Followers

Thursday, January 22, 2009

Roti Sosej Berkeju


Hish, dalam malas2 mama ni, sampai dua kali buat sarapan. Hambik!!! Bukan apa... roti telur tadi buat lima keping je. Baby dah makan 2 keping sebelum pergi sekolah tadi. Mierza ambil sekeping. Tapi si kenit tu biaselah makannya kan... lebih banyak buang dari masuk mulut. Tinggal dua keping. Selalunya memang cukuplah untuk Boy. Sebab nanti dia akan makan nasi pulak sebelum hantar ke sekolah. Tapi tak sedarnya masa mama dia ralit ngadap lap top ni, si Mierza capai pinggan berisi roti telur tu. Habis dibuatnya roti canai atas lantai. Huh, bertuah sungguh Mierza cayang ni. Memang nak bagi mama rajin. 1 st kena mop lantai sebab lantai dah melekit sikit. 2nd mama kene buat something yang lain untuk makan pagi si Boy bile dia bangun tidur.

Roti ni ada nampak kat rumah Hana Jepun tahun lepas. Tapi Hana salut roti tu dengan tepung. Aku malas nak bancuh2 tepung jadi aku salutkan dengan telur saja. Jom kite layan resepi...

Bahan-bahan

4 keping roti
4 batang sosej
2 biji telur - dipukul
Cheese - aku pakai cheese pizza tu
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Rebus sosej sekejap.
Gelek roti. Taburkan cheese di atas roti. Letak sosej dan gulung roti. Celup dalam telur yang sudah digaram. Masukkan dalam kuali dan goreng hingga coklat. Angkat dan toskan seketika sebelum dhidangkan.

6 comments:

MUMMY ILA said...

mama..nakkkkk!!

ai said...

cheez yg aku xleh tahan tu!!! adoiiiiiiiiii..nak gk weiiii

Eda said...

ngko nak abiskan stok keju ke..semua nye berkeju..ekeke..tapi klau ade cheese lag sodap..kena plak ngan sosej...

Rafizah Nordin said...

ila,
ngangeeeeeeee!!!

ai besan,
lihatlah cheese yang meleleh itew, heee

eda,
ebih kurang camtu gak la...

Nur Syafawati said...

NI MMG FAV AKU NI..ROTI TELOR BERSOSEJ+KEJU!! PERGH..TANGKAP LELEH...KALAU AKU JADI ANAK KO KAK ZA..ABIS AKU TELAN SORANG SEMUA TU..LAHAP..KAHHH

Rafizah Nordin said...

sya,
mujur ko tak jadi anak aku, heeee

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)