Wa weeeeee... resepi mamafami on the house... Tapi mamafami buat springroll cake dorian. Tengok jugak resipi ni kat umah Cik Mat Gebu. Cik Mat pulak buat spring role cake strawberi. Ni version kite pulak - springroll cake blueberi...
Lembut jeee... Sampaikan masa nak potong tu cukup berhati-hati. Takut terfrust setelah cukup berpuas hati dengan penghasilannya setakat itu. Suamiku puji...ha, tu yang penting. Hahaha!!
Emppp cedapnyeee... betulll!!! Kalau tak percaya buatlah sendiri. Ha... ni resipi. Salin jangan tak salin.
Bahan-bahan
3 biji telur *
2 oz gula halus *
1 s/b esen *
1/2 s/t baking powder *
1 1/2 oz tepung gandum*
1/2 s/b susu tepung (belasah susu Mierza) *
1/2 s/b ovallete *
2 oz mentega - dicairkan
2 s/b perisa blueberi
Sedikit pewarna blueberi
Filling bluberi secukupnya
Cara-cara
- Campurkan semua bahan bertanda (*). Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (+- 7-8 min). Masukkan perisa. Sebatikan. Tuangkan mentega cair dan kacau menggunakan spatula hingga sebati.
- Cedok tiga senduk adunan dan gaul dengan pewarna.
- Tuang adunan yang banyak kedalam loyang bersaiz 10 x 10 x 2 yang dilengserkan dengan butter dan dilapikkan dengan kertas minyak. Tuang adunan sedikit dan kacaukan dengan dengan chopstik untuk membentuk corak marble.
- Bakar 180 c selama 20 minit atau hingga kek masak.
- Sejukkan betul-betul. Sapukan filling di bahagian belakang kek dan digulung dengan kemas.
2 comments:
Wahhhh cantik gebus Swiss Roll Fiza ye. Well done!
Aduhai jenuh nak track Fiza ni. Masa mama click kat nama Fiza di ruangan komen, dia kata blogger not found. Kenalah mama search kat google baru jumpa. Itupun selepas melawat 3 rumah yang lain!
terima kasih mama...besar hati mama sudi datang ke sini.bape markah nak bagi nih? :-))
alaaa nape camtu ye?link salah ke?sory ye mama...
Post a Comment