Followers

Tuesday, January 20, 2009

Choc Chip Muffin


Ape ke hallah dengan tuan rumah ni kan... tak cukup siang, malam2 pun baking. Eh, suke hati mak la nyah! Hahaha!!!
Ni kes nak mengisi kebohsanan sambil melayari internet yg asyik padam. Tapi alhamdullillah malam ni tak susah sangat nak reconnect balik. Jadi bolehlah masukkan n3 ni terus malam ini juga.
Amacam? Menggiurkan tak biji mate korang tengok choc chip muffin aku ni? No No... ini bukan kes nak menunjuk ke hape. Resepi pun resipi cilok kat umah kak Ummi... thanks ye kak ummi sebab resepi muffin ni memang sedap. Buat bebanyak ni (tak la banyak sangat... ada la dlm 25 ketul) sebab esok cadangnye nak bawak pergi sekolah Boy. Saje nak menjamu mak2 orang yang sama menunggu anak2 dia orang macam aku tu la... menjamu sambil marketing (sambil menyelam minum air... pe salahkan???) hehehe. Tapi apa2 pun yang penting IKHLAS...

Bahan:-

* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan serbuk koko
* 1 cawan gula kastor
* 1 sk baking powder
* 1 sk soda bikarbonat
* 1/2 sk garam
* 1 cawan fresh milk
* 1 biji telor - pukul sikit
* 1/3 cawan minyak
* 1 sk esen vanila
* 3/4 cawan choc chips

Cara Membuat:-

1.Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
2.Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
3.Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
4.Masukkan choc chips.
5.Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

6 comments:

ai said...

KAU MEMANG!!!!!! huh!

~sian tekak aku yg demam ni. kalau dpt mkn muffin ni musti berselerakan besen kannnnn? kau x kesian kat aku ke????????

Aymy with love said...

omakkk aii.. tergoda den.. mai secawannn... Ngeee...

CT Delima said...

comel2 nya muffin fiza ni yer..secomel org nya hehehe

Rafizah Nordin said...

besan,
org demam kena makan bubur.xleh makan muffin, hehehe

aymy,
apo yg ko minta secawan tu milah???

k ct,
comey ke daku ni kak?tembun ade la...hahaha

eLYies said...

huwaaaaaaaaaaaaaaaa..terujanya.....leleh air liur aku...

Rafizah Nordin said...

yies, sabo...sabo eh...heee

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)