Followers

Tuesday, December 30, 2008

Puri Kentang


Uishhh teruja sungguh buat puri kentang ni. Kenapa? Sebab syiok tengok dia kembung perlahan2 tu, hehehe... Resepi ni amik kat MyR oleh Kak Fida.

Begitu konfidennya aku... baru pertama kali buat terus buat dua adunan. Bukan apa...sebab hari ni hb main badminton and aku tak masak nasi. Jadi kenelah buat sumting tuk makan2 petang nanti bila hb balik keje...
Roti puri ni aku cicah dengan sambal sardin. Boleh gak kalau makan dengan kuah kari. Ikutlah selera dan tekak sendiri... Jom layan resipi...

Bahan-bahan
125g kentang - direbus dan dilecek
120g tepung gandum
1 s/k garam
50ml air hangat
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Campurkan kentang lenyek dengan tepung dan garam. Gaul rata.
Tuang air hangat sikit2 sambil diadun hingga menjadi doh yg tidak melekat di tangan. Kalau terlebih air dan doh melekit, tambah tepung.
Tutup dengan kain basah atau plastik. Biarkan 30 minit.
Bahagikan doh kepada 8 ketul. Buat bulat dan canaikan sebesar tapak tangan. Buat sampai habis. Biarkan 1 minit - sementara panaskan minyak dalam kuali.
Goreng doh sekeping demi sekeping di dalam minyak yang tenggelam. Sambil dibalik2kan. Angkat dan toskan.
Sedia untuk dihidang bersama kuah sambal atau gulai kari.

3 comments:

MUMMY ILA said...

salah satu menu bekpes atau hi-tea izz kalau weekend. aku pun suka buat ni tp selalunya aku campur dgn sayur.

eLYies said...

nampak cam sedap jeeeeeeeeeeeee...nak 1 kak za

Rafizah Nordin said...

ila, ohhh ye ke...aku 1st time buat ni...

yies, camne ek??? hehehe

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)