Followers

Thursday, May 07, 2009

Daging Masak Merah


Daging masak merah adalah salah satu dari makanan kegemaran Boy. So semalam dia makan nasi sikit saja tapi jadi tukang habiskan daging ni. Tapi ini merupakan kali pertama aku masak sendiri daging masak merah ni. Selalunya beli saja. Memang aku perhatikan. Kalau setiap kali beli lauk itu, dialah tukang menghabiskan daging tu sambil colek2 kuahnya.

Resepi aku ambil dari MyR oleh Dyna. Memang sedap. Tapi aku tak tambahkan apa-apa sayur melainkan bawang semata. Peti ais dah kosong. Nak singgah checkers bercinta betul kalau dengan anak tak sihat badan ni. Nak beli barang pun payah. Sekejap hok hek hok hek merengekkk jek... Baby masih demam. Hantar saja Boy ke sekolah terus memandu balik. Tak de singgah-singgah...
Bahan-bahan
  • 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 bijik bawang besar dimayang
  • 1 bijik cili capsicum hijau
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
  • garam secukup rasa
  • boleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... (kalau ada)

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan
  2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram. Kalau kering tuang air sikit. Kalau suka berkuah bleh taruk banyak skit. Tapi jangan banyak sangat.
  3. Masukkan garam. Serbuk perasa.
  4. Masukkan daging rebus. Masak hingga sebati.
  5. Masukkan cili capsicum hijau. Boleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..(kalau ada)
  6. Boleh makan dengan nasi putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA

5 comments:

el said...

kak za..laki aku mmg suke mkn daging msk merah...kalo daging tu potong nipis2 lg sedapkan..yummyyyyy...bleh mkn ngan roti lg kan..sedap giler...hehehe

yusleen said...

mmg sedap daging merah nih...

Mummy Dasy said...

sedap nak2 klu nasik lembik ngah panas

Rafizah Nordin said...

el,
betui tu....tp akak tak sempat nak makan dgn roti le.abis kene ratah ngan dak boy.dia tinggalkan bawang jek...

leen,
aah sedapppp

mummy dasy,
ya betuiiii!

ai said...

rajinnye kau memerahkan daging tu besen oiii :P

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)