Followers

Friday, January 16, 2009

Murtabak Chapati


Hana oo Hana... dah terlaksana niat dan hajat di hati nak mencuba mende nih!!! Paratha xde dlm esbok, tgk2 Chapati jek ade. Oklah tu. Leh je la cube. Sementelahkan inti untuk karipap tadi ade lebih. Dari simpan je inti tu dalam peti ais lebih baik aku godamkan. Amacam Hana? Oklah kan... heeee... kite kopipes ye...

Bahan-bahan

* -2 keping Roti Paratha
* -Daging/Ayam (potong kecil-kecil/cincang)
* -1@2 biji Ubi Kentang (potong dadu)
* -3@4 sudu makan Rempah kari
* -2 ulas bawang putih (tumbuk)
* -1 biji bawang besar (potong dadu)
* -Garam,Gula
* -Air
* -2 biji telur (1 biji untuk 1 kpg roti paratha)- hana gune satu jek pukul2..jimatttt! heeee

Cara-cara

1. Masukkan daging ke dalam kuali,keringkan airnya dahulu, kemudian masukkan minyak diikuti dengan bawang putih.
2. Masukkan air,rempah dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
3. Masukkan bawang besar,garam dan gula.Masak sehingga kering.
4. Nipiskan roti paratha (saya guna penggelek-sapu sedikit minyak di tempat yg kita nak canai tu dan juga dekat penggelek supaya ia tidak melekat)
5. Perlahan-lahan angkat dan letakkan di atas pan yang disapu dengan sedikit minyak..(Boleh bukak api sebelum kita letakkan roti tu.Pastikan api perlahan)
6. Letakkan 3-4 sudu makan inti dengan 1 biji telur (pukul sikit telur tu)- sebiji telur untuk sebiji roti...
7. Letakkan inti di atas roti kemudian lipat. Letak sedikit minyak.Masak dengan api yang perlahan

8 comments:

hana said...

waduhh! santek gler dier punyer! inti dier tuh tk leh thn haku nengok! roti capati pon leh gak er? mmg leh kenyang nih pija makan nih ngan karipap tuh! rajin la mek ja nih! anto skit ke jepang!!

Rafizah Nordin said...

hana,jepang sory, tapi klu sepang InsyaAllah... hahaha

ZiE said...

makan lagi? tak tahannya tengokkkkk sib bek tengok malam kalau tengok sebelah pagi maunya aku tuntut ini murtabak. hahahhaha

Rafizah Nordin said...

zie, hahaha jugak!!!

IdzaRis said...

amboi..
penulis buku novel juga terer memasak ya...
tahniah..

Rafizah Nordin said...

IdzaRiz,
ala...kite masak biase2 je...saje cube2 resipi...

Eda said...

pakai roti paratha?? huh aku dulu tery buat tapi pakai kulit popia..haha..hasilnya sangat menyakitkan ati..koyak rabak..kahhhh

Rafizah Nordin said...

eda,
aku pun pernah buat pakai kulit popia tapi tak pulak sampai koyak rabak.
atau pun klu ko try lain kali, ko bentangkan dulu paratha/kulit popia kat atas kuali leper tu.barulah ko sudukan intinya. then baru lipat.
selamat mencuba ye...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)