Followers

Friday, January 16, 2009

Karipap Senang


Hari ni buat karipap sebagai minum petang sekaligus makan malam kami. Sebelum hantar Boy pergi sekolah tengahhari tadi, aku bancuh kulit karipap. Lepas buat bulat2 dan susun dalam bekas, aku tutup dan biarkan dia berehat. Balik dari hantar Boy terus buat intinya pula.
Kulit karipap ni resepi aku sendiri. Memang setiap kali buat karipap aku akan buat macam ini je... mudah dan ringkas. Aku rasa ramai jugak yang buat karipap macam ini...

Intinya aku pakai kentang dan mince meat. Ni 1st time campurkan denga mince meat. Sebelum2 ni aku letak ayam.

Bahan-bahan (Kulit)
150g tepung gandum
1/2 cwn air suam
1/2 sk garam
3 sb minyak
1/2 sk serbuk kari

Cara-cara
Campurkan garam dengan air.
Dalam mangkuk, campurkan tepung dan minyak. Masukkan air sikit2 dan uli tepung hingga jadi doh yang tak lekat kat tangan.
Buat bulat2 kecil dan susun dalam bekas. Biarkan seketika.
Panaskan minyak dalam kuali.
Canaikan doh nipis2 dan letak inti. Kelim keliling karipap dan goreng dalam minyak panas dan tenggelam hingga kekuningan...

Bahan-bahan (Inti)
Ubi kentang
Daging cincang/mesin
Bawang besar
Bawang besar
Cili kering kisar
Serbuk kari
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara (Inti)
Goreng bawang besar dan putih hingga kekuningan. Masukkan semua bahan dan kacau. Masukkan air sikit2 untuk empukkan kentang. Tutup kuali, guna api kecil untuk tunggu kentang empuk. Perasakan dengan garam.

2 comments:

ai said...

walaupon karipap kau ni nampak burok, tp aku yakin rasanya sedap! ;P

Rafizah Nordin said...

ai besan, heeee mase goreng tu aku mmg tunggu dia jadi gitu...pada aku klu dia gerutu tu barulah sedap rase kulitnye tu...tp klu kulitnye tu licin je i don like!!!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)