Followers

Sunday, December 28, 2008

Rumah Kami Yang Terbengkalai...





Di atas ni gambar2 dari jalan hadapan. Semua ni rumah yg sama fasa dengan rumah aku - Fasa 1D.
Hari Jumaat yg lepas, balik dari rumah kakak aku kat Sepang, kami singgah tengok rumah teres dua tingkat yang kami beli +-7tahun lalu. Sekarang ni rumah ni dah terbengkalai. Kalau ikutkan tempoh pembinaan 2 tahun. Maknanya sepatutnya dah lima tahun aku duduk rumah ni. Tapi tak kesampaian bila projek terhenti.
Projek ni subcon Metro Tegas dari Talam Corperation. Ramai juga kawan2 kata kenapa aku beli rumah dari Talam sedangkan memang dah tau Talam memang banyak masalah. Untuk pengetahuan korang, masa aku beli rumah ni, masalah Talam ni belum bermula. Projek kat kawasan tu memang sedang rancak berjalan. Makanya kami ni tersangatlah konfiden untuk membeli rumah ni. But after that barulah macam-macam hal timbul hinggalah pembinaan rumah kami terhenti padahal kalau korang tengok sendiri, rumah aku tu hampir 100% siapnya.






Gambar kat atas nilah rumah aku. Masa beli rumah ni kami baru anak sorang - Boy. Masa tu umur Boy hampir setahun. Of cozlah masa tu niat nak menambah anak masih ada, hahaha! Jadi kami ambil keputusan ambil rumah tepi. Nanti senanglah anak-anak nak main kat luar rumah. Ada ruang... Tapi kami tak ambil 'corner lot' sbb type rumah yg kami beli tu kalau 'corner lot'nya 2 1/2 tingkat. Uishhh tak mampulah pulak... jadinya kami ambil 'end lot' yg dipanggil 'special end lot' sbb kawasan tepinya berpagar & mempunyai sedikit tanah kosong. Jadilahkan....

Oh lupa nak mention... rumah aku ni kat Putra Perdana, Puchong. Nama projek ni La Cottage. Baru-baru ni adalah mereka2 yg sama2 membeli rumah ni buat perjumpaan minta Talam Corperation siapkan rumah. Kalau boleh kita pun tak naklah saman menyaman ni kan. Kita nakkan rumah kite and of coz nak gantirugi dr pihak pemaju atas kelewatannya menyiapkan projek ni. Tapi... entahlah macam mana sudahnya...kami tunggu saja apa kesudahannya...

6 comments:

A.I said...

alahaiiii..sayangnye besen oiii!!! selesalah kalau dpt tinggal kt umah tu.

Fiza Nordin said...

disebabkan nak selesalah kami beli umah teres...tp ini pulak jadiknya...nasib, nasib...

♥ Eda ♥ said...

siannya ko..umah dah best dah..sua tingkat lak tu..end lot lak tu..perghhhh.. tapi syg tak leh duk.. talam aku dengar dah lama dah lingkup..gomen take over kan??

Fiza Nordin said...

eda,hahaha mmgla sian kat aku nih...
ntah...dgr2 IJM amik alih tp IJM tunggu keuntungan dr projek umah2 lain pastu barulah depa wat umah kami.klu ikutkan umah kami tu dah hampir siap tinggal tunggu CF je...tp disbbkan x lengkap sepenuhnya CF pun xleh keluar...jdnya tpaksa gak la tungguuuuuu.

tapi kalau ada penduduk lain yg nekad masuk umah without CF, kami pun akan pindah jugak.keadaan umah yg x bape lengkap tu boleh je kami buat sendiri mcm kepala paip dsb.

eLYies said...

aduiiiiiii..umah cantik siot..tapi nape jd camtu...sedihnyaaaaaaaaaaaa...

Fiza Nordin said...

yies,berat mata memandang,berat lagi bahu kami yg memikul...ape nak buat eh...dah nasib kami le tu..

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)