Followers

Monday, December 01, 2008

Bingka Roti Cinnamon


Hari ni sampai dua jenis hidangan untuk minum petang. Mama terlebih rajin buat pemanis mulut tapi malas ya amat nak masak lauk. Untuk hb makan nasi kang, aku masak sayur c
campur bercili dgn ikan kembung goreng saja. Makanlah bang...

Bingka Roti Cinnamon ni tengok resipinya kat MyR. Sedap juga... tu tinggal 2 ketul je. Simpan tuk hb.

Bahan A
1/2 cwn gula
100ml air panas

Bahan B
3 keping roti
1/2 cawan tepung gandum
2 bj telur
400ml susu segar (aku guna 350ml susu & 50ml air, sbb stok susu dah habis)
1/2 s/k serbuk cinnamon
garam secukupnya

Bahan C (Optional)
3 sudu besar butter (aku tak letak)
Bijan secukupnya

Cara-cara untuk Bahan A
Masak gula dengan api perlahan hingga cair sedikit. Tuang air panas. Proses menuang air dalam kuali berisi gula yg mencair hendaklah dilakukan dengan berhati2.Takut wap panas memercikkan air dan terpercik pula ke tangan. Sakit woooo, melecup!
Kacau hingga ketulan gula cair dalam air tu.

Cara-cara untuk Bahan B
Masuk semua bahan dalam blender - blend sebati.
Campurkan Bahan A dan Bahan B. Tuang dalam periuk dan masak sekejap dengan api perlahan hingga adunan pekat dan likat. Masukkan butter dan tutup api. Tuang dalam acuan dan tabut bijan di atasnya. Bakar 180 c selama 30-40 minit atau sehingga masak.

2 comments:

Eda said...

tak letak butter bole ke.. sedap ke??

Rafizah Nordin said...

eda,smalam aku buat tak letak butter.sedap jugak.agaknye klu letak butter lagi sedap kot...hehehe

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)