Followers

Tuesday, May 19, 2009

Pandan Kaya Bun


Ha, inilah dia projek dengan Homemade Sri Kaya Pandan tadi - Pandan Kaya Bun. Memule sekali terkesima tengok kat umah Cik Mat Gebu. Siap2 dah amik resepi. Tapi agaknye belum sampai seru. Jadinye resepi tu terbiar jek la sepi. heheheee
Pehtu nampak lak kat rumah Kak Suzi. Aduyaiii, layan gakla rase malas tu 2/3 ari. Then sampai gak seru nak meroti. Semalam petang, sambil2 tangan menggodek sri kaya atas dapo, BM ku yang terchenta menggodek tepung le pulak. Apa yang penting... kerjasama! Ish, nyanyi lagu wonderpets lak, hiks!

Ni gambar roti sebelum dibakar. Aku buat 9 ketul dengan berat purata setiap sebiji 76g. Tapi kalau next time nak buat, aku akan kurangkan ke 60g le kot. Sebab 76g ni pun nampak besau walaupun still comey...Lihatlah dunia... betapa gebusnye saya! Hiks! Bf pepagi cicah ayaq kopi suam2 kuku, kelas kau!!!
Align CenterBAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk) - aku guna air sejuk biasa je
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan - tak letak
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya - saya guna perisa pandan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit.

5 comments:

fazilzura said...

waaaaaaa kak piza mmg tau dh ler daku lapo nih

FaizAmYAirieL said...

sodapnye kak pza..lagik2 kalau makan panas2 kan?

Rafizah Nordin said...

jura,
hiks,tgh lapo ke...jamu mate x konyang ka?

faiz,
tadi cdg nak bawak p tapi tinggai 1 1/2 ketui jek...sian lak kang korang terkulat2 makan roti godam BM aku tuh heheheee

Kakasma said...

wah teruja laa akak nengokkan roti pandan.first kat umah rinn..tengok bahan simpan jer angan2..tapi dah tengok fiza buat mmg list atas sekali nih..bagus ler adek akak nih..tq eh..

Rafizah Nordin said...

k asma,
klu dah list paling atas akan buat dlm jangkamasa terdekat le ye tak...emp tak sabo tgk roti akak lak...cepat buat kak cepat...sedap tau cicah kopi nyum nyum

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)