Followers

Tuesday, May 26, 2009

Paru Goreng Berlada


Pepagi tadi g pasar kat kedai Zul. Tinggalkan Boy dan Mierza kat rumah. Sebelum tu dah siap2kan bf dia orang. Pagi ni bf ape? Mama ade sikit malas. Jadi mama goreng naget jek dan bancuhkan milo. Sebelum keluar, siap2 pesan dengan Boy, kalau ada orang panggil2 dari luar, buat tak tahu saja. Kalau orang tu panggil2 nama mama pun biarkan saja. Susah nak beli lauk kalau bawa Si Mierza. Habis semua ikan nak dipegang. Tapi aku tidaklah ralit. Beli2 barang terus balik. Takde singgah menyinggah. Kalau jumpe sesape kat sepanjang jalan tu pun takat tegur gitu jek. Takde sembang2. Risau gak tinggalkan dorang berdua jek kat rumah. Alhamdulillah setakat ni, Boy boleh diharap. Cuma kalau masa tu Mierza tidur, bila aku balik mesti Mierza dah jaga. Dia kejutkan adik dia sebab dia kate dia boring. Huh...

Okey... sebenarnya resepi paru goreng berlado ni aku pernah buat. Resepi ambil kat Myr oleh Kak Fida. Tapi aku amatlah baik hatinya dan terlebih rajin. So, aku tepekkan resepi kat sini untuk sesiape yg ter'ngences' tgk gambo aku yg idak le berape cantik. Di snap dengan 'dslr' murahan aku tuh jek. Check this out...!

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 kilo paru* - dipotong besar,4-5 ketul dan cuci.
  • 5 helai daun salam*
  • sedikit garam*
  • (bahan bertanda * di atas direbus dgn secukup air hingga empuk)
  • 8-10 batang lada merah-dikisar
  • 7 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 3 biji limau kasturi ambil jusnya
  • 2 sb gula merah tanjung
  • 1 sb gula pasir
  • 1 sk garam
  • minyak masak secukupnya untuk menggoreng paru dan menumis lauk

Cara-cara

  1. Paru rebus dipotong tipis2 lalu digoreng terendam dgn secukup minyak hingga garing.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sebentar diikuti dgn lada merah hingga naik baunya.Kemudian masukkan gula,garam dan kacau rata.
  3. Masukkan pula jus limau kasturi, kacau rata diikuti dgn paru goreng dan kacau lagi hingga sebati.


2 comments:

el said...

kak...mak den sllu msk paru ni ms bln pose..dia sllu buat jual kat psr ramadan..nilah yg paling abis jual..hehehe..

Fiza Nordin said...

L,
omak ekau niago ko?apsal aku tak tau?huhuhuuuu

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)