Followers
Saturday, January 31, 2009
Line Longkang!!!
Ha, lu pikirlah sendiri... kalau dah macam ini gaye sambungan internet aku hari2 sejak dua menjak kebelakangan ni...camnelah aku nak merayau2 ke umah korang...kalau dikatakan 1 jam aku dok ngadap laptop ni berintenet mungkin lebih dari setengah jam sebenarnya aku hanya membuang masa menunggu lingkaran internet ni nak menyambungkan linenya....huhuhu
Sangat sakit hati, sakit otak, sakit jiwa dan segala macam sakit!!!
Cinnamon Roll
Pizza
Hari ni dalam pukul 3 nak hantar emak dan kak yong balik. Semalam masa kak yong telefon anak2 dia Shima dan Ezza, dia orang sedih je sebab kena tinggal rumah. Emp, mama ni pun memujuklah. Nak memujuk dia orang ni senang je... "esok mama buatkan pizza, ye..." ha, melompat dua2nye seronok. anak2 kak yong ni memang hantu roti. nasi2 ni kurang...
Kali ni toping pizza guna adunan roti sosej kat rumah leen. Emp...puas hati jugak. Lembut je... Thanks Leen sebab berkongsi resepi.
Bahan-bahan
400 gm Tepung Roti (High Protein Flour)
12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh)
1 gm bread improver (optional)-Leen tambah softener
6 gm garam
50 gm telur (approx. 1 biji gred B)
48 gm gula castor
12 gm tepung susu (susu anak pun boleh)
60 gm marjerin
190 ml air
Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati
2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tangan
3. Tutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size
4. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 - 10 min.
5. Isikan inti dan bentukkan mengikut pilihan.
6. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda.
7. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190C selama 15-20 min
Note
1. Pesan Chef, jangan masukkan kesemua air. Gandum yang digunakan mungkin berbeza dari segi kandungan air.
2. Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan.
Friday, January 30, 2009
Pecal
Hari tu nampak kat umah Hana Jepun, memang terliur. Tapi kebetulan pulak masa tu kakak aku, Mak Ina baru datang dari Bagan Datoh dan bawak paste pecal ni. Tinggal nak tambah air panas nak celur segala sayur2 tu saja. Jadi, malam ini, inilah makan malam kami.
Kebetulan lagi mak ada kat sini. Pecal ni memang makanan kegemaran mak. Teringat dulu masa zaman kanak-kanak mak selalu buat pecal ni. Tapi aku tak suka makan sebab pecal tu kan bahan utamanya adalah sayur2an... biler dah beso dan sekarang dah jadi mak budak, barulah makan...
Donut... lagi
Lepas siap memasak tadi dapat call dari kakak aku, Mak Ina. Dia kata dia kat hospital. Bawak mak pergi cuci luka kaki tu. Pastu dia kata mak nak datang umah aku lepas habis urusan hospital nanti. Aku okey sajalah. Kebetulan aku memang bercadang nak buat donut ni. Bila dapat tau kakak2 aku nak datang, lagilah bersemangat nak buat sebab tentu2nyelah ada yang jadi tukang makan. hehehe
Resepi ni ambil kat MyR oleh HaSue. Terima kasih banyak-banyak bagi resepi yang tak memerlukan proses perap memerap ni...
Ikan Terubuk Goreng Garing
Dah pernah buat sebelum ni. Boleh tengok klik kat sini ye... Resepi simple dari Kak Dayang Jack @ MyR... Tq...
Tu kat dalam freezer masih ada 1 ekor ikan terubuk masin. Kawan hb bagi semalam. Selain dari goreng biasa macam ni, ada tak resepi lain menggunakan ikan masin terubuk ni? Kalau ada, boleh kongsi tak???
Bawal Masak Masam Manis
Hari ni hb masih cuti. Pagi tadi hanya sarapan roti dan jem saja. Bancuh air kopi. Sangat simple dan lebih tepat lagi, sangat malazzzz, heheheh
Pagi tadi lepas hantar Baby pergi sekolah aku terus lajak ke kedai beli ikan. Nampak ikan bawal. Di sebabkan hb masih cuti, jadi nak masak besh sikit le konon. Hahaha!!!
Resepi ni terinspirasi dari MyR oleh Kak Juns.
* 1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.
* 3 biji bawang merah-ditumbuk
* 1 ulas bawang putih-ditumbuk
* 1 in halia-dihiris panjang2
* 1 biji tomato-dipotong dadu
* 1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
* 1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu besar sos cili
* 1/2 lobak merah-dipotong dadu
* 1/3 timun-dipotong dadu
* sedikit bunga kobis
* sedikit nenas-dipotong dadu
* sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi.
Thursday, January 29, 2009
TAG dari Ila
TAG ini diterima daripada Ila. Timo kasih sebab susah payah dok tulis name aku kat situ...
The Rules:-
Use ur mouse to write::
1. name or username
2. left handed or right handed
3. fav letter to write
4. least letter to write
5. buat exercise nih " The quick green alien jumps over the lazy blue turtle "
6. kene kan yg lain pulak
Kepada Kak Zai, Herda, Reen Bulan dan Noorma... sila jalankan tugas anda ye...
TAG dari Syafazul
TAG ni kalau sesape ingat aku dah pernah buat sebelum ni tapi aku pulak tak ingat aku kene TAG dengan siapa hari tu. Tapi kali ni aku kena TAG ni dari ADIK CUTE SYAFA - ANAK PEMPUAN PAK MEON - BINIK SI JUL ENCEM - EMAK DAK DINA COMEY... Terima kasih ye & ampunkan akakmu ini kerana lambat menjalankan tugasan TAG yang kau beri ni. Bukan akak tak sudi tapi sememangnya adalah tak sudi sikit, hehehe.... malazzzzz you... mungkin sebab dah pernah buat TAG ni yang membuatkan kemalasan aku nak menyudahkan TAG ni di tahap maksimum.
Nak tau sepuluh fakta yang bukan auta tentang aku ye... Aku cuba untuk tak mengulang fakta2 yang pernah aku bagi sebelum ni. Tapi kalau tersama juga, ampun ajelah ye sebab aku malas nak cek balik yang dulu punya...
1) Aku berkahwin ketika berusia 22 tahun.
2) Beza usia dengan abg Sofie 10 tahun.
3) Timang cahayamata pertama ketika berusia 23 tahun
4) Anak 3 orang dan ke 3/3nya lahir pada bulan 7.
5) Aku dan hb tak pernah merancang untuk melahirkan anak pada bulan 7. Kejadian mereka terjadi secara spontan. Kalau orang lain kagum, sebenar dan hakikatnya kami suami isteri pun kagum pada diri kami sendiri sebab cukup pandainya mengatur tarikh kelahiran anak-anak. :)
6) Ayah aku meninggal dunia ketika aku berusia 9 tahun.
7) Adik-beradik aku 3 orang dan ke 3/3nya adalah perempuan.
8) Aku anak yang bongsu.
9) Aku sangat suka memasak.
10)Aku sayangkan keluarga aku.
Okey ye sya...
Aku matikan TAG ni di sini... tak mo TAG sesiapa... syukurlah...
Wednesday, January 28, 2009
Ape ke yang di busy kan tu ye...???
Ada ke yang hairan dan tertanya2 ke manalah si Fiza ni??? Selalu tu bukan main lajunya memasak ye... tetiba je senyap sunyi. Masuk n3 pastu diam. Langsung tak jalan-jalan jenguk ke rumah kawan-kawan blogger membalas kunjungan.
Pertama sebab tenet giler lembap dan menyakitkan hati. Dan yang kedua, Puan Fiza ni sibuk ke sana ke mari. Ke sana ke mari ke mana tu eh... Jom kite ikuti serba sedikit jadual jalan-jalan Puan Fiza ni... (Ada ke yang nak baca ni??? belasah je la...)
Bermula 23 January - Jumaat
Hari ni last Boy sekolah. Lepas hantar Boy ke sekolah aku terus parking kereta kat stesen komuter Kampung Datok Harun. Masa tu pukul 2.30 petang. Buat ape parking kereta kata situ? Tunggu anak buah aku si Fatin. Dia balik dari asrama hari ni dah terus ke rumah aku. Tunggu punya tunggu punye tunggu tapi si baju meroon ni tak timbul2. Padahal macam-macam kaler baju dah turun dari train dan lesap dari pandang. Ada kaler kuning batik, putih biase tu, kaler unggu batik kain putih dan sebagainya. Tapi yang baju kurung kaler merah hati dan kain corak pelikat merah tak nampak2. Tapi aku terus jugak sabar menunggu. Sampailah pukul 4. Barulah train berhenti dan terpacul muka anak buah aku si Fafa di seberang jalan sana. Legalah hati ni...risau jugak kalau apa-apa terjadi sebab dia tak ada handphone (asrama tak leh bawak).
Sampai rumah, kalau anak buah aku ni ada memang sah2lah aku bagai diharamkan pegang laptop sebab anak buah aku ni je yang konker. Almaklum le budak baru keluar 'penjara'.... tapi aku tak kisah asalkan dia nampak depan mata aku dan aku tahu dia menjelajah ke mana di alam cyber ni....
24 January 2009 - Sabtu
It' my birthday...
Sebab utama Fafa dipanggil balik ke rumah aku cuti ni adalah untuk menjadi babysitter, heeee... sebab mama & papa nak keluar bujang. Celebrate ke mana eh?
Keluar pukul 12.30 tengahhari. Sebelum tu aku dah cek kat internet tayangan cerita MAUT. Cuma ada kat GSC dan GSC yang paling dekat adalah di Mid Valley. Jadi kami pergi sanelah. Istimewa jugaklah... bukan sebab tonton kat VIP Room, tidak... tidak... tapi sebab hb memang tak suka tengok wayang. Tapi demi untuk memenuhi permintaan isterinya, dia ikut je la... Thanks abang...
Lepas tengok wayang, kami makan Secret Recepi. Sebelum ni kami baru je makan dengan anak2 kan... kali ni makan berdua saja, aman! hahaha!!! Hb ikutkan je tekak dan selera isterinya ni. "Oklah... b'coz today is yo birthday, i ikut je la you nak makan apa pun..." hahaha thanks again abang...
Sebelum balik singgah JJ tukar kad voucher for bday... nampak gerai takoyaki. Singgah & beli 2 set Chicken Ham & Cheese untuk Fafa dan anak2...
25 January 2009- Ahad
Pagi-pagi siap-siap pergi rumah Kak Yong nak jenguk mak sekaligus hantar Fafa. Mak Ina (kakak aku yg kedua duduk Bgn Datoh) pun ada datang sini. Lebih kurang pukul 3 petang, 5 buah kereta saudara mara datang rumah Kak Yong jenguk mak. Terima kasih diucapkan pada Achik Rein sekeluarga sebab meluangkan masa. Malam nilah kami buat 'brutal celebration'. Kek tu adalah resepi Kak Ummi - Kek Coklat Moist dan toppingnya. Lupa nak tangkap gambar.
Tak dapat nak tidur rumah kak yong sebab esok dah dah ada program. Sampai rumah dah pukul 10.30 malam. Masa tu on jugak laptop. Tapi internet sgt lembap yang menyumbang pada kemengantukkan (bahase ape ni???) mata ni. Jadinya tutup internet dan dapatlah sambung menulis 1 bab sampai pukul 2 pagi. Tapi sebelum nak tidur tu ternampak handphone hb. Teringin pulak nak main game. Capai handphone dia dan main game leka sampai pukul 4 pagi. Ish 3x... ralit sungguh!
26 January 2009 - Isnin
Pukul 6.30pagi, hb kejutkan. Program... kami dah ada program hari ni. Dari semalam ayam dah keluarkan dan rendam dalam air. Ha, pukul 4 baru tidur, pukul 6.30 pagi dah bangun. Berapa jam saja aku tidur tu? Tapi nasib baiklah ok, tak goyang. Program ke mana tu eh???
Kalau diikut2kan program berkelah ahli persatuan blok tempat tinggal aku ni nak dilakukan pada 1 Feb yakni hari Ahad akan datang ni. Tapi banyak bantahan sebab masing2 sibuk nak hantar anak2 balik asrama dan macam2lah alasan. Jadi acara berkelah ni dicepatkan.
Aktiviti berkelah di Sungai Ulu Sendat, Hulu Selangor. Untuk aku dan anak2 ini merupakan kali pertama kami ke tempat ni. Untuk hb, ni kali kedua. Kali pertama dia pergi minggu lepas dengan kawan2 blok ni untuk tengok2 dulu sebab pada mulanya dia orang ni bercadang nak camping di sana. Tapi tak jadi sebab kawasan tu memang jauh ke dalam. Takutlah apa2 hal tengah2 malam sebab bukan hanya aku yang beranak kecil....
Bekalan kami nasi lemak dan sambal ikan bilis serta ayam goreng. Aku pun buat Kek Pisang Ala Inggeris dari resepi Kak Yatt tapi aku terlupa lagi nak tangkap gambar. Ish, fault betullah!!! Kami pergi konvoi 9 buah kereta +- 40 orang termasuk kanak-kanak.
Jom layan aktiviti mandi2 kami. Ni first time aku naik tali hayun ni (haram aku tau ape name panggilan mende ni...bg tau sat...) besh gak. Sampai 2x aku naik. Bayarannya satu kali RM2. Si Boy lagilah... 3x! Tapi org tu bagi diskaun RM5 je bayar. Berani sungguh anak jantan aku tu...
Lepas mandi2 kami terus balik kampung hb. Hulu Selangor tu dah tak jauh dengan Slim River, kan... lagi pun sejak mak tak sihat, kami memang tak balik2 dah. Kali terakhir pada Hari Raya Haji yang lalu...
27 January 2009 - Selasa
Bertolak dari kampung pukul 10 pagi. Berhenti kat Hentian Jejantas, makan pagi sekaligus makan tengahharilah... Boy & Baby sibuk nak makan A & W. Begitu jugaklah dengan mamanya. Papa makan nasi. Sampai rumah, rehat-rehat sekejap. Hb sempatlah buat appointment dengan bantal. Aku masuk kain sambil bungkus kain baju sebab nak pergi rumah Kak Yong semula sambil2 masukkan air dalam mesin basuh kain - basuh baju seluar basah mandi2 semalam.
Mak minta kami buatkan kenduri kesyukuran. Tak buat kenduri besar2 pun. Sekadar hantar nasik dan pulut kuning kat surau dan makan2 di rumah ajak kawan2 kak yong yang banyak bantu kak yong dan emak selama mak tinggal kat rumah kak yong.
So, hari ni memanglah tak on9 sebab tidur kat rumah kak yong. Pernah sekali bawak laptop dan bband ke rumah kak yong tapi 'line longkang'. Jadi lepas tu sampailah semalam aku memang tak bawak laptop dan bband kalau nak ke rumah kak yong.
28 January 2009 - Rabu
Hb masih cuti. Cuti lama. Selasa depan barulah dia kerja. Isnin tu dia cuti ganti hari Ahad tu - Hari Wilayah sebab syarikat dia bekerja tu beralamat Kuala Lumpur. Baby sepatutnya dah mula sekolah hari ni tapi tak hantarlah sebab pagi di rumah Kak Yong. Boy pula hari Isnin ni baru mula sekolah. Sekolah dia cuti lama sebab boleh dikatakan ramai jugalah murid berbangsa Cina dan guru besarnya pun berbangsa Cina.
Pukul 9.45 pg bertolak dari rumah kak yong balik ke rumah. Bawak Fafa.
Kak yong dan Mak Ina serta suaminya nak bawak mak pergi Hospital Serdang untuk cuci luka operation tu.
Aku sampai rumah tak tahulah pukul berapa. Mandi2 dan siap2. Keluar semula pergi bank. Keluar berdua saja dan naik motor sajalah. Jadi mat dan minah rempit sekejap. Pergi bank buat apa? Cek akaun dan update a/c book sebab aku dan hb bercadang nak beli rumah Mak Ina kat Taman Bukit Puchong.
Mak Ina & suami dia sampai bank. Cerita2 dengan officer dan kami pergi pejabat. Tanya balance hutang, kelayakkan dan prosedur. Lepas tu ingatnya nak pergi ambil kunci rumah tu. Harap2lah pejabat devoloper bukak tapi tak menjadi kenyataan. Kata guard tu esok baru dia orang start keje. So pergi tengok sajalah rumah tu dari luar.
Balik rumah masak air, buat kopi dan teh. Beli goreng pisang dan buat cicah kicap cili api. Buat jamu Mak Ina anak beranak sekalilah kami makan anak beranak.
Malamnya sampailah la ni pukul 2.28pg aku dok ngadap laptop. Update blog, jalan2 (tu pun belum habis jelajah) dan sambil2 menulis...
Dah habissss....

Kad B'day dari K Suzi
Terima kasih banyak-banyak pada Kak Suzi... Semoga nanti biler Kak Suzi dah balik ke tanah air, kite dapat bersua muka dan persahabatan cyber tidak setakat di cyber sahaja... InsyaAllah.
Sunday, January 25, 2009
Brutal Celebration
Hahaha!!! Saje nak kongsi video brutal sambutan birthday secara spontan ni. Teruk 'bday girl' (korang jgn muntah tgk perkataan 'bday girl' yeee) kene make up dengan topping cekelet tu... Udah namenye spontan, so jgnlah gelak korang tengok 'bday girl' hanya berkain batik dan disenseng separuh lutut hingga menampakkan seolah-olah perut 'bday girl' ni tengah mengandung 5 bulan... hehehe
Ape2 pun kite layan ajelah video ni ye... it is just for fun...
Choc Chip Muffin
Baru beberapa hari lepas aku buat Choc Chip Muffin ni kan...?? Tup tup hari ni dah masuk n3 lagi hehehe... ape nak buat? Dah sangat puas hati dengan hasilnya sampai sanggup buat lagi. Terima kasihlah pada kak Ummi sebab berkongsi resepi ni. Muffin ni tak manis sangat. Rasanya sedang2 eloknya. Cara nak membuatnya pun senang. Kalau malas nak basuh besi mixer, elok sgtlah buat muffin ni sebab resepinya main godek dgn spatula je...
Kali ni aku buat kecik-kecik sikit. Buat ni atas permintaan Cikgu Noriah (cikgu sekolah tadika Baby) sebab malam 24/1 tu dia buat makan-makan kat rumah dia. Resepi Choc Chip Muffin boleh klik kat name resipi sini ye...
Kek Kukus Lapis Hawflakes (Kukus)
Minta maaf pada kawan-kawan semua kalau kunjungan anda ke sini tidak berbalas.
And terima kasih juga kepada kawan-kawan atas ucapan selamat dan doa anda bersempena dengan ulang tahun pertambahan usiaku, hehehe. InsyaAllah semoga doa itu dimakbulkan Allah SWT
hendaknya...
Okey,jom kite layan makan-makan...
Oh, aku sudah jatuh cinta sama ini kek... ape kesss?? hehehe
Jatuh cinta sama kek tak pe lah eh... jangan jatuh cinta sama orang.
Sebenarnya aku buat kek ni pada 23/1 lagi - malam. Tapi disebabkan kemengongan internet yg asyik nak terpadam membuatkan mood aku nak masukkan n3 pun langsung tak xcited. Geram!!!
Tapi bukanlah aku tak masuk blog ni. Masuk juga. Cuma sekejap2 je la...sebab bile aku nak balas kunjungan ke blog kwn2 sure tenet ni padam dan ya amatlah payahnya nak connect semula.
Ini merupakan kali ketiga aku buat kek ni. Penghasilan yang pertama boleh klik sini... percubaan kali kedua pula boleh klik sini... Percubaan pertama dan kedua saya menggunakan kaedah bakar di dalam oven.
Dan percubaan kali ketiga ni barulah dapat merealisasikan kaedah sebenar dengan kaedah mengukus. Memanglah sedap apalagi kalau makan ketika kek tu suam-suam kuku. Gigit tu rase lembut je... huh!!!Kalau tak caye korang buatlah!

Saturday, January 24, 2009
Happy Birthday To Me...
Friday, January 23, 2009
Steambot
Jom, jom makan steambot!!!!
Ni percubaan kali pertama makan stimbot buat sendiri. Terima kasih pada besanku (Aizah Kaman). Sebab dia yang beritahu aku boleh je panaskan kuah sup tu kat dalam periuk nasi (rice cooker). Kalau dia tak share experience tu, tentu2 aku sibuk2kan diri p beli piuk khas untuk steambot tu. I lap u, besan!!! Supnye tu aku wat simpe je. Asalkan ada rasa udah ayam (sbb letak 2 ketui kiub knoor) & perasakan sup tu dgn garam... udah...
Kuahnya ada 3 pilihan...
Yang ni sos cili thai - sos cili yang ada gambo cik timah tu...glem tul mak cik tu...hehehe
Yang ni bak kate besan aku (Aizah Kaman), pencicah melecet ****. Hehehe...cili api, belacan sikit & gula.
Yang ni pulak kuah ala-ala yong tau fu. Ambil kat MyR oleh Kak Fida.
Bahan-bahan
* 2 sb kicap cair
* 2 sb kicap manis
* 2 sb gula pasir
* 3 sb cili kisar
* 1 sb tomato sos
* 1 sk garam
* 1 sb minyak masak
Cara-cara
1. Kesemua bahan2 di atas dijadikan satu dlm periuk dan dimasak di atas api perlahan hingga pekat.
2. Siap dimakan.
Thursday, January 22, 2009
Gulai Lemak Udang Nenas
Okey, okey... ni n3 yang terakhir. Terakhir untuk hari ini la ye...
Ni kes terkesuma tengok Hana Jepun buat gulai lemak udang nenas semalam. So hari ni jadi menu makan malam hb pulak. (Aku tngh fikir2, hari ni nak makan nasi ke tidak. Rasenye harus aku MC diet hari ni. heheheh) Aku masak gulai ni memang dari tengahhari tadi. Tapi lepas tu aku bergegas ke klinik kesihatan bawak Mierza untuk cucuk imunisasi. Punyelah nak cepat sampai tak menyempat nak masak nasi. So sekarang ni dah pukul 6.30 petang. Sat lagi hb balik. Selalunya hb ni kalau balik, salin2 baju & terus serbu meja. Kemungkinan besar aku akan join dia makan karang, heeee
Bahan-Bahan
* 1/2kg udang
* 1biji nenas- hana gune nenas tin jerk! FIZA - PUN PAKAI NENAS TIN SBB FIZA MALAS NAK BUANG MATE NENAS KLU BELI SEBIJIK
* *4 biji bawang merah
* *3 ulas bawang putih
* *1/2 inci kunyit hidup
* 2 sb lada boh/ lada giling
* Sedikit belacan ( agak-agaklah tapi tak de pun tak pe) FIZA - TAK LETAK.LUPE!!!
* 1 batang serai
* garam, gula dan pak aji kalau suka
* 1 1/2 cawan santan pekat (300gm).
* 2 cawan air ( kepekatan dan banyaknya kuah ni ikut citarasa masing2)
Cara-cara
1. Bersihkan udang dan buang muncung dia.
2. Potong nenas ikut suka.
3. Tumbuk bahan-bahan bertanda *. Masukkan air ke dalam periuk bersama lada boh, belacan dan serai yang dititik. Masak sampai mendidih.
4. Masukkan nenas yang sudah dipotong dan masak hingga nenas separuh masak.
5. Masukkan santan pekat ke dalam periuk. Kena jagalah jangan sampai pecah santan.
6. Bila kuah dah mendidih masukkan udang. Bolehlah letak garam, gula dan perasa ikut sesedap rasa. Jangan masak udang lama sangat sebab nanti hilang manis dia dan isi udang akan jadi keras
Air Teh Dangdut
Ha, hambik ko!!! Berderet-deret n3 aku. Apa nak buat... dari pagi malas tapi lepas tu kena penyakit rajin la pulak. Tapi rajin yang gitu2 aje. Idak yang sampai memerlukan aku lama berada di dapur ku yang sekangkang kera itew...
Ha, kalau minum air ni sure berdangdut ke? Sambil2 aku tulis n3 ni, sambil2 aku teguk air teh dangdut yang sedap ini. Terima kasih pada tuan punye resipi. Sangatlah magic buat air ni. Masa nak tuang teh tu dalam bancuhan susu tu, cuak sungguh aku. Mau ke terapung teh aku ni macam orang lain punye? Tapi yesssss! Dan inilah hasilnya....
Bahan-bahan ( 1 gelas )
* 2 UNCANG TEH
* 3 SB SUSU PEKAT
* 2 SB SUSU CAIR (option)
* AIR PANAS (IKUT SUKATAN GELAS)
Cara-cara
1. -REBUS TEH TU DENGAN SETENGAH CAWAN AIR...PASTIKAN TEH TU PEKAT.. (PASTIKAN TEH TU JADI PEKAT, BIASANYA SAYA REBUS SETENGAH CAWAN AIR DAN BILA PEKAT AIR AKAN TINGGAL 1/3 CAWAN JE...)
2. -1 CAWAN AIR PANAS,CAMPUR SUSU PEKAT DENGAN SUSU CAIR LEPAS TU TARIK SAMPAI BERBUIH
3. -LEPAS TU MASUKAN SUSU KE DALAM GELAS SEKALI DENGAN BUIH-BIUH TU..
4. -AKHIR SEKALI BARU MASUKAN TEH YG PEKAT TADI KE DALAM SUSU.. MASUKKAN TEH TU SLOW2...
5. *SUKATAN AIR DAN SUSU IKUT SUKA KITE SENDIRI NAK MANIS ATAU TIDAK...SUKATAN AIR PUN SAME....IKUT SAIZ GELAS KITA...KALU NK SENANG KITE SUKAT DULU AIR MENGIKUT GELAS YG KITE NK GUNA...
Ikan Tenggiri Masin
Dalam banyak-banyak ikan masin, ikan tenggirilah ikan masin yang paling aku sukai selain ikan masin gelama. Tapi berbeza pulak dengan hb. Dia lebih suka ikan sepat masin dan paling tak suka ikan masin gelama. Hish, memacamlah abang ni! Tapi yang bagusnya kalau dah lapo tu dia telan la jugak. Cuma sebelum dia sentuh tu dia akan tanya, "mama tak beli ikan sepat masin sekali ke?" Itu petanda, esok kena gorengkan pula untuk dia la.
Ikan tenggiri masin ni selalunya aku akan masak beginilah. Potong-potong cili merah, cili api dan hiris-hiris bawang kecil. Goreng ikan masin tu dengan api kecil sampai garing, ketepikan dalam kuali tu then goreng bawang sampai layu. Tutup api dan timbuskan ikan masin tu dengan bahan2 hirisan tu seketika sebelum dialihkan ke piring. Yummmy!!!
Iced Chocolate
Balik anto Boy dari sekolah tengahhari tadi - dalam kul 12 tengahhari - mak oiii tekak ni kering betul rasenya. Kalau dapat minum sesuatu yang sejuk, alangkah nikmatnya, kan? Jadi aku belek-beleklah MyR. Tetiba teringin nak minum ni. Tapi aku tak pakai Marigold punye susu. Aku pakai Dutch Lady Low Fat Milk yang memang sentiasa berstok kat rumah aku ni. Coklat syrup tu pulak aku tak pakai hersheys punye. Aku pakai lebihan coklat syrup yang aku buat pisang bakar coklat tabur cheese tu saje...
Minum sejuk-sejuk di tengahhari rembang ni memanglah heaven... hehehe
Bahan-bahan ( 1 )
* Hersheys chocolate syrup
* Magnolia fresh milk
Cara-cara
1. Masukkan hersheys syrup ke dlm gelas. Biarkan dia mendap.
2. Tuang fresh milk slow2. Masukkan ice cubes.
3. Kalau ade whiped cream semburkan. Barula sebijik cam secret resipe. tak pecaya pi selongkar die nye kitchen, mesti ade magnolia fresh milk.
Roti Sosej Berkeju
Hish, dalam malas2 mama ni, sampai dua kali buat sarapan. Hambik!!! Bukan apa... roti telur tadi buat lima keping je. Baby dah makan 2 keping sebelum pergi sekolah tadi. Mierza ambil sekeping. Tapi si kenit tu biaselah makannya kan... lebih banyak buang dari masuk mulut. Tinggal dua keping. Selalunya memang cukuplah untuk Boy. Sebab nanti dia akan makan nasi pulak sebelum hantar ke sekolah. Tapi tak sedarnya masa mama dia ralit ngadap lap top ni, si Mierza capai pinggan berisi roti telur tu. Habis dibuatnya roti canai atas lantai. Huh, bertuah sungguh Mierza cayang ni. Memang nak bagi mama rajin. 1 st kena mop lantai sebab lantai dah melekit sikit. 2nd mama kene buat something yang lain untuk makan pagi si Boy bile dia bangun tidur.
Roti ni ada nampak kat rumah Hana Jepun tahun lepas. Tapi Hana salut roti tu dengan tepung. Aku malas nak bancuh2 tepung jadi aku salutkan dengan telur saja. Jom kite layan resepi...
Bahan-bahan
4 keping roti
4 batang sosej
2 biji telur - dipukul
Cheese - aku pakai cheese pizza tu
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Rebus sosej sekejap.
Gelek roti. Taburkan cheese di atas roti. Letak sosej dan gulung roti. Celup dalam telur yang sudah digaram. Masukkan dalam kuali dan goreng hingga coklat. Angkat dan toskan seketika sebelum dhidangkan.
Kek Coklat Basah
Kek untuk Cikgu Noriah - cikgu sekolah tadika Baby. Hari ni merupakan hari ulang tahun Cikgu Noriah. Alamak, lupa pulak nak tanya ulang tahun yang ke berapa tahun.
SELAMAT HARI LAHIR CIKGU... SEMOGA CIKGU DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI. SEMOGA BAHAGIA DAN GEMBIRA SELALU. SEMOGA CEPAT-CEPAT DAPAT MENANTU...
Kek ni diambil resepinya dari umah Kak Jun. Resepinya dari sifu, k Liza. Ini merupakan percubaan kali kedua atas resepi yang sama. Tapi aku lebih puas hati dengan hasil yang pertama tu dari yang kedua ni. Sementara untuk toppingnya pula aku ambil di rumah kak Ummi. Resepi asal dari Noreen UK.
Bahan Untuk Kek
180gm butter
250gm gula
3 biji telur
300gm air (akak ganti fresh milk)
250gm tepung}
50gm serbuk koko}
1 sudu kecil baking powder}
1 sudu kecil soda bikarbonat} ayak
pukul butter n gula hingga kembang n gebu. masukkan telur sebiji2. masukkan campuran tepung. masukkan air n gaul rata. bakar pada 180'c selama 50-60 min.
Bahan Untuk Ganache/Icing:-
*1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
*1 sudu teh esen vanila
*1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
*1/3 cawan serbuk koko
*sedikit garam
Cara Membuat:-
1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
2. Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
3. Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
4. Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
5. Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.
Roti Telur
Limau Rayeee
Gong Xi Fa Cai... ang pow lai, lai...
Hari Selasa lepas masa Boy balik dari sekolah, itulah yang dia cakap. Masa tu dia berdiri depan pintu rumah dengan kasut dan stoking yang basah sebab hujan. Baju dia tak basah sebab dia pakai baju hujan. Cuma seluar dia di bahagian bawah saja basah. Aku tau dah... mesti itu cikgu dia yang ajar. Sebab tengahhari tu bermula pukul 11.45 pg dia akan ada Kelas Bahasa Mandarin yang diajar oleh Cikgu Lee. Memang dari darjah 1 lagi Boy dipilih untuk masuk kelas ni. Tapi darjah 2 ni, sekolah tak pilih. Kepada ibu bapa yang nak hantar anak mereka belajar boleh terus masuk ke kelas tu yang bermula jam 11.45 pagi - 1 tengahhari setiap hari Selasa dan Khamis.
Tapi tahun ni tak ramai yang masuk kelas tu. Termasuk Boy adalah 5/6 orang murid je. Tapi tak apalah... kurang pelajar, Mr Lee boleh more fokuslah, kan.
Adalah 2/3 orang ibu-ibu yang sebaya dengan Boy macam merungut. Sebab tahun lepas sekolah memilih sangat. Anak-anak dia orang tak terpilih untuk masuk kelas. Tahun ni barulah nak terbuka. Tapi sebab dia orang tak hantar anak2 dia orang ke kelas tu tahun ni kerana dr tahun lepas dah tak belajar. Emppp terpulanglah kan...
Okey... jom makan limau... limau ni hb bawak balik dari office dia. Tahun ni dan tahun lepas kami dah tak mewah sangat dengan limau raye ni. Kalau tahun-tahun sebelumnya memang makan sampai lebam. Berkotak-kotak hb bawak balik sebab ramai kontraktor yang bagi limau. Lebih-lebih lagi tahun ni seorang kontraktor berbangsa Cina, (Mr Jimmy) yang baik dengan hb dah berhijrah ke Hong Kong. Emppp nampaknya tahun ni hb tak dapat ang pow lah dari Mr Jimmy...
Wednesday, January 21, 2009
Pisang Bakar Berkeju
Salam pagi Rabu kawan-kawan... Hemppp mate ni rase macam nak tutup je ni... Semalam dibantainya Mierza meragam. Tapi mama ni faham. Mierza bukan saje2 meragam tapi tekak dia sakit. Mierza tengah batuk dan selesema ni. Kesian dia... Batuk tu kering je bunyinya. Mesti tekak dia sakit dan pedih, itu yang buat dia meragam tak tentu hala. Tapi mama marah sangat sebab Mierza tak mo makan ubat. Jenuh mama suap, habis sampai tumpah sebab dia melonjak-lonjak. Aku ni ada kehairanan sikit... Anak aku 3 orang - 2 lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki2 ni 2/2nya penakut makan ubat. Tapi yang pempuan sorang ni, buat ubat mcm gula2. Ish... macam2 perangai anak2 ni kan...
Oklah... tak payah celoteh lagi... tengahhari ni for sure aku kene tidur. Pagi ni tadi aku bangun pun, kepala aku sudah ada nyut nyut nyut... Kalau aku tak tidur, for sure jugaklah aku akan sakit kepala menjelang malam nanti. Kalau mama sudah sakit kepala... anak2 akan sangat susah sebab mama akan bad mood... ish kate tadi tak mo celoteh2 lagi... hehehehe
Okey lagi... ni breakfast kami pagi ni. Ambil resepi ni dari MyR oleh Azwalissa ye puan-puan semua... Resipi ini sangat simple dan menarik.
Bahan-bahan ( Seorang )
* 2 biji Pisang Montel
* Keju Parut
* Susu/ Krimer Manis
* Sos Coklat (Hersey's) - kalau tak ada, guna bancuhan serbuk milo + air or cooking chocolate pun boleh.
Cara-cara
1. Kopek kulit dan potong 2 memanjang pisang tersebut.
2. Bakar dalam oven (suhu 180°c selama 2 minit atau bakar guna api dapur sampai pisang agak layu dan berbau wangi.
3. Sapukan krimer manis pada bahagian tengah pisang dan katup semula. Curah sos coklat dan taburkan keju parut.
4. Siap...! nyum! nyum!
Untuk sos coklat tu aku tak de Hersey's jadi sosnya aku buat sendiri.
2sb serbuk coklat
1 1/2 sb susu pekat manis
5 sb air panas
Campur semua bahan dan dikocok2 (hahaha) hingga sebati.
Tuesday, January 20, 2009
Choc Chip Muffin
Ape ke hallah dengan tuan rumah ni kan... tak cukup siang, malam2 pun baking. Eh, suke hati mak la nyah! Hahaha!!!
Ni kes nak mengisi kebohsanan sambil melayari internet yg asyik padam. Tapi alhamdullillah malam ni tak susah sangat nak reconnect balik. Jadi bolehlah masukkan n3 ni terus malam ini juga.
Amacam? Menggiurkan tak biji mate korang tengok choc chip muffin aku ni? No No... ini bukan kes nak menunjuk ke hape. Resepi pun resipi cilok kat umah kak Ummi... thanks ye kak ummi sebab resepi muffin ni memang sedap. Buat bebanyak ni (tak la banyak sangat... ada la dlm 25 ketul) sebab esok cadangnye nak bawak pergi sekolah Boy. Saje nak menjamu mak2 orang yang sama menunggu anak2 dia orang macam aku tu la... menjamu sambil marketing (sambil menyelam minum air... pe salahkan???) hehehe. Tapi apa2 pun yang penting IKHLAS...
Bahan:-
* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan serbuk koko
* 1 cawan gula kastor
* 1 sk baking powder
* 1 sk soda bikarbonat
* 1/2 sk garam
* 1 cawan fresh milk
* 1 biji telor - pukul sikit
* 1/3 cawan minyak
* 1 sk esen vanila
* 3/4 cawan choc chips
Cara Membuat:-
1.Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
2.Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
3.Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
4.Masukkan choc chips.
5.Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)
Kuey Teow Goreng
Cili Jeruk
1st time buat dan alhamdulillah...menjadi. Aku dan hb mmg suka makan cili jeruk kalau makan mee, bihun dan kuey teow. Kalau makan kat kedai yg sediakan cili jeruk ni mmg tak lepaskan peluang makan. Kalau kat rumah, makan kosong je laa sbb biniknya ni selalunye menu tersimpan je dalam kepala. Biler masa nak buat, lupe nak beli cili hijaulah bagai. Tapi itu bukan bermakna biniknya ni sengaja carik alasan sebab malas tau... no... never... heeee
Resepi simple dan mudah ni ambil kat MyR oleh Kak Jun. Thanks k Jun and halal la ye... nak kopipes je ni, heeee
Bahan-bahan ( 1 balang kecil )
* 5-6 cili hijau-potong n buang biji
* 1 cawan cuka
* 1 cawan air
* gula
Cara-cara
1. masak air n cuka hingga mendidih. masukkan gula.
2. masukkan cili n tutup api bila cili berubah warna.
Gulai Lemak Daging Bakar & Mangga Muda
Pagi2 semalam jalan2 kat rumah k Ina, nampak dia buat lala goreng... emppp sedapnye...teringin dah. Lepas hantar Boy ke sekolah tengahhari tu singgahlah kedai. Nak cari lala ape lagi... tapi budak kedai tu kate tak ada. Mase tgh belek2 tong ikan tu, nampak daging. Teringin pulak nak buat gulai lemak daging bakar. Beli la daging. Cari pulak belimbing kecik2 tu..emppp xde. Huhuhu banyaknye halangan. Tapi sebenarnya bukanlah halangan. Udah pergi kedainya tengahari rembang memanglah banyak barang dah tak ada, kan???
Sekali budak kedai tu bagi aku mangga muda. Bagi saja. Alaaa budak kedai tu mmg dah biase dgn aku. Selalu sembang2, gurau2 dan gelak2 bersama. Emppp bolehlah gantikan belimbing kecik tu dgn mangga muda. Masam gak kan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
My Cute Banner