Followers

Tuesday, December 16, 2008

Puding Roti Karamel


Hari lambat sikit pergi hospital. Jadi sambil basuh2 kain & kemas2 rumah, aku buat puding roti yang diambil resepinya lame sebelum ni dr blog kak Jun Yummiliuos. Tadi telefon kakak aku yg dok kat Sepang tu. Dia kate dia bawak nasi dan lauk & dia suruh aku bawak sumting tuk dessert. Puding ni memanglah manis...itupun aku dah kurangkan ukuran gulanya...

Jom layan resipi puding ni... Tapi banyak juga yang aku dah ubah. Tak ikut sepenuhnye cara-cara kak Jun...ampun k Jun...

Bahan A - 1/2 cwn gula (aku cuma pakai 3 sb gula dan dijadikan gula hangus. Tambah 1 sb air)
Bahan B
10 keping roti - dibuang tepi
1 tin susu cair
a tin air buah dr fruit cocktail/peach (aku guna tin besar)
2 bj telur
1/2 cwn gula (aku letak 4 sb)
1 st esen vanila
2 sb tepung kastad (aku letak tepung jagung)

Hiasan - 1 tin buah cocktail/peach

Cara-cara
Panaskan pengukus.
Gaul rata semua bahan B kecuali buah cocktail & tapis. (Aku tak tapis)
Tuang gula hangus (karamel) dalam loyang bersaiz 8". Ratakan buah cocktail dan tuangkan adunan roti campuran tadi.
Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus 1/2 jam.
(Tapi tadi lepas keluarkan dr pengukus,aku rase cam tak puas hati tgk permukaan batter tu cam gitu2 je. Jadi aku masukkan pula dalam oven. Bakar guna api atas 20 minit. Bakar lagi guna api atas saja 10 minit.)
Dan inilah hasilnya...

2 comments:

Mummy ILa said...

makhai...karemel lg. manis tu kak za. kena kurangkan tau. x baik utk kesihatan.

Rafizah Nordin said...

ila, mmg dah kurangkan la tu.tak ikut ukuran asal pun.air gula tu siap ku buang dalam sinki.thanks atas ingatan tu...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)