Followers

Wednesday, January 07, 2009

Sandwich Telur


Ini sarapan pagi kami hari ni... Baby nak bawak bekal ke sekolah walaupun papa dan mamanya dah cakap tak payah sebab kat sekolah tu ada sediakan makanan. Tapi Baby... kalau dia kate dia nak tu, maka kena jugaklah diturutkan. Kalau tak turutkan mulutnya mak oiii panjang sedepa. Getiksss betullah nak dare sorang ni...

Resipi yg simple dan bahan2nya pun simple jugaklah ye...

Bahan-bahan
Roti Gardenia dan seumpamanya
Telur
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Garam
Mayonis
Butter

Cara-cara
Telur direbus hingga masak. Kupas kulitnya dan hancur2kan. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah. Campurkan mayonis. Gaul rata.
Sapukan butter pada roti. Kemudian sudukan telur bermayonis tadi di permukaan roti. Lapiskan dengan satu keping roti lagi yang telah disapukan dengan butter juga.

Senang je kan...???

3 comments:

MUMMY ILA said...

alamak terliur aku kak za..

xpe..xpe..aku tgh makan sandwish tuna ni..:D yummy

halen said...

hi tuan umah arini bf sandwish erkkk..
lama x jenguk apa kabar??
bz kt dapur ker...:p

Rafizah Nordin said...

ila,sandwich jugak ye...

halen,kaba baik.segala2nya bz nih...amaklum anak2 baru stat sekolah kan...?

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)