Meroti lagi! Tapi roti ni bukan buat hari ini atau semalam. Roti ni aku buat malam Khamis minggu yang lalu. Maknenye bf kami di pagi Jumaat le... Heheee ampun le bebanyak. Lambat mengupdatekan blog aku nih.
Hujung minggu lalu aku terlalu sibuk. Bz mengalahkan Perdana Menteri lagi rasenye. Muahahaaa Pagi Sabtu pergi Seminar dengan Cikgu Noriah dan Kak Nor. Balik2 rumah pukul 5.30 petang, tgk2 mak ade. Orang Bumi Medik - org yg buatkan kaki palsu mak hantar ke rumah aku pulak lepas dia praktiskan mak aku dgn kaki palsunye. Padahal mak aku dtg tu betul2 sehelai sepinggang. Ubat2an & insulin tak bawa sekali. So aku mandi2 terus hantar mak ke rumah kak yong semula di Sepang. Risaulah kalau tgh2 malam tu nanti ape2 hal terjadi sedangkan ubat mak langsung sebutir pun tak de. Sampai rumah kak yong hb dah sakit kepala. Kami ambil keputusan tidur di rumah Kak Yong.
Pagi Ahad, pukul 9 pagi bertolak balik ke rumah. Rehat2 dan aku keluar semula bersama dengan Baby. Pergi Ampang untuk memeriahkan majlis birthday Jay anak Mak Ayam Ayien yg dikenali melalui M.Com. Lepas tu terus lajak ke rumah Yies di Segambut dengan Sya, Alyn, Yam & hbnya. Tengok baby baru dan melawat Yies yang di dalam pantang. Sory le... penyakit segan melanda aku sejak akhir2 ni. So aku cume bawa 'dslr' aku tu tp x keluarkan pun tangkap2 gambo. Hisk!
Sampai rumah pukul 6.30 petang. Terus mandi2 sebab lepas Maghrib ade jemputan bacaan Yassin bersama dengan Persatuan Wanita di Tingkat 14- rumah Kak Yatie. Balik rumah pukul 9.30, gosok baju sekolah anak2. Nasib baiklah baju hb ade 2 pasang lagi yang dah siap bergosok. Mate ni dah mengantuk giler. Sampaikan buatkan susu Mierza sebelum tidur semalam pun hb... hiks terima kasih abang!

Ohohooooo kesiannye roti aku! Gambar roti tp dok cerite diari hujung minggu lak eh... Resepi ni dari tokey roti Ros. Resepinya aku kongsikan kat sini ambil dari MyR. Terima kasih ye Ros. Di sebabkan tepung roti yg dah tinggal sikit, jadinye aku campurkan dengan tepung gandum. Hasilnye masih lembut dan gebus!
Bahan-bahan
- 250 gram tepung roti/tepung high protein
- 70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
- 120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)
- 2 sudu besar susu tepung
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar marjerin
- 4 gram yis ( 1 sudu kecil)
- 1 biji telur (dipukul sedikit)
- (untuk bancuhan sos kastard ) 2 sudu besar tepung bird custard
- 1 cawan susu segar
- 2 sudu besar gula
Cara-cara
- -Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
- kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
- klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
- Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap Selamat Mencuba...
- Nak tambah sikit, doh ni lembik sikit ye, kalau buleh masa bentuk bulat2 tu lumur tangan ngan marjerin ye...pastu baru bulat-bulatkan....klu nak tambah tepung punbuleh jugak, tp jangan banyak sangat ye...doh ni akanjadi lembik sikit bila kita pakai telur yang berlainan saiz,.Ros pakai telur saiz M, klu pakai yang besar sikit tu sila kurangkan kuantiti susu tu ye..pakai 100ml aja..harap dapat membantu ye.
No comments:
Post a Comment