Followers

Wednesday, January 28, 2009

Ape ke yang di busy kan tu ye...???

Ada ke yang hairan dan tertanya2 ke manalah si Fiza ni??? Selalu tu bukan main lajunya memasak ye... tetiba je senyap sunyi. Masuk n3 pastu diam. Langsung tak jalan-jalan jenguk ke rumah kawan-kawan blogger membalas kunjungan.

Pertama sebab tenet giler lembap dan menyakitkan hati. Dan yang kedua, Puan Fiza ni sibuk ke sana ke mari. Ke sana ke mari ke mana tu eh... Jom kite ikuti serba sedikit jadual jalan-jalan Puan Fiza ni... (Ada ke yang nak baca ni??? belasah je la...)

Bermula 23 January - Jumaat
Hari ni last Boy sekolah. Lepas hantar Boy ke sekolah aku terus parking kereta kat stesen komuter Kampung Datok Harun. Masa tu pukul 2.30 petang. Buat ape parking kereta kata situ? Tunggu anak buah aku si Fatin. Dia balik dari asrama hari ni dah terus ke rumah aku. Tunggu punya tunggu punye tunggu tapi si baju meroon ni tak timbul2. Padahal macam-macam kaler baju dah turun dari train dan lesap dari pandang. Ada kaler kuning batik, putih biase tu, kaler unggu batik kain putih dan sebagainya. Tapi yang baju kurung kaler merah hati dan kain corak pelikat merah tak nampak2. Tapi aku terus jugak sabar menunggu. Sampailah pukul 4. Barulah train berhenti dan terpacul muka anak buah aku si Fafa di seberang jalan sana. Legalah hati ni...risau jugak kalau apa-apa terjadi sebab dia tak ada handphone (asrama tak leh bawak).
Sampai rumah, kalau anak buah aku ni ada memang sah2lah aku bagai diharamkan pegang laptop sebab anak buah aku ni je yang konker. Almaklum le budak baru keluar 'penjara'.... tapi aku tak kisah asalkan dia nampak depan mata aku dan aku tahu dia menjelajah ke mana di alam cyber ni....

24 January 2009 - Sabtu
It' my birthday...

Sebab utama Fafa dipanggil balik ke rumah aku cuti ni adalah untuk menjadi babysitter, heeee... sebab mama & papa nak keluar bujang. Celebrate ke mana eh?
Keluar pukul 12.30 tengahhari. Sebelum tu aku dah cek kat internet tayangan cerita MAUT. Cuma ada kat GSC dan GSC yang paling dekat adalah di Mid Valley. Jadi kami pergi sanelah. Istimewa jugaklah... bukan sebab tonton kat VIP Room, tidak... tidak... tapi sebab hb memang tak suka tengok wayang. Tapi demi untuk memenuhi permintaan isterinya, dia ikut je la... Thanks abang...
Lepas tengok wayang, kami makan Secret Recepi. Sebelum ni kami baru je makan dengan anak2 kan... kali ni makan berdua saja, aman! hahaha!!! Hb ikutkan je tekak dan selera isterinya ni. "Oklah... b'coz today is yo birthday, i ikut je la you nak makan apa pun..." hahaha thanks again abang...
Sebelum balik singgah JJ tukar kad voucher for bday... nampak gerai takoyaki. Singgah & beli 2 set Chicken Ham & Cheese untuk Fafa dan anak2...

25 January 2009- Ahad
Pagi-pagi siap-siap pergi rumah Kak Yong nak jenguk mak sekaligus hantar Fafa. Mak Ina (kakak aku yg kedua duduk Bgn Datoh) pun ada datang sini. Lebih kurang pukul 3 petang, 5 buah kereta saudara mara datang rumah Kak Yong jenguk mak. Terima kasih diucapkan pada Achik Rein sekeluarga sebab meluangkan masa. Malam nilah kami buat 'brutal celebration'. Kek tu adalah resepi Kak Ummi - Kek Coklat Moist dan toppingnya. Lupa nak tangkap gambar.
Tak dapat nak tidur rumah kak yong sebab esok dah dah ada program. Sampai rumah dah pukul 10.30 malam. Masa tu on jugak laptop. Tapi internet sgt lembap yang menyumbang pada kemengantukkan (bahase ape ni???) mata ni. Jadinya tutup internet dan dapatlah sambung menulis 1 bab sampai pukul 2 pagi. Tapi sebelum nak tidur tu ternampak handphone hb. Teringin pulak nak main game. Capai handphone dia dan main game leka sampai pukul 4 pagi. Ish 3x... ralit sungguh!

26 January 2009 - Isnin
Pukul 6.30pagi, hb kejutkan. Program... kami dah ada program hari ni. Dari semalam ayam dah keluarkan dan rendam dalam air. Ha, pukul 4 baru tidur, pukul 6.30 pagi dah bangun. Berapa jam saja aku tidur tu? Tapi nasib baiklah ok, tak goyang. Program ke mana tu eh???
Kalau diikut2kan program berkelah ahli persatuan blok tempat tinggal aku ni nak dilakukan pada 1 Feb yakni hari Ahad akan datang ni. Tapi banyak bantahan sebab masing2 sibuk nak hantar anak2 balik asrama dan macam2lah alasan. Jadi acara berkelah ni dicepatkan.
Aktiviti berkelah di Sungai Ulu Sendat, Hulu Selangor. Untuk aku dan anak2 ini merupakan kali pertama kami ke tempat ni. Untuk hb, ni kali kedua. Kali pertama dia pergi minggu lepas dengan kawan2 blok ni untuk tengok2 dulu sebab pada mulanya dia orang ni bercadang nak camping di sana. Tapi tak jadi sebab kawasan tu memang jauh ke dalam. Takutlah apa2 hal tengah2 malam sebab bukan hanya aku yang beranak kecil....
Bekalan kami nasi lemak dan sambal ikan bilis serta ayam goreng. Aku pun buat Kek Pisang Ala Inggeris dari resepi Kak Yatt tapi aku terlupa lagi nak tangkap gambar. Ish, fault betullah!!! Kami pergi konvoi 9 buah kereta +- 40 orang termasuk kanak-kanak.
Jom layan aktiviti mandi2 kami. Ni first time aku naik tali hayun ni (haram aku tau ape name panggilan mende ni...bg tau sat...) besh gak. Sampai 2x aku naik. Bayarannya satu kali RM2. Si Boy lagilah... 3x! Tapi org tu bagi diskaun RM5 je bayar. Berani sungguh anak jantan aku tu...




Lepas mandi2 kami terus balik kampung hb. Hulu Selangor tu dah tak jauh dengan Slim River, kan... lagi pun sejak mak tak sihat, kami memang tak balik2 dah. Kali terakhir pada Hari Raya Haji yang lalu...

27 January 2009 - Selasa
Bertolak dari kampung pukul 10 pagi. Berhenti kat Hentian Jejantas, makan pagi sekaligus makan tengahharilah... Boy & Baby sibuk nak makan A & W. Begitu jugaklah dengan mamanya. Papa makan nasi. Sampai rumah, rehat-rehat sekejap. Hb sempatlah buat appointment dengan bantal. Aku masuk kain sambil bungkus kain baju sebab nak pergi rumah Kak Yong semula sambil2 masukkan air dalam mesin basuh kain - basuh baju seluar basah mandi2 semalam.

Mak minta kami buatkan kenduri kesyukuran. Tak buat kenduri besar2 pun. Sekadar hantar nasik dan pulut kuning kat surau dan makan2 di rumah ajak kawan2 kak yong yang banyak bantu kak yong dan emak selama mak tinggal kat rumah kak yong.

So, hari ni memanglah tak on9 sebab tidur kat rumah kak yong. Pernah sekali bawak laptop dan bband ke rumah kak yong tapi 'line longkang'. Jadi lepas tu sampailah semalam aku memang tak bawak laptop dan bband kalau nak ke rumah kak yong.


28 January 2009 - Rabu
Hb masih cuti. Cuti lama. Selasa depan barulah dia kerja. Isnin tu dia cuti ganti hari Ahad tu - Hari Wilayah sebab syarikat dia bekerja tu beralamat Kuala Lumpur. Baby sepatutnya dah mula sekolah hari ni tapi tak hantarlah sebab pagi di rumah Kak Yong. Boy pula hari Isnin ni baru mula sekolah. Sekolah dia cuti lama sebab boleh dikatakan ramai jugalah murid berbangsa Cina dan guru besarnya pun berbangsa Cina.
Pukul 9.45 pg bertolak dari rumah kak yong balik ke rumah. Bawak Fafa.
Kak yong dan Mak Ina serta suaminya nak bawak mak pergi Hospital Serdang untuk cuci luka operation tu.
Aku sampai rumah tak tahulah pukul berapa. Mandi2 dan siap2. Keluar semula pergi bank. Keluar berdua saja dan naik motor sajalah. Jadi mat dan minah rempit sekejap. Pergi bank buat apa? Cek akaun dan update a/c book sebab aku dan hb bercadang nak beli rumah Mak Ina kat Taman Bukit Puchong.
Mak Ina & suami dia sampai bank. Cerita2 dengan officer dan kami pergi pejabat. Tanya balance hutang, kelayakkan dan prosedur. Lepas tu ingatnya nak pergi ambil kunci rumah tu. Harap2lah pejabat devoloper bukak tapi tak menjadi kenyataan. Kata guard tu esok baru dia orang start keje. So pergi tengok sajalah rumah tu dari luar.
Balik rumah masak air, buat kopi dan teh. Beli goreng pisang dan buat cicah kicap cili api. Buat jamu Mak Ina anak beranak sekalilah kami makan anak beranak.
Malamnya sampailah la ni pukul 2.28pg aku dok ngadap laptop. Update blog, jalan2 (tu pun belum habis jelajah) dan sambil2 menulis...

Dah habissss....

4 comments:

nasz said...

amboi, punye la padat aktiviti akak ku yg sorg ni...

Cendana Kasih said...

Amboi..patut ler lama tak nampak...berjalan sakan rupanya. Fiza, brapa harga umah kat Bukit Puchong tu? Umah ko yg terbengkalai tu plak apa kes? Eh, meh ler servey umah kat Bandar Putra Permai ni..harga pun dalam rm150k ke atas..

Mizz_Ila said...

makoi...byknye aktiviti. siap flying fox tu. aku sukeee...
alhamdulillah nampak sihat makcik. sure dia happy tgk anak cucu ada disamping dia.

Syafa said...

ari2 ade je aktiviti ko yer kak za!!sonok nengok ko begayut kat tali tu..aku windu saat2 ituuuuuuuuuu..dulu slalu gi camping naik flying fox tu..huhuh....

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)