Followers

Sunday, January 04, 2009

Coklat Chip Cookies


Buat malam semalam. Bekalkan sikit untuk anak buah aku, Fatyn yang dah balik asrama (Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor). Pagi tadi kami hantar ke 'penjara' tu semula setelah lebih sebulan 'dibebaskan'. Tapi kalau diikut2kan dia taklah bebas sangat. Dunia luar skarang ni menakutkan jadi remaja seusia dia memang amat menakutkan kalau dibiarkan lepas bebas di luar sana...
Tahun ni dia SPM. Tadi sebelum lepaskan dia masuk dorm, macam2 dipesankan, macam2 dinasihatkan. Harap2 bagaimana elok perangainya di depan kami, begitu jugalah perangai dan sikapnya di belakang kami. Alhamdullillah... sekarang ni nampaknya dia okey dan mendengar kata. Otak pun boleh pakai, boleh terima pelajaran. She's one from 10 top student kat sekolah tu... Semoga terus sukses...

Jom kite layan resipi cookies ni... tak ingat pulak sumbernya dari mana tp sah dan sahih dari internet...

Bahan-bahan
2 1/4 cwn tepung gandum
1 sk sodium bikarbonat
1 sk garam
1 cwn marjerin - lembut
1/2 cwn gula kastor
1/2 cwn gula perang
2 bj telur
1 sk esen vanila
Coklat Chip
Macadamia Nuts (aku gantikan dengan badan cincang)

Cara-cara
Sebatikan tepung gandum, sodium bikarbonat dan garam.
Dalam bekas lain, pukul marjerin, gula kastor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Masuk badam cincang dan putar terus.
Dengan menggunakan dua sudu, sudukan ke loyang pembakar yang dialaskan dengan kertas baking. Tepek 2/3 biji coklat cip di atasnya.
Bakar pada suhu 180c selama +-10 minit.
Biarkan betul2 sejuk dan barulah di masukkan ke dalam bekas kedap udara.

9 comments:

CikMin said...

wooooo...menariknyer susun sekut dia tu..minta sikit boleh??rasa sedap x?

ZiE said...

i loveeeeeeeeeeeeeeeee cookiesss.. kami laki bini memang peminat cookies.... nak sikit bole??

Jiya said...

peerghhh beskutt!! malasnya nak wat beskut. cikittt!! kak... kak... apsal beskut akak tu cuma ada dua choc chip setiap sebijik. dekut nooo!! akekekeke... tp kan kak,choc chip 2 bijik kat beskut tu nampak macam dadadadadadadada la... kikikikiki! wekkksss!! larikkk!!

Rafizah Nordin said...

cik min, sedap... betui... klu tak caye buatlah sendirik!

zie,camne eh...klu nak tau rase dia p la femes amos tu...gitulah rase dia...betui....

jiya, hang ni nakai na...nnt haku piai tinga baru hang tau...hahaha

MUMMY ILA said...

huh biskut wajib aku buat time raya..wajib gak habis cepat di pagi raya..wajib gak melayang byk duit aku kalau nak wat chip cookies ni. hehe...

xleh wat ari biasa sbb aku pun jd chip cookies ni..kembang bulat jek. hahahaha

Rafizah Nordin said...

betui tu ila...xleh wat selalu...

Aymywithlove said...

Ermm.. sedapnye misikut.. salam pekenalan.. :)

Eda said...

apsal aku buat tak bulat cantik cam ko buat ha???

Rafizah Nordin said...

eda,same resipi ke?klu ikutkan mase aku tepek kat dulang pembakar tu,aku main letak je.tp biler masuk oven & kene panas dia melt sendiri & jadi bulat seperti adenye... adunannya mmg tak leh pegang ngan tanya.kene pakai 2 sudu...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)