Followers
Tuesday, January 20, 2009
Fruit Jelly
Ni our dessert lepas makan nasi tadi. Hb le yang makan, aku tak... resepi dari k Yani @ MyR. Resepi ni simple je tapi yg azab tu nak mengeluarkan isi oren tu, mak oiii payah jugak. Aku korek dengan sudu. Buat ganas2 kang koyak pulak muncungnye tu. Jadi kenelah koyak dengan tahap kesabaran yang tinggi. Allhamdullillah...menjadi jugak... and hasilnya tak mengecewakan. Lain kali nak try buat pakai tembikai pulak...and of coz aku akan post sini.
Bahan-bahan ( 2 orang )
* 2 biji limau- large size
* 4g serbuk agar-agar
* 500ml air + jus limau
* 50g gula
* secubit garam
Cara-cara
1.Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
2.Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
3.Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
4.Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)
5.Kalau guna oren buatlah 4 biji. Mungkin susah sikit nak keluarkan isi oren berbanding dengan limau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
My Cute Banner
3 comments:
eeeeeeeeeeee..kretipnye!!!
ai besan,
tq...tq...
menarik k.za..menarik...
Post a Comment