Followers

Monday, January 19, 2009

Mini Pizza


Pagi semalam ada rajin sikit... pepagi dah menguli tepung nak buat pizza. Dohnya tu amik kat rumah Noreen UK dan ada edit sikit. Pizza ni bukan untuk makan sendiri2 je tapi bawak pergi rumah kakak aku kat Sepang. Anak2 buah (anak2 kak Yong) memang suka makan pizza. Habis dia orang je mengerjekan. Dan mama dia orang ni sangatlah puas hati kerana dapat menggembirakan anak2 buah yang aku sayangi itu.


Bahan-bahan
250g tepung roti
5g yis kering
Air suam secukupnya
3 sb minyak
1 sb lemak sayuran
1 sb madu
1/2 sk garam
Cheese

Cara-cara
Dalam satu mangkuk kecil, letakkan yis kering dan 5 sb air. Biarkan seketika hingga yis kelihatan berbuih.
Dalam mangkuk besar, masukkan tepung dan bahan-bahan lain bersama yis yang dah berbuih. Gaul rata. Masukkan air sikit demi sikit dan uli tepung hingga jadi doh yang tak melekat kat tangan.

Untuk isi pizza aku letak nenas, cendawan, sosej dihiris2, lada benggala yang dipotong dadu kecil2. Tabur mozarella cheese kat atasnya macam biasalah kan...klu tak de taburan cheese kat atas tu, bukanlah pizza namanye...

No comments:

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)