Followers

Wednesday, December 31, 2008

Cheesecake Brownies


Ni 2nd time buat resipi ni... pertama sekali sebab sedap dan yg kedua tergoda tengok Hana posing kek cam ni tp gune bahan2 & method yg same. Kalau ikut tuan resipi ni (Kak Jun), kek ni lapis dua je... bahagian bawahnya brownies sementara atasnya kek cheese.

Kalau nak tengok resipi ni boleh klik kat sini ye...

Percayalah kataku... kek ni memang sedap...

Jagung Manis


Konon-konon buat jagung manis ni untuk makan petang. Dah pernah buat sebelum ni. Rasenya tak yah la aku tepek resepi. Korang mesti pernah pergi pasar malam & tengok org jual jagung manis, kan?? Bahan2 yg mudah dan senang. Sedap pula dimakan. Tapikan... jagung aku ni dah lama sangat dlam freezer sampaikan biler digigit dah tak krap krup sangat. Rase mcm nak lunyai je... tapi penyudahnya abish la gak...

Hari ni hb bawak bungkusan kecil. Hb beli goreng pisang. Selalunya kalau hb balik bawak goreng pisang, isterinya ni faham2 sendiri. Kenalah bukak peti sejuk dan keluarkan beberapa biji cili api. Pergi dapur amik lesung batu dan tumbuk cili api tu dengan gula sikit. Dah lumat tu sudukan dalam mangkuk dan tuang kicap. Goreng pisang tu makan bercicah dengan sambal ketuk kicap tu mmglah sedap kat tekak hb... korang macam mana???

Kad TAHUN BARU dari Ila


Terima kasih Ila... Bukan hanya keceriaan dan keharmonian yang kita harapkan di tahun baru ini. Tapi juga persahabatan yang berkekalan... :)

Tuesday, December 30, 2008

KAD TAHUN BARU DARI AKU!!!



Khas untuk semua rakan2, teman2 dan pengunjung blog aku ini... Silelah ambil banner ucapan ini dariku untuk kalian dan tepekkanlah di blog kalian ye... Ikhlas dariku untuk semua teman2 cyber yg selama aku berinternet ni telah membuatkan aku tersenyum sendiri (kdg2 tergelak tak hingat donia) mengadap skrin yg sah dan sahihnya bende tidak 'bernyawa'. Tetapi deep in my heart (tulih omputih kauuuu...) koranglah penghibur & penemanku di kala sunyi...

Terima kasih...

pstttt... doakan tahun depan 'savingku' bertambah. Jadi tak le culas nak bayo bil broadband ni.Kalau idak tak berinternetlah aku...uwaaaaaa

Kad dr Kak Suzi


Kad cyber ni pemberian K Suzi. Terima kasih pada Kak Suzi yang berada jauh di perantauan tu.

Di kesempatan ni juga... rasanya masih belum terlambat saya nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH buat kawan-kawan semua. Alhamdullillah kite masih diberikan kesempatan dan peluang olehNYA untuk terus menghirup udara & melihat dunia ini walau masa terus berlalu, hari terus berganti dan tahun terus berubah... Moga di tahun baru Islam ini, keceriaan dan kegembiraan, keharmonian dan kebahagiaan terus menyelubungi kehidupan kita, Insya Allah... dan moga segala amalan baik kita diterima olehNYA. Segala kesilapan dan dosa kita diampuni jua olehNYA... Amin...

Puri Kentang


Uishhh teruja sungguh buat puri kentang ni. Kenapa? Sebab syiok tengok dia kembung perlahan2 tu, hehehe... Resepi ni amik kat MyR oleh Kak Fida.

Begitu konfidennya aku... baru pertama kali buat terus buat dua adunan. Bukan apa...sebab hari ni hb main badminton and aku tak masak nasi. Jadi kenelah buat sumting tuk makan2 petang nanti bila hb balik keje...
Roti puri ni aku cicah dengan sambal sardin. Boleh gak kalau makan dengan kuah kari. Ikutlah selera dan tekak sendiri... Jom layan resipi...

Bahan-bahan
125g kentang - direbus dan dilecek
120g tepung gandum
1 s/k garam
50ml air hangat
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Campurkan kentang lenyek dengan tepung dan garam. Gaul rata.
Tuang air hangat sikit2 sambil diadun hingga menjadi doh yg tidak melekat di tangan. Kalau terlebih air dan doh melekit, tambah tepung.
Tutup dengan kain basah atau plastik. Biarkan 30 minit.
Bahagikan doh kepada 8 ketul. Buat bulat dan canaikan sebesar tapak tangan. Buat sampai habis. Biarkan 1 minit - sementara panaskan minyak dalam kuali.
Goreng doh sekeping demi sekeping di dalam minyak yang tenggelam. Sambil dibalik2kan. Angkat dan toskan.
Sedia untuk dihidang bersama kuah sambal atau gulai kari.

Sunday, December 28, 2008

Jalan2 @ Subang Parade

Petang tadi, ajak hubby keluar... "...I teringin nak makan kat Secret Recipe. Lame dah tak makan..." huhuhu ayat nak pancing tu... biler hubby kate ok,rase mcm nak melompat sampai tingkat 14, hahaha!!! Kebetulan anak2 pun bangun dari tidur. Apalagi...cepat2lah suruh Baby & Boy pergi mandi. Sementara aku mandikan Mierza. Kena siap cepat, manalah tau tiba-tiba hb ubah fikiran. Alamak, frust menonggeng mama...!!! Maunye aku muncung sedepa, merajuk tak sudah. Kahhhhhh....


Kami pergi Subang Parade. Jarang2 pergi sini. Dulu2 masa dekat2 nak raye baru g sini. Suka cari baju anak2 kat Parkson Grand tp sejak Cold Starage amik alih mcm dah tak besh la pulak. Kalau sale tak meriah. Baju2nya walau dah diturunkan harga tp still rase cam mahal je...
Mula2 masuk Subang Parade aku terus tolak stroler Mierza ke Secret Recipe. Apa2 hal, kite makan dulu... hehehe... lepas tu barulah leh jalan2kan...




Nak enterframe tukang bayo...alhamdullillah, sebelum cuti krismas hb dpt gaji & final year bonus. Lebat jugaklah... leh la nak makan beso sekaligus membesokan biniknye nih.hehehe Mulut ni meringan dah..."bang, I nak rantai kaki!" since my birthday is coming up next month. apelagi...erk btambah lagi usia ku...



Hehehe...la ni org tgh sibuk belikan kasut & perlengkapan sekolah anak2, hb lak sibuk nak cari kasut jalan anak2. Hah, biarkanlah. Hb kate ada rezeki sikit ni, belikanlah kasut jalan dia orang. Raya haritu pun x beli. Dia orang pakai kasut lame je...


Dah mem'baking' giler babun pun masih teringin kek kat secret recipe ye...hehehe... teringin le... lagipun aku nak wat eksperimen kat kek karamel tu... wlupun kali kedua buat aritu dah ok tp rase masih tak puas hati. Tadi bila dah balik dah rasa kek ni & ingat balik rase kek aku haritu, memang ada rase yg beza. Nanti nak try balik wat kek karamel ni. Guna bahan2 yg sama tp method yg berbeza...

Akuatik@ Shah Alam


2nd time bawak anak2 pergi pusat akuatik ni. Dia orang memanglah suka sangat sebab anak2 aku ni mmglah pantang nampak air. Mierza pun tak kalah...
Kalau nak pergi Sunway Lagoon tu, rasanya kena tunggu anak2 betul2 dah besar & konfiden nak lepaskan dia orang main sendiri. Kalau baru besar2 ni rase cam rugi je pergi tempat tu sbb of coz kite tak bagi dia nak main mainan yg adventures kan... lagipun dia orang ada tahap umur & ketinggian yg dibenarkan. Apa2pun bayaran masuk tu tetap sama.


Lagi satu boleh gak kalau nak Desa Waterpark ke... Wet World Shah Alam tu ke... tp bayaran tu still terasa tinggi tapi permainannya sama je macam yang kat Akuatik ni. Udahnye tak boleh bawak makanan dari luar. Tapi kalau aku pergi aku tetap bawak makanan dr luar. Jenuh bersorok2 dlam baju & tuala dalam beg tu. Hahaha! Tak laratlah nak beli makanan kat dalam tu. Udahle mahal, tak sedap pulak. Huhuhu.


Kat akuatik ni bayarannya murah je... boleh bawak makanan pulak tu... ada disediakan meja dan kerusi bawah khemah. Okeylah kan... yang penting anak2 seronok & dapat lepas gian dorang nak berendam... ada dua kolam. Satu tuk kanak2 mcm dlm gambar tu. Lagi satu kolam besar tuk org dewasa. Kolam dewasa tu had paras dada aku...jadi tak takut le lemas...wahaha!!!

Deco Cookies


Buat tuk birthday anak kawan ofis hb, Shikin... umur 2 tahun... name Harith... dia nak letak dalam goodies bag...
Sebenarnya aku tak berape konfiden nak buat sebab sebelum ni aku buat tuk bday anak2, aising tu mcm takmo keras. Tapi keras jugaklah... Alhamdullillah kali ni buat okey je... Guna tiga warna je...

Rumah Kami Yang Terbengkalai...





Di atas ni gambar2 dari jalan hadapan. Semua ni rumah yg sama fasa dengan rumah aku - Fasa 1D.
Hari Jumaat yg lepas, balik dari rumah kakak aku kat Sepang, kami singgah tengok rumah teres dua tingkat yang kami beli +-7tahun lalu. Sekarang ni rumah ni dah terbengkalai. Kalau ikutkan tempoh pembinaan 2 tahun. Maknanya sepatutnya dah lima tahun aku duduk rumah ni. Tapi tak kesampaian bila projek terhenti.
Projek ni subcon Metro Tegas dari Talam Corperation. Ramai juga kawan2 kata kenapa aku beli rumah dari Talam sedangkan memang dah tau Talam memang banyak masalah. Untuk pengetahuan korang, masa aku beli rumah ni, masalah Talam ni belum bermula. Projek kat kawasan tu memang sedang rancak berjalan. Makanya kami ni tersangatlah konfiden untuk membeli rumah ni. But after that barulah macam-macam hal timbul hinggalah pembinaan rumah kami terhenti padahal kalau korang tengok sendiri, rumah aku tu hampir 100% siapnya.






Gambar kat atas nilah rumah aku. Masa beli rumah ni kami baru anak sorang - Boy. Masa tu umur Boy hampir setahun. Of cozlah masa tu niat nak menambah anak masih ada, hahaha! Jadi kami ambil keputusan ambil rumah tepi. Nanti senanglah anak-anak nak main kat luar rumah. Ada ruang... Tapi kami tak ambil 'corner lot' sbb type rumah yg kami beli tu kalau 'corner lot'nya 2 1/2 tingkat. Uishhh tak mampulah pulak... jadinya kami ambil 'end lot' yg dipanggil 'special end lot' sbb kawasan tepinya berpagar & mempunyai sedikit tanah kosong. Jadilahkan....

Oh lupa nak mention... rumah aku ni kat Putra Perdana, Puchong. Nama projek ni La Cottage. Baru-baru ni adalah mereka2 yg sama2 membeli rumah ni buat perjumpaan minta Talam Corperation siapkan rumah. Kalau boleh kita pun tak naklah saman menyaman ni kan. Kita nakkan rumah kite and of coz nak gantirugi dr pihak pemaju atas kelewatannya menyiapkan projek ni. Tapi... entahlah macam mana sudahnya...kami tunggu saja apa kesudahannya...

Saturday, December 27, 2008

Truffles Choc Ball


Accidently happen... sebenarnya kek dalam truffles tu adalah kek seketui yg aku buat tempohhari. Kalau korang ingat lagi, kengkononnya kek tu aku nak decolah bagai. Tapi sudahnya, inila kejadian sebenar. Camne leh jadi camni eh? Apalagi... mestilah virus malas mendeko dtg menyerang. Hahaha!!! Aku buat dalam dua versi - satu aku golek dengan coklat rice dan satu lagi aku golekkan dengan badam hancur.

Huhuhu dak Hana... dia beria2 nak tgk aku mendeko kek seketui tu tp udahnye ini yg jadi. Tapi xpela kan... Hana xde... dia g bercuti... cuti2 Jepun! Hehehe Semoga Hana & family bergumbira & selamat kembali memblogging & main masak2 semula dengan kite sume...

Jadikanlah ini sebagai pengajaran ye kawan-kawan. Kalau agak2 ada kek yg tak habis tu jgnlah terus 'pum' dlam tong sampah. Walaupun kek tu kek vanila... (tp tang ni kene gunakan kreativitilah klu nakkan rasa coklat). Selain dari leh buat truffles ni, boleh juga buat bende lain mcm jadikan base cheese cake ke, wat tiramisu kek cam resipi kak umi-e kat MyR tu boleh... Jangan membazir... tp kene jugaklah tengok keadaan kek tu ye...klu dah bkulat & 'acem' baunye mmg sah2lah kene buang jugak. Kang sakit perut, saman aku lak! Wakaka

Bahan-bahan
Kek coklat
Mentega tanpa garam (Aku letak jem strawberi)
Coklat Rice / Badam hancur
Kismis (Kalau suka - Optional)
Cawan kertas

Cara-cara
Ramas kek coklat. Gaulkan sebati dengan mentega. Bentukkan bulat2 dan golekkan bersama coklat rice / badam hancur hingga rata di permukaan choc ball. Letakkan dalam cawan kertas. Boleh terus dimakan atau makan ketika choc ball sejuk - simpan dalam peti sejuk.

Thursday, December 25, 2008

Jalan2 @ Sunway Pyramid


Ape nih??? Ha... dapat jugaklah daku merasa nak makan Takoyaki ni. Tadi g Sunway Pyramid lajakkanlah kaki ke Jusco & cari gerai Tako ni... tp gerai Tako Tao yg aku jumpe. Aku pun jenguk2lah...tengk rupernye mmglah sama mcm yg aku tgk kat blog Zaliana tu. Tidak syak lagi, inilah dia. Aku pun terus order Chicken Ham & Cheese 1 set (3 ketui - RM4.30). Memula order satu set je sbb takut gak xleh masuk tekak. Dah rase sikit mak oiiii mmg sesuai sangatlah dgn tekak antarabangsa haku nih. Anak buah pun suka jugak. Huh, kenalah kuar duit lagi RM4.30, soh anak buah aku g beli dia punya sendiri. Hehehe... mama (maksu) dia nak makan 3 ketui tu sengsorang. Tapikan... lepas makan tu & jalan2 beli J'Co, tekak aku masih terasa takoyaki tu. Huhuhu aku tak puas makan... tp klu aku beli 1 set lagi, 4 sure aku kene tambah lg satu set tuk anak buah aku jugak. So kenalah pendam rasa tu jauh ke dalam tekakku ini....


Ni pulak J'Co Donut. Aku beli 1/2 dozen je sbb klu yg makan pun aku, anak buah aku & baby je...hb mmg tak makan sume2 ni. Nak kata org kampung sgt idakle jugak. Tapi klu makanan yg pedas2 mmg dia suker. Makan sampai tak ingat nak tinggalkan sikit untuk biniknya nih....

Macaroni Prawn Cheese


Hehehe... ini untuk breakfast tuan rumah ini hari. Tapi untuk aku, anak buah aku, Baby dan Mierza. Boy tak ada kat rumah. Semalam masa balik dari hospital, dia menangis2 nak ikut kakak aku (Kak Yong yg dia panggil IBU). Hah, pergilah nak oiii!

Sebenonyakan.... ni kes terkesuma jiwa dan raga tgk org jepun tu buat mende ni tempohhari. Tapi aku ubah le sikit sbb aku tak suka tomato puri. Kalau makan spagetti pun aku preferred yg cabonara more than yg sos tomato puree tu...

Ni gambo sebelum di 'touch-up'...


Ni plak gambo setelah di 'touch-up'. Sebelum dibako dalam oven...


Resepi nnt ku tepek & edit kemudian ye... Nak cepat ni... nak mandi.... nak siap.... NAK G TENGOK WAYANG! CERITE HISTERIA!!!!!!

Wednesday, December 24, 2008

Coklat Cupcakes


Lihatlah dunia... cupcakes ku yg comei... hehehe
Ni kes boring malam semalam. Balik dari spital kul 9++. Balik2 je hb dah tak de - g main badminton. Nak buat cookies tapi aku dah kehabisan tepung gandum. Selongkar2 dalam baldi tempat simpan tepung & segala barang baking, cuma ada tepung pau, coklat cip, coklat rice, badam hancur, tepung mix vanilla & coklat.
Tibalah terasa nak buat cake menggunakan tepung mix... Nak buat donat guna tepung pau (hong kong), malaslah pula...

Tepung mix yg ready mix ni aku beli kat BWY. Tak mahal... RM3++ je. Tinggal nak tambah telur, air dan butter je... Sebelum ni pun aku ada buat kek menggunakan tepung mix ni. Kalau pakai telur Gred A, hanya 6 biji telur saja digunakan. Semalam aku pakai telur Gred C, aku kene gunakan 8 biji telur untuk mendapatkan keberatan 360g telur tanpa kulit. Huh, nasib baiklah stok telur banyak. Baru pagi semalam beli satu papan... 160ml air tu pulak aku campurkan = 100ml air + 60 air. Dan butter tu aku pakai marjerin paket tu saje...

Ehhhhh nanti, nanti! Aku buat cupcakes ni tak banyak. Sebenarnya saje ni upacara pecah dara kertas cup ni... sakit mate tgk bende tu tletak je kat atas lemari tu... belinya dah lame gak... selebih adunan aku buat kek seketul. Belum deco... rasa macam ada sikit rajin mau deco itu kek seketui, hehehe...lagipun my fresh krim kat dlm peti ais tu dah nak xpired... so kene godek2 la...

Tuesday, December 23, 2008

Sherperd Pie


Akhirnya tercapai jugak hasratku hendak membuat Sherperd Pie ni... bukan main lame dah delaynye... Tapi resipi ni aku tak ikut sangat dr tuan empunya resepinya tu. Aku buat pepandai aku je... (Ampunlah tuan empunye resipi ye...) Intinya tu aku buat mcm aku buat inti untuk chicken pie. Dan kentang lenyek tu aku letak daun kering oregano, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah & 3 s/b susu segar... layanzzzzz!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)