Followers
Monday, December 01, 2008
Almond Donut Sticks
Ha ni lagi satu untuk minum petang kami. Almond Donut Stick ni dah lame dalam q up list tp tak berape nak bertemu jodoh.hehehe...bile tgk makanan baru yg lain, makanan tu potong q plak.
Resipi ni dari K Yani yang ada anak pempuan comey & pandai wat cornflakes coco sorang2 je tuh...
Bahan-bahan
1 bj telur
40g gula perang
60ml susu segar
25g mentega dicairkan
220g tepung gandum
1 s/k baking powder
30g almond nips
coklat masakan secukupnya
Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan susu segar dan mentega cair. Kacau.
Masukkan pula tepung gandum dan baking powder yang sudah diayak. Masukkan sekali almond nibs. Uli hingga jadi doh.
Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk selama +- 30 min.
Keluarkan dan canai setebal +- 1 - 1.5cm dan potong memanjang.
Ambil satu jaluran doh dan putar. Goreng dalam minyak yang panas hingga nampak kecoklatan. Celup dalam coklat masakan yang dicairkan di bahagian ujungnya atau ikut kreativiti sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
My Cute Banner
4 comments:
nak skit za. kena jd besen ko la ekk..hahaha
kaya dgn cekelat...nyummy...~~
sue, tak yah tunggu jadi besen. klu umah kite dekat sure aku bagi ko sepinggan.tapi apakan daya....
eda, orang buat setakat celup dan renjis sesikit. aku siap renjis coklat tu selagi tak abis coklat yang dah dicairkan tu.hahaha
Post a Comment