Followers

Wednesday, January 07, 2009

Colek Ikan Kembung


Ampun Kak Za... bukan ku sengaja mengubah resipi ni tapi disebab kemalasan nak keluar dan pergi kedai carik ikan tenggiri membuatkan aku buat jugak resipi ni tapi menggunakan ikan kembung yang sedia ada di dalam peti sejuk tu... Bolehlah ye kak... kira halal ye... hehehe... Lagi sekali nak minta ampun sebab kite copy paste je ni... kes malas lagi nak menaip resipi... hehehe lagi!

Bahan-bahan ( 1 hidangan tengahari )

* 4 keping ikan tenggiri
* 1/2 cawan air masak
* 2 sudu besar gula
* 2 sudu teh garam
* 5 biji cili api
* 2-3 biji limau nipis
* 1 inci belacan (bakar sikit)
* 1 biji tomato (potong dadu)
* 1 biji bawang besar (potong dadu)
* Sedikit daun ketumbar (hiris)

Cara-cara

1. Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dlm oven hingga masak.(Kalau bakar dgn kayu arang lebih sedap)
2. Campurkan air masak,cili,garam,gula,belacan dan perahan air limau dan blend. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dlm bekas dan gaulkan dengan bawang,tomato dan daun ketumbar.
3. Tuangkan kedalam pinggan berisi ikan yg telah dibakar.Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.

3 comments:

MUMMY ILA said...

sedapnyeeee....malam ni nak masak ikan gulai tempoyak la

MUMMY ILA said...

opps tu bkn ikan tengiri ye puan2...!! kahhh

Rafizah Nordin said...

ila oiii banyaknya tempoyak?bak le sikit!!!

ya, ya... itu bukan ikan tenggiri ya puan-puan...

hehehe ila...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)