Followers

Thursday, January 22, 2009

Limau Rayeee


Gong Xi Fa Cai... ang pow lai, lai...
Hari Selasa lepas masa Boy balik dari sekolah, itulah yang dia cakap. Masa tu dia berdiri depan pintu rumah dengan kasut dan stoking yang basah sebab hujan. Baju dia tak basah sebab dia pakai baju hujan. Cuma seluar dia di bahagian bawah saja basah. Aku tau dah... mesti itu cikgu dia yang ajar. Sebab tengahhari tu bermula pukul 11.45 pg dia akan ada Kelas Bahasa Mandarin yang diajar oleh Cikgu Lee. Memang dari darjah 1 lagi Boy dipilih untuk masuk kelas ni. Tapi darjah 2 ni, sekolah tak pilih. Kepada ibu bapa yang nak hantar anak mereka belajar boleh terus masuk ke kelas tu yang bermula jam 11.45 pagi - 1 tengahhari setiap hari Selasa dan Khamis.
Tapi tahun ni tak ramai yang masuk kelas tu. Termasuk Boy adalah 5/6 orang murid je. Tapi tak apalah... kurang pelajar, Mr Lee boleh more fokuslah, kan.
Adalah 2/3 orang ibu-ibu yang sebaya dengan Boy macam merungut. Sebab tahun lepas sekolah memilih sangat. Anak-anak dia orang tak terpilih untuk masuk kelas. Tahun ni barulah nak terbuka. Tapi sebab dia orang tak hantar anak2 dia orang ke kelas tu tahun ni kerana dr tahun lepas dah tak belajar. Emppp terpulanglah kan...

Okey... jom makan limau... limau ni hb bawak balik dari office dia. Tahun ni dan tahun lepas kami dah tak mewah sangat dengan limau raye ni. Kalau tahun-tahun sebelumnya memang makan sampai lebam. Berkotak-kotak hb bawak balik sebab ramai kontraktor yang bagi limau. Lebih-lebih lagi tahun ni seorang kontraktor berbangsa Cina, (Mr Jimmy) yang baik dengan hb dah berhijrah ke Hong Kong. Emppp nampaknya tahun ni hb tak dapat ang pow lah dari Mr Jimmy...

4 comments:

saveme_zero said...

aku pun dpt sekotak za. ang pow pas raya..yeyeye

Anonymous said...

Hey I'd like to congratulate you for such a terrific quality forum!
I was sure this would be a nice way to introduce myself!

Sincerely,
Laurence Todd
if you're ever bored check out my site!
[url=http://www.partyopedia.com/articles/barney-party-supplies.html]barney Party Supplies[/url].

Anonymous said...

Hello. My wife and I bought our house about 6 months ago. It was a foreclosure and we were able to get a great deal on it. We also took advantage of the 8K tax credit so that definitely helped. We did an extensive remodeling job and now I want to refinance to cut the term to a 20 or 15 year loan. Does anyone know any good sites for mortgage information? Thanks!

Mike

Anonymous said...

Hi,

I begin on internet with a directory

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)