Followers

Thursday, December 18, 2008

Mak Makin Sihat


Alhamdullillah... hari ni mak lebih elok berbanding semalam. Pagi2 tadi kak yong telefon aku. Kak Yong kata Fatin (anak buah aku [anak sulong kak yong] yg jaga mak) telefon beritahu opah dia dah tak dibagi ubat morfin. Bila ubat morfin tak diberi lagi maknenya mak taklah cakap merapu lagi. Tangan mak yang semalam diikat pada besi katil pun dah dilepaskan. Kata Fatin emak dah tau pasal kaki dia yang dipotong. Dia sedar dan mak kenal elok anak, menantu dan cucu-cucunya. Kenal jiran sebelah rumah mak Kak Ani, Kak Uji dan Nenek yg datang melawat tadi. Terima kasih diucapkan pada kak Ani kerana sudi luangkan masa datang melawat emak.

Alhamdullillah emak terima kenyataan yg kaki emak dah dipotong dengan baik. Sebelum ni kami takut sangat. Tak sanggup nak bayangkan bagaimana agaknya penerimaan emak bila sedar kaki kirinya telah tiada. Ya Allah... aku bersyukur padaMu!

7 comments:

go beyond the horizon said...

saya doakan ibunya sehat dan kekal sehat dan panjang umur. insyaAllah

Fiza Nordin said...

go beyond the horizon,terima kasih atas ucapan tu.sgt mghargainya...kami semua mgharapkan yg terbaik utk mak...

Sifu Mirza said...

alhamdulillah..

moga mak awak sihat kembali..insya Allah..

now its time to give her 'max & continuos motivation'..

motivasi & kata2 positif berterusan diperlukan oleh mak awak agar dia tak down dengan keadaan baru dia..

insya Allah.. dipermudahkan & diberi kekuatan..

CT Delima said...

alhamdulillah..sekurang2 nya lega hati ni sikit..kesian mak fiza..harap pas ni mak bertambah sihat mcm dulu lagi..kena beri mak kata2 semangat fiza..ank2 sering kena dampingi mak biar hati mak tu gembira selalu.moga mak fiza cepat2 sihat lah..Aminn

Fiza Nordin said...

sifu mirza, k ct...mmg itulah yg kami sdg lakukan. kami tahu & sedar,perasaan mak tentu akan bercelaru klu sendirian.bayangkan sajalah...skrg usia mak 66 tahun & selama itulah mak hidup dgn kakinya.dan tiba2 kakinya tiada...Allahhuakbar! Semoga mak terus tabah...

Syafa said...

alhamdulillah..keadaan mak ko dah bertambah sihat...

kak za..egg choc puding..sedap ke..huhuh..aku nengok mcm air kopi je..mesti rase telor je kan..huhuhuh...

Fiza Nordin said...

sya, choc egg puding tu sedaplah pada yg suke.aku sendiri kureng le...aku pun 1st time buat nih...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)