Followers

Wednesday, December 17, 2008


Alhamdullillah... semuanya sudah selesai. Kaki mak sudah selamat kami tanam di sebelah kubur arwah apak kat Bukit Tunku.

Dari pagi lebih kurang pukul 11 pagi aku keluar dr rumah. Hari ni hb cuti sebab nak sama-sama uruskan pengkubumian kaki mak. Since adik beradik dr suami pertama tak mahu uruskan, tak apalah. Kami tiga beradik pun boleh uruskan sambil dibantu oleh suami masing2. Tak apalah... kami sabarkan hati kami. Setiap orang akan tiba waktu dan ketikanya menerima ujian Allah SWT. Mereka pun ada anak. Hari ini mereka buat emak mereka, nasib mereka sendiri kemudian hari nanti belum tahu lagi. Okey, kite lupekan pasal anak2 mak aku dgn suami pertama dia.

Ni kat ruang menunggu nak ambil anggota. Gambar kakak aku yg kedua dengan suami & anak kecilnya, Luqman berusia 2++. Masih menyusu badan. Itu yg buat susah dia nak tunggu mak kat hospital.

Selepas melawat mak dan lihat perkembangannya, kami tiga beradik dan suami masing2 terus ke tingkat 1 - bahagian forensik untuk ambil kaki mak. Kakak aku yg sulung (KAK YONG) yg terima kaki mak tu. Kak Yong ni memang murah air mata. Dari semalam pun dia asyik menangis saja. Kata kakak aku yg kedua (MAK INA), semalam dah sampai rumah pun kak yong masih lagi menangis2. Jadi semasa dia bawa keluar dari bilik penerimaan tu, meleleh2lah air mata dia...

Pegawai kat bilik mayat tu bagi kak yong satu kad seorang ustaz - Ustaz Zainal. Ustaz Zainal ni memang menguruskan jenazah. Kak Yong telefon2 tp ustaz Zainal dah keluar & tak bawa handphone dia. Masa terus berjalan. Kami tak boleh berlengah. Kena buat satu keputusan. Kalau memang tak ada siapa yang boleh bantu kami basuh dan kafankan kaki mak tu, kami akan buat sendiri. Masalahnya untuk mengeluarkan anggota tu mmg mudah tapi untuk membasuhnya, adakah emosi kami mampu menahannya? Kalau dah memang tak ada siapa, memanglah kami kene buat sendiri. Jadi kami ambil keputusan untuk ambil juga anggota tu dan uruskan sendiri. Dalam perjalanan dari luar bilik penerimaan tu sampai ke tempat letak kereta, aku yang peluk anggota kaki mak tu. Sejuknya sbb anggota tu di simpan di tempat beku. Balut dengan kain batik pun masih telus kesejukkannya.

Sebaik masuk dalam kereta, hp kak yong berbunyi. Tgk2 ustaz Zainal return call. Setelah bertanya2 dan Ustaz Zainal sedia hendak bantu kami. Alhamdullillah... kami berjanji nak berjumpa kat masjid terapung kat Puchong Perdana (Msjid As-Salam). Masa dalam perjalanan dari hsopital serdang ke masjid terapung tu, akulah yang memeluk anggota kaki mak tu.... Ya Allah... hati ni tak tahu nak kata macam mana...

Aku memang ada rakam & tangkap beberapa keping gambar semasa anggota kaki mak dibasuh dan dikafankan. Tapi aku tak mahu berkongsi di sini. Biarlah ianya menjadi kenangan kami adik-beradik.

Gambar ni semasa di dalam kereta. Dalam perjalanan dari hsopital serdang ke masjid terapung puchong perdana.


Anggota kaki mak yang sudah siap dikafankan. Alhamdullillah...


Gambar kenangan kami tiga beradik dengan anggota kaki mak dalam pelukan aku, sebelum dibawa ke tanah perkuburan arwah apak untuk dikembalikan kepada tanah... yang tudung ungu tu kak yong dan yg bertudung hitam tu mak ina, kakak aku yg kedua





Semasa di tanah perkuburan untuk persemadian anggota kaki mak...

Rasanya kami dah buat yg terbaik dalam pengurusan anggota kaki mak tadi. Harap2 tiada perkara atau kejadian berbangkit selepas ini. Harap anggota kaki mak diterima Allah SWT... amin...

Keadaan mak tadi agak menyedihkan juga. Kerana ubat morfin yg diberikan, mak macam sedar tak sedar saja. Menurut kata nurse, dah empat kali mak buka balutan di kaki yg dipotong tu. Dek kerana tu, tangan kiri mak terpaksa diikat pada besi katil. Nurse takut nnt luka tu kena jangkitan kuman. Tapi taklah ikat kuat2, longgar saja. Tangan kanan mak pula berselirat dgn wayar dan tiub.

Sekejap2 mak suruh buka pintu. Mak kata dia nak hantar kami pergi tengok org kahwin. Dia suruh kami buka ikatan tangan dia tapi dia kata 'gari'. Kami pujuk2 dia kata kami tak ke mana2. Tak nak pergi tgk org kahwin tu. Jadi tak payahlah bukak 'gari' tu. Kami suruh mak berehat & banyak istighfar.

Paling sedih bila mak pandang kaki dia yg kene potong tu. Mak suruh kak yong angkat kaki dia naik atas. Agaknya sebab dia tak nampak kaki dia. Kak Yong pun apa lagi, nangislah & cepat2 bangun... kamilah yg kene cakap dkt mak. Buat masa sekarang ni mmglah kami terpaksa tipu2 mak & layan je mak punya imaginasi tu.

Petang tadi dalam pukul 6, keadaan mak dah semakin sedar. Dia tak banyak merapu. Hb usap2 kepala mak dan cium dahi mak. Pastu mak tanya hb, "pi, mak ni dah operation ke?". Hb ckp, "dah... mak kena makan ubat,banyak rehat.nnt mak dah sihat kite boleh balik rumah.pi boleh bawak mak jalan2 mcm dulu." Pastu mak angguk2kan kepala.

Semoga mak akan terus bersemangat....

15 comments:

Syafa said...

kak fiza..pilu hati aku bace entry ni...menitik jugak air mata aku ni..adeh..dapat aku rase kan kesedihan mak ko dan ko sekeluarga..harap mak ko tenang yer kak za..kite anak2 ni kena bg semangat yg kuat kat mak kite...same2 jaga dia selagi terdaya...same2 kite doakan kesihatan mak beransur pulih yer..insyaallah...

Mr Zam said...

salam Fiza...

Berikanlah semangat kepada bonda agar dapat menerima hakikat yang sebenarnya. Dukungan yang kuat akan dapat membantu bonda mengatasi kekurangan yang ada. Syabas juga buat Fiza kerana kuat menempuh dugaan ini.

CT Delima said...

sedihnya fiza..dah x terucap k.ct disini..kesian mak fiza,bersabar lah ckp kat mak tu yer..pilu rasa rasa hati ni..

Fiza Nordin said...

sya, zam, k ct... terima kasih.insyaAllah dengan izinNYA kami sekeluarga akan kuat, tabah & sabar menerima ujian dariNYA. Doakan mak terus sihat, terima kasih...

A.I said...

Alhamdullilah, selamat dah simpan kaki tu. adoiii, sedeylak baca crite kau ni besen.. :( semoga mak kau cepat sembuh + pulih..amin

ZiE said...

alhamdulillahs emuanya selamat. sedih baca entry kak za ni. semoga mak kak za sentiasa sehat dan boleh terima semuanya. apapun dari kejauhan mendoakan kak za dan family akan sentiasa diberkati. amin!!

saveme_zero said...

za..bergenang air mata aku. Aku hrp korang adik badik dpt menjaga dia selama hayat dia. AKu doakan moga mak ko akan sentiasa sihat. insya allah.

Mizz_Ila said...

kak zaaa... sebak hati ni baca pengalaman & kesedihan mak kak za.aduii..tetiba teringat abah ila, dia pun dah 4 tahun mengidap kencing manis tp setakat ni dia masih boleh kawal penyakit tu cuma bila baca kisah mak kak za. hati ni risau la sgt tuhan je tahu.
x berhenti air mata ni meleleh sbb yela mak bapak kita kan?.. apa yg mereka rasa, kita sbg anak akan merasainya sama.
ila doakan mak kak za terus tabah menempuhi dugaan besar ni. & diberikan semangat utk pulih sedia kala..

eLYies said...

alhamdullillah..selesai gak operation ni ngan selamat...tp aku sedih gak baca entry ko ni kak za..huhu...menitik2 air mata aku....aku harap mak ko dpt menemuh dugaan ni ngan tenang....

nasz said...

ya Allah, berat dugaan mak akak tu. sakit kepala aku tahan tangis kat opis ni. kang orang lain perasan lak. sedih, pilu, terharu bila baca keadaan mak akak tu. semoga dia terus tabah n menerima perubahan diri dia... insyaAllah...

noreen-bulan said...

sedih baca cite kak fiza nie.....
semoga mak kak fiza dapat semangat yang kuat n redha utk segalanya....n akk adik badik..pun kuat jugak...


nie jauh dr cite kak za...
(kak fiza paling cun la dr adik badik akk...)hehehehe

♥ Eda ♥ said...

sedeynya aku tgk kak fiza.. rupanya nak semadikan anggota badan lain pun macam ni yer..macam pengkebumian biasa..huhu.. byk2 bersabar ye kak fiza..n family.. pasnih sama2 bag support kat mak..

Fiza Nordin said...

ai,zie,sue,ila,yies,nas,reen & eda & semua...
terima kasih atas ucapan korang.aku sgt mghargainya.ucapan2 korang semua bagaikan suntikan semangat tuk aku.

eda,anggota lain pun kene semadikan secara betul.cumenye tak adalah bacaan talqin mcm kite semadikan jasad.smalam penjaga kubur tu cerita,sebelum ni pun ada org tanam kakinya sbb kencing manis jugak.tp AGAKNYA tak dibuat secara betul.malam tu,tuan empunye kaki tu bermimpi.kakinya balik pada dia.nauzubillah huminzalik!

Cendana Kasih said...

Kita doakan agar Fiza dimurahkan rezeki supaya dapat menjaga mak dengan baik dan sempurna....ish..takut plak baca citer fiza tentang kaki yang balik pada tuannya tu..(dapat idea buat buku citer seram ni...)

Azie said...

sedihnya kita baca,,...semoga Allah tabahkan hati akak sekeluarga...sedihnya kita..mcm terasa2 terbayang2 keadaan akak sekeluarga..sabar ya kak...hrp ada hikmah dsblik kejadian ini...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)