Followers

Thursday, January 22, 2009

Gulai Lemak Udang Nenas


Okey, okey... ni n3 yang terakhir. Terakhir untuk hari ini la ye...
Ni kes terkesuma tengok Hana Jepun buat gulai lemak udang nenas semalam. So hari ni jadi menu makan malam hb pulak. (Aku tngh fikir2, hari ni nak makan nasi ke tidak. Rasenye harus aku MC diet hari ni. heheheh) Aku masak gulai ni memang dari tengahhari tadi. Tapi lepas tu aku bergegas ke klinik kesihatan bawak Mierza untuk cucuk imunisasi. Punyelah nak cepat sampai tak menyempat nak masak nasi. So sekarang ni dah pukul 6.30 petang. Sat lagi hb balik. Selalunya hb ni kalau balik, salin2 baju & terus serbu meja. Kemungkinan besar aku akan join dia makan karang, heeee

Bahan-Bahan

* 1/2kg udang
* 1biji nenas- hana gune nenas tin jerk! FIZA - PUN PAKAI NENAS TIN SBB FIZA MALAS NAK BUANG MATE NENAS KLU BELI SEBIJIK
* *4 biji bawang merah
* *3 ulas bawang putih
* *1/2 inci kunyit hidup
* 2 sb lada boh/ lada giling
* Sedikit belacan ( agak-agaklah tapi tak de pun tak pe) FIZA - TAK LETAK.LUPE!!!
* 1 batang serai
* garam, gula dan pak aji kalau suka
* 1 1/2 cawan santan pekat (300gm).
* 2 cawan air ( kepekatan dan banyaknya kuah ni ikut citarasa masing2)

Cara-cara

1. Bersihkan udang dan buang muncung dia.
2. Potong nenas ikut suka.
3. Tumbuk bahan-bahan bertanda *. Masukkan air ke dalam periuk bersama lada boh, belacan dan serai yang dititik. Masak sampai mendidih.
4. Masukkan nenas yang sudah dipotong dan masak hingga nenas separuh masak.
5. Masukkan santan pekat ke dalam periuk. Kena jagalah jangan sampai pecah santan.
6. Bila kuah dah mendidih masukkan udang. Bolehlah letak garam, gula dan perasa ikut sesedap rasa. Jangan masak udang lama sangat sebab nanti hilang manis dia dan isi udang akan jadi keras

3 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam kunjung dari Pak karamu
Eh udang!

Rafizah Nordin said...

Selamat Berkunjung Pak Karamu...
iye betul... itu udang.

Nur Syafawati said...

aku nak udang ajek leh x???

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)