Followers

Wednesday, January 21, 2009

Pisang Bakar Berkeju


Salam pagi Rabu kawan-kawan... Hemppp mate ni rase macam nak tutup je ni... Semalam dibantainya Mierza meragam. Tapi mama ni faham. Mierza bukan saje2 meragam tapi tekak dia sakit. Mierza tengah batuk dan selesema ni. Kesian dia... Batuk tu kering je bunyinya. Mesti tekak dia sakit dan pedih, itu yang buat dia meragam tak tentu hala. Tapi mama marah sangat sebab Mierza tak mo makan ubat. Jenuh mama suap, habis sampai tumpah sebab dia melonjak-lonjak. Aku ni ada kehairanan sikit... Anak aku 3 orang - 2 lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki2 ni 2/2nya penakut makan ubat. Tapi yang pempuan sorang ni, buat ubat mcm gula2. Ish... macam2 perangai anak2 ni kan...

Oklah... tak payah celoteh lagi... tengahhari ni for sure aku kene tidur. Pagi ni tadi aku bangun pun, kepala aku sudah ada nyut nyut nyut... Kalau aku tak tidur, for sure jugaklah aku akan sakit kepala menjelang malam nanti. Kalau mama sudah sakit kepala... anak2 akan sangat susah sebab mama akan bad mood... ish kate tadi tak mo celoteh2 lagi... hehehehe

Okey lagi... ni breakfast kami pagi ni. Ambil resepi ni dari MyR oleh Azwalissa ye puan-puan semua... Resipi ini sangat simple dan menarik.

Bahan-bahan ( Seorang )

* 2 biji Pisang Montel
* Keju Parut
* Susu/ Krimer Manis
* Sos Coklat (Hersey's) - kalau tak ada, guna bancuhan serbuk milo + air or cooking chocolate pun boleh.

Cara-cara

1. Kopek kulit dan potong 2 memanjang pisang tersebut.
2. Bakar dalam oven (suhu 180°c selama 2 minit atau bakar guna api dapur sampai pisang agak layu dan berbau wangi.
3. Sapukan krimer manis pada bahagian tengah pisang dan katup semula. Curah sos coklat dan taburkan keju parut.
4. Siap...! nyum! nyum!

Untuk sos coklat tu aku tak de Hersey's jadi sosnya aku buat sendiri.

2sb serbuk coklat
1 1/2 sb susu pekat manis
5 sb air panas

Campur semua bahan dan dikocok2 (hahaha) hingga sebati.

4 comments:

Suzi said...

alahai kesian kat mieza...kat mak dia pun sama gak...
mcm tulah kita ni kalau anak2 tak sihat...dgn kita sekali blh jadi tak sihat...kan??

Rafizah Nordin said...

k suzi, mmg tau... tp mmg kesian klu dgr dia batuk...dah la makan ubat susah.x tau la camne tu...

Nur Syafawati said...

pisang!!!!sodapnyer..bab tabur cheese tu yg x leh tahan weh!!!dapnyer..curah lak ngan choc syrup..huhuhh..terangkat!!!

MUMMY ILA said...

pagi2 sumbat pisang.. mama dah dpt pisang dr abah.. anak punya turn lak bekpes pisang salut coklat.. nampak sedappp

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)