Followers

Tuesday, December 16, 2008

Semoga Terus Selamat...

Khabar baru tentang mak... Lebih kurang pukul 12.30 tengahhari tadi mak disorong masuk ke bilik bedah. Aku memang tak dapat sama-sama hantar mak sebab masa tu aku kat rumah. Tapi kakak2 & abang2 aku dr suami pertama mak ada di sana. Kata mereka mak sempat lambaikan tangan semasa katil mak disorong keluar dari wad. Alahai mak... mak memang mesra dan suka bergurau dgn anak cucu ketika sihat.
Aku sampai hospital pukul 4++. Masa tu semua dah ada dan diaorang sume tanya kenapa aku lambat. Sebenarnya aku dah macam tak nak pergi hospital tadi. Baring2 sampai tertidur atas sofa. Sebenarnya telefon bimbit aku rosak. Abang ipar aku tukarkan dengan telefon bimbit dia - Sony Ericcson. Tapi telefon tu tah ape kenenya. Jenuh aku telefon kakak aku yg duk Sepang tu tp tak dapat2. Aku telefon hb aku pun tak dapat jugak. Hantar sms pun failed. Memanglah telefon tu ada masalah. Tensen betul...
Aku ni bukannya apa... malas nak menempek kat spital tu kalau kakak2 aku tak ada same. Sbbnya aku ni memang tak sebulu dengan adik-badik dr suami pertama mak aku tu. Ah, banyak hallah dorang tu. Cakap banyak, suka menyalahkan orang & cakap belakang2 tp bile kite suruh jaga mak, masing-masing tarik diri.
Bile aku terjaga dr tidur dalam pukul 3.35, terus aku bangun dan sarung seluar. Emp, Mierza berak pulak! Basuh berak dia dan terus ambil bag. Terus ajak Boy dan Baby pergi. Dorang ni memang dah bersiap dr kul 11 pagi.
Tengah kami minum-minum kat kantin dan gossip2... biaselah kan... kalau ada yg tak puas hati, timbullah macam2 cerita. Tak lama abang ipar aku yg memang menunggu kat depan pintu bilik bedah telefon kakak aku beritahu mak dah keluardr bilik bedah dan dah dimasukkan ke ICU. Kami pun bergegaslah naik ke atas. Masa tu dah pukul 5++ petang.
Dalam bilik ICU tu hanya 2 orang secara bergiir yg dibenarkan masuk. Masa kakak aku yg duk Sepang tu masuk, mak dah sedar. Mak merungkas nak bangun sbb kakak aku masuk dgn mak mentua dia. Agaknye mak aku tlupa ke hape dia baru saje dibedah.Kengkonon mak nak bersalam dengan besan dialah. Nasib baik ada nurse kat sebelah tenangkan mak. Keluar tu kakak aku terus peluk suami dia. Menangis.... Hibanya hati tgk mak. Kami pun apa lagi....
Lepas sorang2 masuk. Tiba giliran aku masuk dengan kakak aku yg kedua. Ya ALLAH... memanglah hibanya hati tengok keadaan mak. Terkenang dosa-dosa aku pada mak. Sempat gak aku baca AL-FATIHAH dan doa pada ALLAH SWT semoga mak cepat2 sembuh dan kuat semangat untuk mengharungi sisa-sisa hidupnye selepas ni. Aku juga mohon agar aku kuat & tabah sama untuk menjaga mak selepas ni.
Tapi aku tak berani nak singkap selimut mak sbb takut mak tersedar. Nurse kate lebih elok buat masa sekarang jgn bg mak sedar. Biarlah dia berehat. Tapi melalui selimut putih tu pun aku leh nampak kaki kiri mak dah tak ada.
Ya ALLAH... dgn kaki tulah mak membesarkan aku. Dulu mak kerja kat Supermarket Thrifty kat PJ State (skrg supermarket tu dah tutup). Mak pergi kerja naik basikal dr rumah. Tapi sekarang kaki mak dah tak ada... Kami bukan orang senang. Ayah aku meninggal dunia masa aku berusia 9 tahun. Sebelum tu pun memang maklah yg menyara kami sbb ayah aku lebih banyak tinggal di rumah isteri mudanya. Cuma bila dia dah meninggal barulah dia kerap balik ke rumah kami dan menghembuskan nafasnya di atas riba mak.
Keluar2 tu kami tiga beradik menangis sama2. Syahdu & hiba sungguh rasa hati.
Doa kami semoga mak cepat sembuh dan bersemangat untuk teruskan sisa-sisa hidupnya. Amin...

10 comments:

dZana said...

beritau HB tadi.. ayah kaki mak kwn ibu dah kene potong.. HB kata kwn ibu yg mana, rumah dia kat mane.. fenin nak jwb soalan2 tu.. akak jwb lah mak fiza.. tanya lagik fiza mana..hai tak faham2 lagik rupanye.. pas tu akak kata..alah.. kaki mak fiza yg ibu tunjukkan dlm blog tu..ooooh.. tu lah ceta akak fiza.. rasa hiba gak bila tau mak fiza mcm tu..smga mak fiza cepat sembuh n bersabarlah ketika menjaganye..

Fiza Nordin said...

insyaAllah kak zana.semoga Allah tabah sabarkab hati kami ketika menjaga mak.semoga mak cepat sembuh, amin...

nasz said...

sedih dan terharu bila baca pasal mak ni. nas mmg tak lehla kak kalo bercerita pasal mak, sure meleleh air mata, dah namapon ratu nangis. haha... sama2 la kita berdoa kesejahteraan dia lps ni. semoga akak tabah dan byk bersabar semasa jaga mak akak nanti...

Fiza Nordin said...

tulah nas.semoga Allah kurniakan kesabaran & ketabahan dalam hati kami...

CT Delima said...

sedihnya ..hiba..menitis airmata k.ct bacanya fiza..terasa sebaknya kat dada ni walau pun itu mak fiza..tapi dah mcm mak k.ct gak.kesian mak kan,k.ct harap fiza dan adk beradik yg lain reda dengan apa yg terjadi..harap mak fiza cepat baik dan cepat sembuh.Allah berikan dugaan ni buat mak..moga mak pun tabah menghadapi nya..

ZiE said...

kak za sedihnya. tapi insyallah dgn support dan dorongan dari anak anak insyallah mak kak za boleh tempuhi hari2nya. harap kak za pun tabah jugak..

Ibu Mifzal said...

k. fiza..baru berkesempatan baca post ni..sy tumpang sedih di atas kesihatan mak k.fiza..dulu mak sy pun mcm tu jugak kena kencing manis yg terusk sampai kakinya nyaris dipotong..satu kaki tu hitam.mmg doc hospital ckp x der harapan nak sembuh.tp mak sy berkeras x mau potong..ikhtiar kami..bawak mak pi berubat nga doc klinik pakar kencing manis kat terengganu..alhamdulillah..kaki mak sy dapat diselamatkan..dulu sampai nampak tulang...apa2 pun sy doakan mak kak fiza..cepat sembuh..

A.I said...

Semoga lepas ni mak kau sihat. kene kuatkan semangat dia. sama gak ngan kau adik badik. kene kuat semangat tau..

pemilik blog said...

kita dah lama ikuti blog akak,cma arini agak tersentuh n rasa nak tulis pe2 jer..akak mmg tabah..moga2 mak akak cepat sembuh n bleh jalani khidupan cam dedulu..kita ni mmg sensitif ckit..tgk akak peluk kaki mak akak menitis gak air mata ni..

lemongrass said...

Bawak banyak2 bersabar ye Fiza,
Bila Mak u dah keluar hospital, masa tu lah dia perlukan penjagaan yg lebih lagi so tabah kan hati ye hadapi dugaan Allah.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)