Followers

Sunday, December 14, 2008

Minta Maaf & Berita Sedih Lagi...

Kepada semua kawan-kawan... kite ingin memohon maaf kerana mungkin ada ketikanya buat masa ini kite tidak berkesempatan untuk berkunjung ke blog korang. Buat masa sekarang ini saya asyik berulang ke hospital untuk menjenguk mak.

Tadi semua anak-anak mak berkumpul (anak dr suami pertama-4 org [2 lelaki,2perempuan])dan kami 3 bradik semua perempuan.Cuma seorang anak mak dr suami pertama yg tak dapat hadir, perempuan, yg duduk di Bota.

Kami semua berkumpul sbb nak berbincang pasal kaki mak. Anak2 dr suami pertama mak - yg sulong (perempuan) tak setuju kaki mak dipotong walaupun doktor dah beri penerangan secara terpeinci tentang luka dan salur darah mak yg dah tersumbat. Tapi dia memang tak ada ikhtiar kalau kata nak dibawa mak keluar dr hospital & berubat secara kampung atau sebagainya.
2 anak lelaki mak, setuju dan terima kalau memang sudah tiada jalan lain. Apa yang mereka harapkan adalah yang terbaik dan berharap mak sembuh dan sihat walaupun mereka sedar selepas ini keadaan mak tidak mungkin akan kembali seperti dulu. Anak mak yg duduk di Bota tu ada telefon tadi dan kata dia juga ikut apa saja keputusan yang dibuat demi kebaikkan mak.

Begitu jugalah dengan kami tiga beradik. Kami ikut apa saja keputusan doktor asalkan mak sihat. Lagipun sebelum-sebelum ini mak memang lebih banyak tinggal dengan saya dan kakak yg sulong (Sepang). Dah rindu rasanya nak tengok mak gelak macam dulu. Bergurau-gurau dengan anak, cucu dan menantu....

Jadinya tadi keputusan telah diambil. Abang yang kedua yang tandatangan surat kebenaran untuk jalankan ujian dan jika tiada jalan lain kaki mak akan dipotong. Doktor kata pembedahan itu akan dijalankan pada hari Selasa ini. Kes mak ni memang emergency dan tak boleh nak ditunggu-tunggu lagi.

Mengikut penerangan doktor tadi, kaki mak yg nak dipotong tu bukan kerana lukanya. Tapi kerana saluran darah di kaki kiri mak dah tersumbat setakat lutut. Doktor siap tunjukkan gambar ct scan kaki mak yg dijalankan pada hari khamis lepas. Kata doktor, luka di kaki mak tak mungkin baik kalau darah tidak dapat turun ke bawah.

Jadi, usaha doktor pada hari Selasa ni pertama sekali, kaki mak akan dibuka dan cari saluran darah tu dan sambungkan dengan saluran darah dari bawah. Itupun kalau ada saluran darah di bawah yang masih elok. Kalau tak ada yang elok barulah kaki mak tu akan dipotong kerana setakat itu sajalah usaha doktor.

Kami hanya mengharapkan yg terbaik untuk mak....

16 comments:

Sifu Mirza said...

salam fiza...

ada kesenangan dalam setiap kesusahan...

kita mampu terus berikhtiar untuk yang terbaik...

seterusnya..kita serahkan kepada Pencipta...

apapun saya doakan mak fiza kembali sihat walau apa keputusan yang akan diambil..

Cikmin said...

salam fiza..byk2 bersabar dan tabah mengahadapinyer..cikmin doakan yg terbaik wat mak fiza...

alamanda said...

salam fiza,
semoga emak fiza cepat semboh ye.

lemongrass said...

salam Fiza,
sian mak you but the doctors are right as well kan. Kita cuma boleh berusaha yg terbaik and lepas tu bertawakkal lah pada Allah. Semoga lepas tu dia cepat sembuh ye.

hana said...

semoga fiza skluarga tabah.. dpermudahkan segala urusan dan mak cepat sembuh!

nasz said...

semoga mak akak kembali sihat...
bykkan bersabar dan berdoa...

Syafa said...

kak za...

kite mmg nak yg terbaik utk org tua kita kan..tapi kalau gitu dah kate doktor,kalau dgn cara itu je leh wat mak ko jalankan kehidupan mcm biase..better ikut je..betul x..ape2 pun..aku doakan supaya semuanyer bejalan lancar..

Fiza Nordin said...

kepada semua, terima kasih...sy amat senang dgn keprihatinan anda. terima kasih atas ucapan dan doa kalian...SAYA AMAT-AMAT MENGHARGAI...

CT Delima said...

salam fiza..k.ct pun turut bersimpati atas nasib mak fiza..hanya doa yg dapat k.ct beri kan..pak cik Ali k.ct pun mengidap kencing manis dulu..tapi dia berubat dgn cara kg n minum segala mcm ubat..lama juga dia dah sihat..tapi kematian bukan di tangan kita Allah yg menentukan segalanya..harap mak fiza cepat sihat dan bt ler keputusan yang sebaik2 nya demi mak...

ZiE said...

Kak Za, banyakkan sabar .. semoga mak kak za sentiasa sehat. terima keputusan dr mungkin itu jalan yg terbaik.

Mizz_Ila said...

semoga kak fiza & keluarga tabah menerima dugaan ini. Apa yang terbaik dr doktor hanya utk memastikan mak kak fiza sihat seperti sediakala. :(
mmg berat nak terima keputusan ni..:(

Unknown said...

akak,saya doakan akak n family tabah menerima dugaan dariNYA.saya jugak doakan semoga mak akak cepat sembuh.sabar bebanyak yer kak.

noreen-bulan said...

Byk bersabar n berdoa yer ak fiza...
minta semua berjalan lancar n mak akk bertambah2 sihat....

hazila said...

Fiza, akak rasa mungkin ikut nasihat doc adalah jalan terbaik. Sebabnya suami kawan akak juga mengalami masalah yg sama. Keluarga tak setuju utk potong kaki dan bercadang utk bawa berubat kampung. Tapi Allah lebih sayangkannya dan menjemputnya terlebih dahulu.Kejadian ni baru sebulan lepas.

saveme_zero said...

huhu...nak ngis pun ada. moga mak ko kembali sihat za. kita doakan yg terbaik je la utk dia k.

dZana said...

Bykan berdoa.. n bersabar.. smga mak fiza cepat sembuh..

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)