Followers

Thursday, January 01, 2009

Macaroni Chicken Cheese


Siaran ulangan lagi... Sebelum ni dah buat macaroni ni tapi guna udang. Kali ni letak ayam pulak. Tak kisahlahkan... yg penting sodap masuk tekak sendiri. Hari tu aku buat tak letak resipi sbb nak cepat nak g tgk wayang. Hari ni pun sebenarnya nak cepat sbb nak g shopping kat SOGO tp hb baru masuk bilik air tu. So ada masa sikitlah ni...

Bahan-bahan
100g macaroni - direbus dengan 1 sk garam, 2 sb minyak
Bawang besar - dipotong kiub
Ayam - dipotong kecil2
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Oregano
Garam

Sos Putih
2 sb marjerin
1 1/2 susu segar
2 s/b tepung jagung / tepung gandum
Garam

Cara-cara (Sos Putih)
- Dengan api perlahan, cairkan marjerin. Masukkan susu segar. Biarkan sekejap. Masukkan tepung. Gaul rata. Biarkan pekat sikit dan tutup api.

Cara-cara (Macaroni)
-Goreng bawang besar hingga layu. Masukkan ayam. Biarkan seketika dalam kuali sambil dikacau.
-Tuang macaroni yg dah ditos. Campurkan serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan oregano. Kacau sebati. Perasakan dengan garam. Kacau seketika dan tutup api.
-Masukkan separuh macaroni goreng dalam bekas tahan panas. Tuang serata separuh sos putih. Masukkan separuh lagi macaroni goreng & sos putih.
-Taburkan mozarella cheese di permukaan sos putih. Bakar 180 c selama 10 minit.
-Sedia untuk dimakan. Sangat sedap dimakan ketika masih panas...

2 comments:

ai said...

uishhhh...soping lagik besen aku ni. huhuhu..dengki wooo!

~~ciklinn~~ said...

sedapnyer.......menjilat jari nie..

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)