Followers
Wednesday, December 03, 2008
Mentega Kacang
Mentega kacang ni projek malam semalam. Boring giler walaupun sambil2 tgk tv.
Dapat Resepi ni dari Noreen UK kalau tak silap... Senanglah nak buat sbb kacang tanah tu aku beli mg yang dah siap blender. Sesuai sangat la kalu nak buat kuah kacang, apam balik dan makanan-makan yang sewaktu dengannya. Cuma untuk buat mentega kacang ni aku kene blender lagi supaya lebih halus.
Bahan-bahan
1 cwn kacang tanah
1/4 cwn minyak jagung/soya/sunflower oil
2 s/b gula perang
1/2 s/t garam
Cara-cara
Kacang dipanggang / digoreng tanpa minyak. Buang kulit. Blender halus.
Masuk semua bahan dan gaul hingga sebati. Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
My Cute Banner