.

Sedia untuk dimakan. Sesangat sedap dimakan ketika masih panas.

4 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

sakan ekk akak pekena takoyaki...

Rafizah Nordin said...

aishah,
org jauh ni mmg selalunye beria2.......

lindafendi said...

tima kaceh...tima kaceh....tggu ari cuti panjang bru leh wat..byk brg nak p cri kat jj ni....huuhu...xsabo den!!!

Rafizah Nordin said...

linda,
hang try p cari kat JJ one utama & bukit raja.katenye ade.kat mv pun katenye ade tp aritu aku p xdak pun...

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)